Tuesday, November 12, 2013

Cinta itu bukanlah cinta, Jika..

Mereka mendekati aku.
Mereka pelik melihat aku.
Mereka bertanya, kebahagiaan apakah ini?
Mengapa kau bisa tersenyum sedangkan pipimu dibasahi air mata?

Kalau mereka penasaran, apatah lagi aku. Empunya diri yang sendiri tidak tahu perasaan jenis apa yang sedang bergolak dalam diri.
Apa bahagia? Apa derita?

Dan seperti yang dulu-dulu, aku mampu berbangga punyai hati yang bisa memaafkan.
Walau terkadang bahasanya lantang.
Walau terkadang sifatnya tidak sebaik yg diharapkan.

Aku punyai hati.
Yang masih sentiasa mahu memaafkan.
Yang masih sentiasa mahu melihat kebahagiaan org lain.
Yang masih mahu memikirkan akan keberadaan orang lain.

Entah kenapa. Aku merasakan aku seolah-olah cuba mencipta kembali kebahagiaan dari cebisan-cebisan hati yang dulu hancur.
Walau sudah sedia maklum, betapa sakit dan peritnya perjalanan yg bakal ditempuhi.

Terkadang aku tidak pasti.
Apa mungkin dalam perjalanan mengejar kebahagiaan, aku akan mula merasa penat dan berhenti seketika, atau pun berkeputusan untuk tidak meneruskan

Kerana, bahagia yang berada di pengakhiran cerita itu terasa amat jauh.
Sedang aku, baru bermula sahaja tetapi sudah tersungkur, rebah mengutip cebisan hati yang ditinggalkan.

Sungguh.
Cinta itu bukanlah cinta, jika tiada airmata.
Cinta itu bukanlah cinta, dan bahagia hanyalah sebahagian darinya.
Selebihnya hanya pengungkapan semata.
Sedang perilakunya seolah tiada nilainya.

Allah.


Friday, November 1, 2013

ADA SESUATU YANG... HARUS KAU TAHU.

Ada sesuatu yang apabila kita terlebih memberi, kita akan merana.
Ada sesuatu yang apabila kita kurang memberi, orang lain akan merana.
Ada sesuatu yang apabila kita sama-sama memberi, akan ada pihak yang mungkin berduka.

Sesuatu yang sukar untuk kita signifikasikan secara terang-terangan.
Sesuatu yang kadangnya hanya kita yang tahu bagaimana sakitnya memberi.
Sesuatu yang kadangnya hanya kita yang tahu, bagaimana sakitnya tidak menerima.

Sesuatu yang susah untuk kita tafsirkan secara telus.
Sesuatu yang susah untuk kita karangi secara matang.
Sesuatu yang susah untuk kita tangani secara berhemah.

Ada orang, apabila dia memberi, dia memberi dgn sepenuhnya.
Ada orang, apabila dia memberi, dia cuma memberi separuh darinya
Dan ada org, apabila dia memberi, dia memberi dgn harapan akan menerima.

Sesuatu ini bukan sesuatu yang luar biasa.
Sesuatu ini cuma sesuatu yang normal sahaja.
Tidaklah mahal, tetapi cukup ekslusif.
Tidaklah murah, tetapi tidak semua mampu merasai.

Ada sesuatu antara kita,
Yang berbeza, sesuatu dari aku, apakah sebanyak sesuatu dari engkau?
Kerana pada dasarnya, kalau aku sahaja yg bermatian memberi dan menjaga, dan engkau sahaja yang berterusan menerima dan mensia, sesuatu antara kita mungkin hanyalah perasaan sekadar.
Bukanlah suatu perkongsian yang nyata.
Bukanlah sesuatu yang harus kita pertaruhkan segala.

Sukarnya memberi apabila ada yang tidak menghargai,
Sukarnya mempercayai apabila diri kerap kali dilukai.
Sukarnya menilai, apabila sesuatu terlalu membutai diri.

Ada sesuatu antara kita,
Ada sesuatu yang aku gelarkan CINTA.


Nurul shakira. Jatuh bangun sendiri. Luka pedih sendiri mengubati.
1 November 2013.
10.05 pm.


Wednesday, October 2, 2013

Who are they? They are not my FRIENDS.

Someone asked me this;

Him :Who are these people? *while pointing his hand to my cover photos*
         They are your best friends, aren't they?
Me : No, they are not.
Him : Then who are they?
Me : They are my family.


Why family? Why not just bestfriend?
Because friends can hurt you.
Can leave you.
Can betray you.

They are family because no matter how hurt are they, or no matter how hurt am I, we will always be together.
Family is a HOME.
Friends is just a place you drop by whenever you feel like to.

I dont regards those people friends.

Because they are my family.


Monday, September 30, 2013

Terima kasih; Kerana masih bertahan.

Setiap kali aku dapat rasa aku sedikit moody, aku akan terus warning orang2 sekeliling aku.

Bukan untuk menakutkan.

Tetapi untuk mengingatkan.

Sebab aku tahu, bila aku moody, aku akan byk sakitkan hati orang.

Aku akan bercakap tanpa memikirkan perasaan org.

Aku akan buat benda2 yg org tak suka.

Aku akan menangis tanpa sebab.

Aku akan rasa sedih tiba2.

Aku takkan suka ditengking

dan yang paling penting;

Aku ingin difahami.

Susahnya, bila keadaan dah bertukar jadi tegang, awkward, aku akan rasa yg semua nih salah aku.

Aku jadi sensitif.

Aku takut nk bersosial.

Aku diam tanpa sepatah kata.

Aku kawal diri aku dari berbicara.

Aku kurang memberi respond.

dan aku cuba untuk berlagak senormal mungkin.

Ada sesetengah masa, aku cuba untuk anggap benda ni normal.

Dan akan segera berlalu.

Tapi ada jugak masa2nya, aku terbawa-bawa perasaan nih.

Aku cuba untuk bersikap seperti aku yg biasa-biasa.

Dan aku sangat2 berharap, orang2 diseliling aku boleh tangani sikap aku.

Aku adalah seorang manusia yg sedikit pun tidak memahami diri sendiri.

Aku komplikated.

Dalam hati aku cinta, dalam bicara nya aku kata benci.

Dalam hati aku menangis mengongoi, di luarnya aku ketawa terbahak.

Dalam hati aku mensyukuri, dalam tuturnya aku memerli.

Itulah aku.

Manusia biasa.

Bukan mudah untuk dijaga.

Terima kasih; Kepada insan-insan yang banyak bertahan dengan aku.

Aku, dgn penuh rasa rendah diri, memohon maaf kalau dalam proses aku menstabilkan emosi ini, ada yang terluka.

Ada masa, aku akan ubatkan luka tuh.

Aku tak janji yang aku mampu hilangkan parut lukanya,

Tapi aku janji, selagi aku hidup,

Insan yang bertahan dengan karenah aku,

Adalah insan yang selalu aku lafazkan namanya di setiap doa ku.


Terima kasih!


Saturday, September 28, 2013

TESL? I'm blessed.

Ah. Apa, kelas Bahasa Inggeris cancel? Yes, yes yes!

Ini guwa tau. Ramai sungguh yang allergic dengan bahasa omputis ini.

Why?

Aihhh.

Meh nak story.

Dulu aku, masa darjah 4 BI mesti fail. Dok tau nape. Bila dapat report card, mesti merah2 punye. Ayoyoo. Buruk betoi. Erk. Bukan BI je yg merah. Kemahiran hidup pun wa fail. Haha. Bukan sebab wa malas, tapi sbb cikgu wa masuk kelas xngajar pun. Sebok sgt berpolitik. Koh3. Cai cai gitteww.

Jadi bila naik darjah 5, mak aku dah mula cuak. Kononnya beliau nak target ak dapat 5A untuk UPSR *untuk record, ye mmg ak dpt pun 5A tuh* *ciri2 org riak*.
Jadi beliau membuat keputusan, yang mana mmg beliau langsung tak bincang or slow talk ng aku, untuk menghantar aku ke sebuah pusat tuisyen.

Kawan2 aku time tuh sume mmg g tuisyen time weekend. Aku je yang sekor2 tak pergi. Koh3. Sbb kesian dekat mak ng abah aku. Tapi disebabkan harapan mereka yang tinggi menggunung nak tengok aku berjaya, maka aku gagahkan jua diri aku untuk pergi tuisyen. Walaupun ak kdg2 sengaja bangun lambat sebab xmau pegi. Haha.

Bila sampai je pusat tuisyen tuh, satu manusia pun aku xkenal. Abislah. Cuak gila time tuh. Adooii. Dgn dressing old school aku tuh. Dgn xbawak pape melainkan diri ku yang berharga ini sahaja, mmg buat aku rasa nak balik. Ohoii.

Sekali cikgu nye dtg. Cakap omputih mak aihhh. Seram sejuk guwaaa.
Aku faham gitu2 jeh.
Angguk2 je lah sbb xmau nmpak buduh. Koh3

Bila dia start mengaja, aku terkelu sesekor kat kelas tuh.
Mak aihhhh. Xde sepatah pun perkataan bahasa Melayu.
Aku mmg screwed time tuh. haha

Then dy suh aku wat eksesais. Okay, aku buat.
Bukak je handout, pehhhh!
Satu perkataan  aku tidak memahaminya punn ee.
Aku mmg cuak, rasa mcm nak ngis.
Budak sebelah aku sume bawak kamus besar mcm ekslopedia bak hang.
Aku nih, mini dictionary punn tadak.
Aihh.
Sekali cikgu tuh dtg, paaapppp!
Di letaknya kamus sebesar ekslopedia itu di sebelah aku.
Berkata beliau ' You can have my dictionary. But then please remember to always bring yours when you come to my class'.
Koh3. Ingin guwa berkata kepada beliau, 'ticer, i takde sebijik punn kamus di dalam koleksi buku2 i', tetapi aku pendamkan saja kerana bimbang terpaksa bercakap omputis dgn beliau nanti.

So, nak dijadikan cerita dekat 3 bulan jugak guwa berguru dgn ticer inih.
Mak guwa siap beli kamus besar gedabak.
Koh3. Beli time book fair. Murah dan berbaloi. Nambelas keturunan boleh pakai.
Dan lepas tak berapa lama lepas tuh, aku ada exam mid year kalau xsilap.
Ngeh3.

Mesti korg xpercaya kalau aku cakap, dari mula darjah 4 aku asyik fail je, tiba2 lepas berguru dgn beliau, markah BI aku melonjak jadi 94 per 100?
Wahahahhahaa. Dan markah aku adalah markah yg paling tinggi dalam ramai-ramai anak murid beliau yang tuisyen sekali ng aku.
Wohohoho. Aku rasa teruja gila.

Dan mulai hari tu, aku dah mula bersemangat belajar BI. Dan amat berbangga sekali *amat amat amat* sebab selalu dapat markah yg paling tinggi dalam kelas. wahahahhaa.
 Dan fenomena ini berlarutan sampailah aku habis sekolah menengah. Erk. *walaupun kadang2 BI aku dapat B**

Bila masuk matrik, aku punya enthusiasm untuk belajar BI tuh jadi lebih mendalam. Tapi disebabkan classmates aku sume species 2 yg fluent English, so agak menjadi satu masalah bagi aku untuk menyerlah. Wahahaha. But seriously, aku adalah orang yg paling gembira di dunia bila result UPU keluar, mengatakan bahawa aku diterima masuk ke UPSI under Teaching English Second Language (TESL).

Muet aku bukan byk band pun. Tapi okaylah. English xberapa fluent lagi speaking nye. Writing pun grammar kadang2 salah. Byk sangat kekurangan.

Yang jadi masalah bagi aku skrg ialah memikirkan kenapa dan mengapa budak2 zaman skrg tak suka English? Bukan setakat tak suka, malah lebih teruk dorg benci! Gila aihh. Menjadi 1 cabaran yang besar sebenarnya untuk mengajar budak2 yang dah set dalam minda dorg English tu susah. Adoii.

Dulu aku ada 1 habit. Disebabkan aku ahu aku kurang ckit bab2 vocab nih, aku akan pergi library and pinjam dalam 2 buah buku/novel bahasa inggeris. Balik, aku baca satu2. kalau ada perkataan yang aku xfaham, aku akan bukak kamus. Kalau ada ayat2 yang aku rasa puitis, aku akan tulis dalam 1 buku, yang mmg aku dah khaskan untuk benda2 cmnih.

Ramai yang tanya kenapa aku bersusah payah buat sume tuh?

1 je jawapannya,

Sebab ni je jalan yang aku nampak.

Aku xboleh amik course yang ada kira-kira.

Aku fail kot math.

Addmath masa sekolah rendah aku dapat 0.

Masuk matrik math aku dapat D.

Teruk kan?

Ce bayang betapa benda tuh effect pointer aku...

Yang aku tau, aku suka bahasa inggeris. Unik.

Jadi aku kena usaha ke arah ni.

Jadi sehingga sekarang, walaupun dah bergelar pelajar TESL yang sah, aku masih lagi berusaha.

Berusaha untuk speaking dgn fluent.

Berusaha untuk jadi yang terbaik buat anak2 murid aku nanti.

Jadi kalau saat ni korang masih belum tau korang nak jadi ape, aku rasa dah sampai masanya korang fikir2kan.

Like yes, life is about choosing.

And choose wisely.

And remember, it is okay to make mistakes sometimes.

Because we are merely human being.

And human being is imperfect.

Just like you.

And me :)

Tuesday, September 24, 2013

Shower Gel. Makcik Amoi dan Itulah flashback aku.

Hari nih jalan-jalan pegi pekan.
Tak jauh pun pekan Tanjung Malim tuh.
So, bila dah pergi pekan, kononnya nak beli lah shower gel. Sebab shower gel aku yg skrg tuh dah kritikal. Siap kena tambah air. Sbb dah mmg xde. Habis.
So masuk lah satu pasaraya.
Pasaraya ke hah?
Sbb kecik je. Agaggagaa
Jadi disebabkan aku nih mmg dari dulu pakai LifeBuoy, jadi tanpa segan silu dan tidak melengahkan masa lagi, aku terus g amik yang tuh. Lifebuoy tutup kaler biru. koh3
Tengok rege, damn. RM14.99 untuk 1 botol lifebuoy yang besar. Gila. Ini mmg penjimatan berganda-ganda.
Without thinking twice *tanpa berfikir dua kali*, haha., aku terus amik.

Then tiba2 satu makcik amoi dtg.
Makcik amoi? haha
Dik, pakailah yang ni. Bagus untuk kulit. Buat kulit jadi lembut. mcm pakai losyen.
Berkata beliau kepada aku.
Aku terus tnya, yang mana?
Then dia bawak aku pergi dekat satu jenis shower gel. Name esssence2 apa entah.
Then dia ckp, ni botol lagi besar, lagi murah.
Omo omo. Aku terus teruja. haha
Regenya 12.90 jeh. Botolnya besar gila, lagi besar lagi botol lifebuoy tadih.
Then dia bagi aku bau. Damn. Wangi!
Ak terus terfikir nak update blog masa tuh. Hahaha

Aku terfikir;
Selama ni, aku cuma tau beli je shower gel.
Aku xamik kisah pun kebaikan, or benefit benda tu dekat aku.
Jadi apakah salahnya mulai skrg, kalau aku mula membeli, bukan sekadar membeli, tetapi memilih yang terbaik?
Nampak tak effect mkcik amoi punya promote tuh? cis.

Dan nak dijadikan ceritalah kan, kalau difikir-fikir, semua shower gel pun mesti bagus untuk kita kan? Selama nih aku pakai lifebuoy tu pun bukan sbb aku tw kebaikan dia ke apa. Aku main pakai sbb aku rasa bau dia best.
Tapi aku xpernah tau mana shower gel yang sesuai untuk kulit aku.
Makcik amoi nih mcm tau2 je kulit aku ni jenis kering.
Then that's why dia syorkan benda tu dekat aku.

Okay skrg,
Konsep yang sama kita dah apply dalam hdup kita.
Apa yang ustaz aku ajar masa matrik dulu.
Dia kata;
Semua agama pun baik.
Tapi agama yang benar cuma Islam.

Korang faham tak maksud aku?

Maksudnya, semua agama menyuruh kita berbuat kebaikan.
Tetapi, agama yang benar-benar BENAR untuk kita adalah Islam.

Samalah jugak konsepnya dgn shower gel tadi.
Lifebuoy tadi bagus untuk aku.
Mengurangkan bakteria ***hohooho
Tetapi, yang paling bagus adalah shower gel yang makcik amoi tadi bagi aku
Yang sesuai dgn masalah aku.
Dgn kulit aku yg kering.
So benda tu melembapkan kulit aku.

Takkanlah kita sakit perut, g farmasi, kita mintak ubat, then budak farmasi tanya, nk ubat apa kak?
Kita jawab, tah, ubat apa2 jelah. Yang penting ubat.
Mana boleh camtu.
Kalau kita sakit perut, mestilah kita mintak ubat sakit perut.
Takkan kita nak mintak ubat sakit hati. *omo omo
Kan?

Jadi kita kena tau, segala apa pun sakit kita, ISLAM lah penawarnya.

The end.







Monday, September 23, 2013

Bila kemiskinan mengetuk pintu, Cinta keluar melalui tingkap. Like, NO?

Some people believe that, in order to be happy, they have to get married to someone stable. Define stable. Rich. Richer than her. Richest. Mesti ada education. If she have her second degree(master), then this guy must have it too. Then only they can get married. Like setaraf.

But looking deeper, kita mesti ingat,

Kita hanya mampu merancang, tapi Allah jua yang menentukan.

Apa salahnya kita yang ada master kawin dgn nelayan?

Apa salahnya kita yang berada menghormati mereka yang tiada?

The rule is so simple.

Give more,and you will get more.

Rule ni, tak boleh di simplify kan dgn jalan kerja mathematics.

But seriously, inilah konsepnya.

Ini adalah kehidupan.

Where we have to complement each other.

Kalau kita sebagai isteri, bergaji besar, suami cuma seorang gardener, apa salahnya turut sama membantu meringankan beban suami?

Back to the basic yang mana kita bercakap dalam konteks sebagai seorang Islam.

Tugas si isteri adalah meringankan beban suami.

Begitu juga dgn suami.

Kalau gajinya cuma cukup2 untuk bayar bil, makan, and handle keperluan anak2, apa salahnya kalau kita sebagai isteri setelkan insurance kereta and all stuffs?

Or are you that stingy? Tak mau guna duit sendiri for the sake of your family?

Women nowadays, terlalu prejudis pada lelaki.

I do not even know why.

But deep in my heart, I believe, the humanity, the good guy are still exist somehow.

Not perfect. Takde education. Merely a fisherman, but willing to do anything to make his family happy.

I mean, apa guna ada suami kaya tapi xmampu bimbing kita?

Tak mampu jadi imam untuk anak2 kita?

Modesty is better.

Tak payah bawak anak pergi overseas untuk tunjuk kita syg mereka.

Just show it true your words.

Your effort.

Your love.

If you cannot even believe in love on the first place, how do you expect to live in such a happy life?

Are you really that negative?

To claim that every man must be on the same level to you, if they really want you in their life?

My father is merely a normal human being. But look of how he draw his effort.

I am so happy, eventhough I have nothing compared to the other friends of mine.

My mother is happy.

She is contented.

Fully-contented.

You know what?

If you have reached to a point where you will thank Allah for everything that you have, you will actually live a better life.

Trust me.

Everything will make sense.

Be grateful for what you have.

Allah is looking at you.

Feel blessed,.

You don't have to even fight to live like those Muslims in Syria, Mesir, Rohingya.

Then why bother about being rich and married to someone richer?

Life is fair.

Don't turn it the other way round with your negative thinking.

And of course, if you have enough IMAN, bila kemiskinan mengetuk pintu, cinta tak kan keluar melalui tingkap.

In the end, it reflect back to how close are you to your Creator, Allah the Almighty.

Allah sedang menguji kita. Almost everytime.


Sunday, September 22, 2013

Kalau hari ini.. Kau dan Kecewa.

Kali terakhir aku melihat kau berusaha, adalah waktu dimana kau mencuba untuk mendapatkan perhatian dan cinta dari aku.

Setelah itu, aku melihat tiada lagi perjuangan, apatah lagi usaha.

Kau menyerahkan keberlangsungan hubungan ini sepenuhnya kepada aku.

Seolah-olah, hanya aku yang dipertanggungjawabkan menjaga, sedang kau di sana berpoya-poya menagih cinta si Hawa.

Jadi aku mula berfikir; Adakah aku yang salah?
atau
Apa memang sudah kau berubah?

Sudah aku katakan pada kau dahulu.

Apabila aku mula mencintai, cintaku tidak akan sewenangnya berakhir.

Aku sedar akan kepincangan hubungan kita.

Dan dari itu, aku mula menyesuaikan diri mengikut apa yang kau suka.

Tetapi aku kecewa.

Kerana bukan sahaja aku berseorangan menjaga, kau pula mula berpaling muka.

Aku kau kata tidak serupa.

Aku kau kata tidak berhabisan menjaga,

Maka semuanya kau campakkan pada aku.

Sedang kau di sana, bergembira tanpa berbuat apa.

Kalau hari ini aku mula prejudis pada si lelaki,

Kalau hari ini aku kula menjarakkan diri,

Kalau hari ini aku mencuba menjaga hati,

dan kalau hari ini aku berusaha untuk tidak lagi mencintai

Semuanya bermula dengan kekecewaan aku terhadap KAU.

Saturday, September 21, 2013

LOVE STORY, MONEY and HURT.

Ada satu cerita. Tak sedih. Tapi sedikit haru. Entah. Bagi aku mungkin.

Kisah cinta seorang perempuan yang kecewa. Define kecewa. Kecewa dalam erti kata terlalu sakit untuk percaya pada cinta. Kerana pengalaman bercinta yang dia lalui selama ni bukan sehebat orang di sekeliling dia. Dan nak dijadikan cerita; si gadis ni bercinta dengan seorang lelaki kacak. Define kacak. Tinggi, putih, senyum menggoda (haha) dan admirable, sampaikan setiap kali dia berjalan kat mana2, almost, ALMOST semua perempuan pandang. Nahh. Kacak lah tuh.

Jadi si gadis ni rasa bertuah. Dalam erti kata lain, dia rasa, YES. Finally found my life-partner. Lebih kurang mcm tu lah. So, dalam kegembiraan dia tu, dia lupa yang sebenarnya cinta dan kebahagiaan tu takde pada rupa. Tapi tulah. Merely human being. Bila gembira, mana nak fikir semua tu. So, as diorang carry on their relationship, sedikit demi sedikit konflik mula timbul.

Define konflik? Masalah. Ketidaksefahaman.
Punca? Undefined.
Lelaki ni, walaupun orangnya hensem, dia jenis yang xberapa rajin. I mean, dia tak belajar. Dia kerja. *well, he supposed to work*, tapi kerja pun gitu2 je. Dan nak dijadikan cerita, si perempuan ni belajar, dpat loan ptptn yang xberapa nak cukup untuk hidup, tapi SYUKURLAH. Kan? So, setiap kali dorang keluar, si perempuan yang akan bayar. What say you?

I say, D.A.Y.U.S. Why? Sbb dy bknnya OKU pun sampai xboleh kerja and harapkan awek je yg belanja. Tapi this girl believe that even pakwe dy cmtu, he still love her and so on lah. Even kadang2 si gadis xcukup duit, still dy masih sggup korbankan sisa2 duit yanga da untuk pakwe dia. I mean, she is really kind isnt she? Haha. Kind but DUMB.

So diorang carry on sampailah suatu hari, si lelaki cakap dia nak gi belajar di pondok. Belajar agama. This girl, sedih nak mati. Sbb bila dah kat sana xboleh nk contact la kan. Tapi disebabkan dia faham enthusiasm boyfriend dia tu, she let him go. Alah. Kalau x let go pon, that boy still pergi. Dan yang sadisnya, dahlah pergi mengaji jauh2, dia langsung xbgtau si gadis yg dia dah pergi pada hari dan tarikh sekian sekian.

Meh nak cerita. Ni part yang aku rasa haru. Sbb perempuan tu duk call xdapat2. Rupa2nya lelaki tu xoff hp masa bertolak pegi. Then hp nya pulak diletak atas meja dalam bilik. Alahai. Adiknya yang angkat. Katanya abang dah bertolak pergi tadi. Okay. Terpana si gadis tuh. Terkezut. Pakwe pergi xbgtau. Not a good sign. Kan? Si gadis nih, setiap kali dia rindu dekat bfnye, pukul 4 pagi pun dia bangun semata-mata nak menangis. Sob..sob..sob.. Sampai terjaga roomatenya. Sampai terdengar tangisan dek housematenya. Semua dtg duduk atas katil bertanya, 'Kau rindu dia? Janganlah menangis. Dia kan pergi menuntut ilmu, untuk kau. Untuk anak2 kau nanti.'  Dy berhenti menangis. Dia rasa lega. Sbb skrg dia tau, lelaki tu buat semua tu untuk dia. Kot.

Tah kenapa rasa mcm cerita ni genrenya komedi. Haha. It supposed to be sad. Jadi, after sometimes, si lelaki call this girl dgn public phone. Gembira bukan kepalang lah si gadis. Berbunga-bunga hatinya. Then after sometimes diorang berhubung mcm tu. Sampailah ke tahap lelaki tu sorok2 bawak hp, and si gadis akan call setiap hari khamis. Si gadis yang CALL. Bukan si lelaki. Disebabkan call from two different countries, so faham2 jelah kan kalau top up rm10 tu berapa lama je boleh on call. Jadi setiap minggu, si gadis ni WAJIB habiskan rm10 top up. Kadang2 lebih dari tu.

Tak lama lepas tu, si gadis call, jarang2 dah diangkat. Msg pon kadang2 direply. Musykil. Tapi dia percaya yg bf dia SETIA. Sampailah suatu hari, dia dapat msg dari bf dia. Tapi yang syahdunya, sg tu bkn untuk dia. Msg tu untuk orang lain. Maksud aku, PEREMPUAN lain. Damn. Airmatanya mengalir tak henti-henti. Lututnya terasa lemah. Badannya menggigil. Dia rasa tertipu. Dia call lelaki tu, tapi tak diangkat. Msg, tak direply. Almost 3 hari, dia tgu penjelasan lelaki tu. Tapi lelaki tu still diam. Sampailah satu saat dia dapat contact lelaki tu, then only she start asking him a few questions.


She asked, 'siapa dia? 'awk nak bagi msg tu dekat siapa?', 'awk tipu saya ke?'
Too many questions yang hanya dijawab dengan 'Entah. Membe pinjam hp. Bukan sy yg guna hp time tuh. ' Logically, si gadis duk fikir lah kan. Tak kanlah membe dy punya ejaan sebijik macam dia punya? I mean, she knew every words spelled sebijik mcm gaya lelaki tuh. Disebabkan terlalu kecewa, dia mintak putus even dia tahu dia tak mampu. She cried like hell after that. Nak tau apa yang lagi teruk? Lelaki tu xhalang dia pun! Not that time, not even after that!


So, diorang lost contact. Si gadis, masih lagi berharap. Berharap yang dia silap. Berharap yang semua ni cuma 1 salah faham. Berharap yang si lelaki xsalah. She tried not not to remember bout that boy, but all it does is, she will end up crying. And crying. Sampailah suatu hari, si gadis dapat satu msg. Yang budak lelaki tu nak kembali lagi dalam hidup dia. You wont expect how delightful is she. Tapi she was used je sebenarnya. After pujuk si gadis tu, that boy suddenly ask a her for a favor.

Korang tau dia mintak tolong apa?
Guess what?

You think?

He asked this.

'Awk, boleh tak saya nak pinjam duit awk?'


Son of a bitch. Tolong jangan cari lelaki mcm ni buat teman hidup korang. yang hanya dtg bila dia perlukan korang je. Korang rasa why did he stick with that girl on the very first place?

Because of money jugak kan? Sbb i know, that girl tak cantik mana pun. Then, lepas dah lukakan this girl, dia expect nak pinjam duit pulak?

Unbelievable.






Wednesday, September 11, 2013

Kisah yang tak menarik untuk dibaca #1

Banyak kisah yang nak dicerita sebenarnya. Tak tahu nak mula dengan apa. Mula dengan semester baru? Dah masuk semester 5 dah pun.

Ceritanya bila dah masuk semester baru, dah malas nak fikir benda2 cinta, jaga hati dia ni dia tu, salah faham ng kawan or such stuffs.

Unfortunately, hari pertama dah bermasalah. Orang yang kita rasa paling kita tak nak jumpa tu lah orang pertama yang kita jumpa. Annoying? Tak berapa annoying, tapi agak mengingatkan kembali sejarah2 yang xberapa sedap diulang kembali. Rasa seolah hari tersebut tak menyebelahi aku. Aishh.

Bukan benci. Bukan lah nak hina ke apa. Tapi kalau jumpa pon menyakitkan hati, baiklah xpayah jumpa. Tak gitu? Silap jugak sebenarnya. Aku selalu ragu2 ng instinct sendiri. Lain kali kalau instinct aku kata, "Jangan lalu sana, ada orang yang kau konfem tanak jumpa!", konfem aku ikut. Hahaha.

Tapi tulah. Nak lari kemana jugak. Last2 end up depan mata kita jugak. Kan? So hadap lah. Telan lah. Terima lah. Sbb kalau difikir pon buat menyemakkn hidup.

Ye lah kot. Maghrib dah oi. Tata

Friday, August 2, 2013

Catatan cuti semester #1

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama tak berblog. Terlalu sibuk dgn kerja2 rumah. Jaga anak sedara. Jadi babysitter and full time housewife. Seriously, sgt2 penat. Tapi inilah pengalaman berharga, buat bekalan sebelum diri bertukar status menjadi isteri seseorang.

Banyak betul isu yang berlegar di kepala. Tak tahu nak tulis yg mana.
Isu kesihatan. Isu tembak menembak. Isu hati dan perasaan.

Kadang2 rasa penat sgt nak hadapi semua ni, tapi terpaksa gagahkan diri supaya diri ni tak buat orang lain risau. Supaya tak menyusahkan orang lain. Dan mencuba sedaya upaya untuk berdiri di atas kaki sendiri.

Penat dah. Sambung besok; kalau sempat.

Gudnite :D


Wednesday, July 3, 2013

Itulah itu. Kita, cinta dan jodoh.

Aku percaya
Selagi kita masih bersama
Allah tidak akan merestui kita
Bukan kerna cinta kita tiada nilainya..
Tapi kerna agama melarang kita
Itulah itu,
Cinta yang pernah kita bermatian menjaga
Terpisah kita bukan kerana apa
Hanya kerana jodohnya tiada
Bukan jua kerana dusta
Hanya kesefahaman seringkali tiada
Nahh
Apa guna kita berdurja
Ingatlah Allah mencintai kita
Semoga kita dapat bersua
Di lain hari dilain masa

:D

Monday, May 6, 2013

PRU- PilihanRayaUntukYou?

Dulu aku ada satu azam. Azam yang aku pgg dari mula2 aku buat blog ni dan sehinggalah ke saat ni, azam tu terpaksa aku langgar. Aku khianati. Aku mungkiri.

Pedih.

Bukan pedih melanggar azam.

Tapi pedih menerima kekalahan PRU13 dengan cara yang paling tidak dapat diterima akal.

Dan aku, yang berazam untuk tidak menulis apa2 artikel politik sejak mula2 berblog; terpaksa mematahkan sendiri azam aku kerana rasa sakit hati yang tak dapat aku luahkan pada mana2 manusia sekalipun, melainkan hanya Dia.

Kalah itu hanya benar2 dikatakan kalah JIKA;
Pertarungannya di ADILI seadil-adilnya.

Dan!!

Menang itu hanya benar2 diiktiraf suatu kemenangan jika;
Tiada helah tersembunyi disebalik setiap strategi yang digunakan.

Dan aku, masih tidak dapat memanfaatkan akal fikiran aku sejak semalam; kerana otak aku telah penat berfikir BAGAIMANA pertarungan sebegini di katakan pertarungan yg sihat?? Dari sisi apakah? Menurut pandangan yg bagaimanakah?

Selepas hari ini, aku bebas menulis apa2 artikel politik. Kerana aku akan bangkit dengan lebih agresif 5 tahun akan datang, bermula hari ini.

And the war is begin.



Saturday, March 30, 2013

Confusion. Men and Family.

Assalamualaikum and hi.

I am not really into writing right now. But it is really a matter of fact; that I somehow press myself to write something before I forget this thing. It happened to me, but it wasnt that interesting or significant. I just hoping that somehow, I will be able to re-READ this entry one fine day, learning and interpreting; what kind of life I had gone through actually. 

Confusion that happen to affect my life. Men that happen to come and leave alongside me. And family which happen to somehow, um I do not know for sure. 

If you were to be proposed by more than 5 men in your freaking life, just what will you do? Answer me.
If you were to reject the other 4 men and end up choosing one, which one would you actually favor the most? Tell me.
If you were to chose one, yet you found out that no one is really capable of being your partner, just what will you actually end up doing? Share with me.

OR

If you were falling for someone that is none of any 5, what will actually happen? Say something.

OR

If you were falling for any two of them, yet you find it was hard to choose the real one you want because both is very dear to you, who will actually end up being yours? Choose for me then.

OR

Your family finally interfere and ask you to find someone reliable; religious; how is it actually goes on? Please, someone?

I was actually stuck. It was something that bother every day of my life.  And I find no solution to this particular messed-up thing. 

I am confuse. And I pray that somehow, someone will accept me for my true self. 

Yes.

My true-self.

I was somehow found someone reliable; my family; has a bit issue with this particular guy. Just because his education is nothing compared to mine. Just what on earth did my family was thinking at that time actually? I'm i love with this particular guy. But I end up leaving him for someone better. 

I'm so hopeless. And restless. 











Friday, March 22, 2013

M.E.M.O.R.I.E.S O.F.U.S


.day month year.


I've been thinking bout our girl-to-girl moment spent throughout our years of friendship. So, I end up posting an entry to RECALL all of those memories we created long long long years ago. I've nothing in particular to show. A song I found from a damn good movie. Nice one really. Please spend sometimes to go through the lyrics and watch the VIDEO too :') In other words; Me H.E.A.R.T you xD

Monday, I'm waiting
Tuesday, I'm still waiting to see you to see,
see how you're doing

Wednesday  you still don't come
nothing in the late morning
Thursday is empty

whether it's Friday Saturday or Sunday
there isnt a day I dont think of you
there wont be a day when youll come back
to revisit our past

the day I met you
the day we became close
the day we held hands

the day I fell in love with you
the day I confessed it
the day that you heard it

will it be much longer? I just don't know
will it be several months or another year?
of the tens of thousands, countless memories we shared
I've never not thought of you

January is endless
February is dull
March is also vague
April I'm restless
May is painful
June is empty

will it be much longer? I just dont know
will it be several months or another year?
of the tens of thousands, countless memories we shared
I've never not thought of you

will it be much longer? I just dont know
of the tens of thousands, countless memories we shared
I've never not thought of you



Sunday, March 17, 2013

I'm fine and you're kind :(:)

How should I put this into words? Sebenarnya betul apa yg sesetengah orang cakap; yang hakikatnya tak semua orang akan faham apa yang kita lalui dan rasai. It was so frustrated to learn the facts that some people can listen to you, yet they can do nothing except for making thing worse. Sbb apa? Sbb semua tu takkan mengubah apa2.

It is like kalau kita cakap, 'its okay, I'm fine'. And they would end up saying, 'really? I'm glad. Sedangkan, apa yg kita ingin sampaikan adalah sebaliknya. Apa yg kita cuba nak sampaikan adalah, 'I broke down easily. And I want someone to comfort me every now and then. Don't leave me alone and cheer me up, please!'

We encountered a lot of hardships in life. Yes. And we become a new person every time we accomplished a mission in life. We improvise ourselves a lot. But was it enough? Was is enough to make us even better in handling those heart-breaking moment in life? It is unshakable? Give me some mercy!

Was it that difficult for someone to even understand that some people are not that strong like what they had been showing? that some people are actually weak; very weak; helpless; so tiny and small; or even failed in life so often?

It was so frustrating people. It was and it will always be. A happy and cheerful face does not always come with a happy heart. Go and dig. Understand and feel it. Learn of how these people trying their very best to draw a smile; as if there's nothing to be sad of.

And I. Am so tired of pretending like one. In front of so many people. So, I will end up crying under my blanket; later in the midnight. When everybody fall asleep. So that people wont see, how weak am I. Haha

Saturday, February 23, 2013

Semester keempat dan konflik.

Salam, assalamualaikum wbt :)
Alhamdulillah, sudah seminggu berada di semester baru. Semester yang agak challenging dgn beberapa subjek yang killer kuasa namplohjuta. Agak tertekan sebenarnya semester ni. Sbb dalam seminggu yang pertama ni, dah timbul beberapa konflik. Jadi kat sini aku kongsi bkn dgn harapan nak mgadu domba atau nak mintak simpati, tapi sebagai pengalaman sebagai mahasiswa, mungkin buat tatapan adik2 yang masih berada dibangku sekolah. *konon lah kalau ada yg membaca, ye dakk?*

Konflik 1; PTPTN lambat masuk!
Yang ni mmg masalah besar. Selalunya, kalau sehari atau pada tepat2 pada hari aku jejak kaki ke UPSI ni, Ptptn mmg dah siap dibank in ke dalam bank. Hew2. Jadi tadelah masalah problem bila sampai kat sini. Tadelah kena mintak duit biasiswa papamama *duit mak ayah ler uolssss*. Jadi konflik ni kdg2 buat diri rasa sgt2 menyusahkan parents. Rasa mcm, tahh. Rasa tak patut. Sbb mula2 nak dtg hari tu, abah ada kasi sejumlah duit yg agak byk untuk buat belanja sementara nak tgu Ptptn masuk. Kesian abah :(

Konflik 2: Rumah sewa, segala bil dan suasana baru.
Dulu kalau tinggal dekat kolej, sewa agak berpatutan. RM500++ cmtu. Skrg, bila tinggal kat luar, sewa rumah agak lah mencengkik darah merah T__TT. RM 600+++. Hoho. Itu tak termasuk bil air bil elektrik lagi. Jadi duit ptptn ku hanya tinggal sisa2. Bhahahahhaa. Sadiss yg amat :( Kalau dulu duk kolej, air free meri. Elektrik pulak just byr based on how many elektrik appliances yang korang bawak. Kira kalau laptop, water heater dan charger hp, kira lam RM30 je 1 sem. RM10 u satu benda. Duk umah sewa ni, tiap2 bulan duit anda akan disedut. Hukhukhuk. Jadi bila dah mula rasa kehidupan diluar kolej ni, jimat cermat mmglah satu amalan mulia kuasa tujuhbelasjuta. Ada pro and kontra jugak duk umah sewa aku nih. Pertama, dekat dgn segala sumber makanan. Dekat ng 7-e lagi. Tapi kurang best bila berjirankan bebudak lain spesies. Sebelah blok aku, ade 1 or 2 or mybe lebih  rumah yg dihuni oleh budak laki. Jadi tahap menjaga aurat dipertingkatkan lagi. Huhu. Yg paling tak best bila time nak tdo aje, adelah hon kereta yg berbunyi. Makcik yg tgah basuh periuk kat kedai bawah pongpang2 segala. Adoiilerrr makcikk =.=''

Konflik 3: Masalah kesihatan
Hari khamis yang baru je lepas ni, aku telah memontengkan diriku dari pergi ke kelas Discourse Analysis. Sbb kena g klinik memandangkan kesihatan seperti memusuhi diriku. Hoho. Jadi cadangnye just nakgi mintak ubat batuk n kalau bole nak renew inhaler untuk asma aku tuh. Fes2 masuk bilik doc, dah kena bebel sbb pakai flippers cap kedai amoi depan kampus uolss. So dgn muka xmalu, ckp kat doktor, 'sorry madam. sy main sarung je tadi'. Hukhuk. So selepas dicheck and di interbiuuu, doktor kasi 1 form, bwk g bilik no 6, and buat blood test. Time tu gabra tahap dewa dewi tayah story. Seumur hidup, tak pernah lagi darah aku disedut oleh mana2 jarum dan picagari, lagi2 yg bersaiz giant nih. Jadi selepas darah aku yg 'dirompak' itu selesai menjalani ujikaji, doktor mengesahkan bahawasanya, darah aku ada kandungan bakteria yang amat tinggi. Dalam hati ini, tak habis2 aku menyalahkan ETOK. Huwaaaa! Menyesal mkn etok RM5 hari tu sorang2. Sbb ade org ckp, etok ni bahaya sebenarnya. Hah? Tak tau apa itu etok? Aiseh. Silalah klik ETOK. Jadi bermulalah kehidupan kampus yang ditemani ubat-ubatan yang berbagai saiz, bentuk n rasa. Yg paling penting, ubat batuk aku perisa blackcurrant uolssss. Hehehehe

Konflik 4: Status fb yang mengundang 'sedikit' KONFLIK.
Maybe yg ni punca dari aku jugak. Sbb aku ni pattern kalau dah sampai mud mengHAPDATE status, aku akan hapdate secukup rasa. Jadi dalam byk2 status yg aku post kat fb ni, salah satu darinya amat menyentuh sensitiviti senior aku. Sbb ape? Sbb aku mention pasal ketidakpuasan hati aku terhadap satu grup instruktors yang in-charged u aku punya unit beruniform. Mcm mane dorang tau even dorang tak fren ng aku? Hah, yg tu toksah tanya. Sbb aku sendiri pon tertanya-tanya. Jadi aku dah kira menyinggung perassan dorang la. N aku kan pattern yg jenis ckp apa yg aku nak ckp, jadi aku biarkan aku benda ni cmtu je. Even ade jugak dorang post kat grup mention bout respect and so on, and aku tau post tu mmg special utk aku, pon aku tetap wat dunno jugak. Tadi mase g kelas pon, aku memperasankan diriku ini dikerling2, diumpat soksek soksek. Huhu. Tapi adelah sesuatu yg aku sgt2 tidak puas hati, yg menyebabkan aku post sebegitu. Jadi aku harap, kami sama2 dapat baiki diri. InshaAllah :)

Jadi kat bawah ni, aku letak sedikit sedutan gambar dari rumah sewa baru n bilik aku. Huhuhu

Katilku ditepi tingkap. tapi tingkap tak bole bukak. Ade lelaki
uolsss. Tskk. Tskk..

Kekasih awal dan akhir, laptop dan meja study.
Belum guna utk study lagi meja nih. Guna u mkn megi je.
hewwhewheww :P

buku2. huhu. Bunga gergasi tuh, bestfren aku c azhar
yg kasi time befde. hoho

Beg. Hukhuk. Ni jeh yg mampu dimiliki.

Dapur  iolsss :D

curi2 ambik gambar rumah jiran jap
eh eh eh. hahahaha

brg2 masak. huhu

pintu rumah. Haha








So, sekian saja dari iolsss. Take care uolss! :)



Friday, February 8, 2013

# BIBIR TERSENYUM HATI MENANGIS #

P/S: INI POST LAMA YG AKU TERPAKSA COPY PASTE AND PUBLISH BALIK :D

Assalamualaikum wbt sahabatku yg dekat dimata dekat di hati .dekat juga di jiwa ..dekat di mana2 sekalipon la yekk !salam perpaduan .salam sayang ,,bukan salam terakhir ..ohohohoho :D
Entry kami untuk hangpa ini hari ...

                 BIBIR TERSENYUM HATI MENANGIS


Tajuk ni aku dapat mase aku pi kedai buku seberang kampus .cover pon come lote .pink kaler tuhhh*aku xsuke pink,,plizzz .Aku sesangat lah tertarik dgn tajuk buku ni .dah sah2 aku mmg judge the book by its cover .aku ta kesah da content dy sal pe .aku bru bce 3 muka surat .p yg pasti ,contentnye harus bgus .bermotivasi :D


#pernah x lam hidup korg ,korg ase hipokrit sgt diri korg tu??penah x,korg pura2 senyum saat korg sedih?pnh x korg wat2 hepi sedangkan time tu hati korg tgh menangis ??pnh x korg ase nape la aku xckp je benda yg sebenar??Napela sampai hari ni pon aku masih sabar je??sampai hari ni pon aku masih xmmpu nak suarakan kesedihan aku??pnh x ???Aku pasti korg pnh ase cmtuu.Aku,4 sure pnh ase cmtuu ..selalu .mybe hari2 ..umm .


#pernah x bile ex korg yg paling korg syg ckp dy na putus n korg ckp ,'jan isau .sy oke .sy fhm' ..sedangkan time tu korg menangis tersedu-sedan!pnh x bile kwn korg xpedulikan korg ,sakitkan hati korg,ckp bkn2 kat belakang korg ,korg pk cmni ..  "xpela .dy xdek niat kot na ckp gituu .xpela,aku maafkan dy .."pernah kan ???huhu .Aku pasti ,sume org pnh ..tu la mksudnya BIBIR TERSENYUM HATI MENANGIS .


#kadang2 lam hidup ni ,bile kite yg terlalu menjaga hati org,hati kite yg akan terluka .bile kite terlalu menjaga perasaan sendiri,hati org len yg akan terluka .ase susa sgt kan??ase susah sgt nak tonjolkan perasaan sebenar tu .tw x knape ???sbb kite sume ade E G O .bile org yg kite syg sgt2 syg org len ,kite akan ckp 'sy akan bahagia lau awk bhgia' ..tapi bahagia k kite time tu??hepi k ??xsedih k ???pastu airmate yg mengalir tu tanda yg kite nih bahagia?cmtuu ??sampai bile kite nak tanggung sume tu?sampai dia dah beranak pinak dan kite masih lagi berharap yg dy akan kembali?Just stop it could u !!


Kite ni hidup biarlah bermaruah .org da ta suke kite .xpe .Biakan dy pegi .kite ni yg ptot risaukan kebahagiaan kite.bukan risaukan dorg2 sume tuu .bile org mengata kite,kite ada hak untuk menyatakan rasa ketidakpuasan hati kite ..tlgla jgn salu pendam ..kesianlah kat hati kite tu ..seksa ,sbb sik simpan perasaan ..jgn zalimi diri sendiri ..


#ade mase ,perkara yg perlu diluahkan,kite harus luahkan ..apa korg pikir,sampai mati korg nak pura2 senyum depan org lain sedangkan time tu hati korg meraung derita??ape korg ase korg bleh tanggung sume tu sorg2??korg da lpe yg Allah masih ada?dah lpe masih ade yg amik berat??xbleh cmtuu .xbleh ..korg xbleh terus2 memendam pasaan ..kasihanilah hati korg ..lau hati korg bleh berkata-kata,aku percaya hati ni akan menyuarakan betapa ia tidak mampu menanggung kepedihan tu sume ..


#aku ngku ,aku pon kdg2 sama gak cam korg2 sume .time aku sedih ,aku wat2 hepi ..bile ak tgok cite sedih ,aku tahan airmata aku .sbb segan nak nagis .bile aku teringat ex aku yg pnh dumped aku dulu ,aku salu ckp "ah .salkan dy epi,aku pon bleh hepi ape ."p tu sume bkn pe yg dtg dari hati ..hati aku ckp ,aku nak sgt bersama dy lagi ..hati aku bisikkan ,nak sgt ulang balik kenangan2 bersama dy dulu ..


aku ketawa walaupon aku sebenarnya ingin menangis ..
aku tetap tersenyum walaupon aku sebenarnya kecewa..
aku tetap kuat walaupon aku sebenarnya sudah tidak sanggup lagi..
aku tetap bersemangat walaupon aku dibebani masalah..
dan yg PENTING aku tetap sabar
dan memandang semuanya baik saja..
walaupon ketika ini hati aku LEMAH dan sedang SAKIT ..


:D




#korg isau??isau xde sape yg mendengar??yakinlah ,Dia masih ada ..Dia selalu ada ..Dia yg selalu mendengar ..mendengar dan terus mendengar tanpa jemu hatta sedikitpon ..Luahkan padaNya.Dia amat memahamimu ..sujud padaNya .akn diberikan jalan buatmu ..merintihlah padaNya ..akan di bukakan pintu bahagia buatmu ..merayu dan memohonlah padanya ..Nescaya Dia akan memujukmu dgn sesuatu yg tidak terjangkakan ..percayalah ..Dialah yg maha mengetahui kan sesuatu ..Subhanallah



berdoalah :)




p/s :mesti tabah!mesti kuat !<3


ni la buku tu .comey kan XD
Sekian :)

From me to you.

Mereka kata kalau syg harus dibuktikan.
Mereka kata, kalau cinta harus bersebab.

Pelik. Mereka berkata begitu dan begini. Sesekali aku penasaran. Cinta yang bagaimana yang harus ada bukti? Apa yg mesti dibuktikan pada dunia? Apa kalau cinta mesti harus aku melaung, terpekik terlolong? Hey dunia!! Aku cinta lelaki ini! Apa begini? 

Mengapa tidak kita2 sahaja yg tahu. Mengapa tidak kita2 sahaja yg rasa. Mengapa tidak kita2 sahaja yg nampak? Apa kalau kita2 sahaja yg rasakan semuanya, rasa cinta itu akan hilang? Jadi kalau kita2 sahaja yang tahu, rasa cinta itu akan terbang pergi?

Yang bagaimana engkau mahu?

Bagaimana mahu menjaga hati. Bagaimana mahu membuktikan? Bagaimana mahu memberitahu? Bagaimana mahu menjelaskan kalau rasa cinta ini datang bukan bersebab. Dan dgn tidak perlu dizahirkan dgn apa2 bentuk bukti. Tidak perlu diterjemahkan dalam apa2 jenis material.

Rasa ini istimewa.

Kerana rasa ini hanya aku berikan pda kamu. 
Bimbang kalau2 satu dunia mengetahui, rasa cinta yang kita rasa mulai pudar.
Kerana cinta kita tidak lagi untuk menjaga sesama kita,
tetapi untuk menjaga mereka disekeliling.

Itu cinta palsu.
Dan bukan cinta begitu yg aku butuhkan.




Monday, February 4, 2013

Dulu dan kini. Selamat datang tahun ke 22 :D

Dulu : Time form 4 atau form 5*lupa*




Sekarang : Latest photo. Aiseh.

Sebarang komen yang sentap mentap hati mak nak tidak berapa dialu-alukan, tapi kalau dah tapak tgn tu gatal nak tulis sgt, ha tulis jelah. Hoho. Mihmihmih :-P



Friday, February 1, 2013

Itu semua cerita dulu (_ _。)




Bukan mudah melupakan. Bukan mudah memujuk hati. Bukan mudah memberi kata maaf. Bukan mudah menerima kembali, apatah lagi memberi peluang kedua.

Kalau dulu pernah berjanji setia, hanya kau seorang, tiada yang kedua;
Kalau dulu pernah berkongsi rasa cinta, aku syg kau, kau juga begitu;
Kalau dulu pernah mencipta kenangan, merakam saat2 indah;

Sekarang semua itu cuma suatu KISAH.
Kisah kasih yang tidak kesampaian.
Kisah cinta terputus ditengah jalan.
Kisah hati yang meluka dan terlukakan.

Kalau ditanya setiap pemilik hati, barangkali 9 daripada 10 pernah kecewa. Pernah dicurangi dan disakiti. Persoalannya bagaimana mengatasi? Bagaimana mahu meneruskan kehidupan yg bersisa? Bagaimana mahu melangkah seyakin, segagah dan seberani dahulu?

Jawabnya cuma satu;
Yakni bila mana kita belajar melupakan.

Melupakan itu suatu hal. Bagaimana kalau si dia datang lagi memujuk hati, kononnya menagih peluang kedua, sudah berubah dan ingin membahagiakan?

Jawabnya:
Itu bergantung pada jenis kesalahnnya, pada setakat mana kesungguhannya, dan yang paling penting;
SEKUAT MANA JODOH KALIAN BERDUA :)

Jadi kalau ada yg masih menangisi kisah cinta dulu kala, katakan pada diri;
Hey, itu semua  cerita dulu. Kau dan aku, mungkin saja tidak dipasangkan bersama oleh Allah. Jadi pergi sejauh mana kau mahu, kerna aku yakin, jika kau jodohku, tetap jua kau kembali. Tapi jika benar kau bukan yg tertulis buatku, aku percaya Allah telah mendatangkan aku seseorang yang sesuai dan mungkin jauh lebih baik dari mu. Yang pasti, pilihan Allah itu jauh lebih lebih lebih lebih baik :)



Husnudzon#

Adiosamigoss.

Saturday, January 12, 2013

Semester ketiga, terima kasih untuk kenangan itu!

Kolej dah kosong. Bilik bacaan tempat letak barang sudah hampir penuh. Katil sudah tidak bercadar. Tidur sudah tidak berselimut. Rumah sudah tidak sekemas dan sebersih. Satu lagi semester sudah meninggalkan.

Assalamualaikum. Semester ketiga, terima kasih kerana memilih sy untuk berada didalamnya!

Kalau nak dirumus apa yg sy dapat sepanjang semester ni, rasanya seperti TIADA. Semester ini sy byk habiskan dgn

                                       BERPOLITIK.

                          BERASSIGNMENT


CHAPTER 1-ASSIGNMENT DAN KERJA2 YG MEMENATKAN
Haha. Pelik juga sebenarnya. Sbb sy rasa semester ni sgt memenatkan. Mungkin kerana kehidupan universiti baru sahaja bermula. Assignment, presentation, mock teaching, kajian dan apa2 jelah lagi yang membuat kepala pusing. Dan pusing. Dan pusing. Sem ni jugaklah segala assignment dapat carry mark yg maha maha rendah. Lecturer yang sgt3 garang dan tegas, lewat satu minit pintu kunci. okay okay. Cakap satu patah perkataan pastu tanya UNDERSTAND? UNDERSTAND or not? Okay okay okay jugak. Lcturer yg sepatutnya mengajar subjek lain, tapi in charge u subjek lain. Dan sgt2 berkira dgn markah dan segala presentation. Okay okay okay lagi. *tabahkuasanamjutadarabduaplohtujuhpointlapatbelas*


CHAPTER 2- KAWAN-KAWAN
Kawan2. Tipulah ckp kalau tade salah faham. Selalu. Tipulah kalau ckp takde rasa xpuas hati. Selalu jugak. Tipulah kalau ckp kwn2 sume ohsem tahap vavavumm. Tapi itulah manisnya persahabatan. Sbb ape? Sbb tak boleh nak gaduh lame2. tak boleh nak masam muka lama2. Byk sgt bnda nak cerita. So mmg awkward kalau tiba2 ade yg diam. Sesak lam dada duk pendam cerita2 maha hebat. Bergosip bergosip dan bergosip. Itulah kawan dan sy.  BFF, YayaNgek, BibikNgek, dan KutamNgek, I syg uolssss sepenuh jiwa raga, lillahi taala.Tak lupa juga kepada Nadiah and Sofea, *housemates baru sy sepanjang semster3 ni*, temkiuuuuu sbb byk bertolak ansur dgn sy dan YayaNgek. Temkiuuu sbb sporting tahap dewa dewi. Temkiuu beri2 muchos gracis salamat kok! hoho. Halalkanlah mkn minum kami. Kalau ada terkasar bahasa, maafkanlah. *mmg ade pun* .Sobss.,sobss :( Cuti sebulan ni, mohon jgn ada yang huru hara kan hidup sendiri. jangan ada yg makan hati. jgn ada yang tacing nak mati. jgn ada yg jadi itu jadi ini. No henfon sy yg ohsem tu, mintak tolong save elok2. Sng nak call. Talian hayat aka no keramat tu. Tadelah pndai sgt nak selesaikan masalah permasalah, tapi pendengar yang sgt baik. 
well well well; huruf Y dalam kurungan untuk diri sendiri :P


CHAPTER 3- CINTA, PERCINTAAN, DICINTAI DAN MENYINTAI NYE PUNN!
Semester ni, setelah diri dicurangi oleh seorang ostad yang ku sangka BAIK dan OHSEM, tapi HAMPEH, diri ini menemukan seseorang yg sgt2 bermakna. Perkenalan masih lagi baru. Hubungan masih lagi ditahap yang agak goyah. Gaduh dan gaduh dan gaduh. Dimarah, cemburu, gaduh, menangis, iloveyou imissyou dan baik semula. Kalau hubungan ni disamakan dgn anak tangga, rasanya masih lagi terlalu baru, masih berada pada anak tangga pertama Batu Caves tu. Tinggi dan berliku, penat nak panjat. Menandakan bahawa perjalanan kami masih lagi panjang. InshaAllah, kalau sudah Allah tuliskan namanya dalam catatan kehidupan berumahtangga kami, maka jadilah. *kunfayakun*


CHAPTER 4- DIBUANG KOLEJ
Haaa, ini kisah paling sentap mentap kuasa namjutapointtujuhbelasdarabtigapuluhlapantambahlima. Nak dijadikan kisah, semester depan, sy dah YayaNgek tidak lagi dapat meneruskan kehidupan di kolej. Sbb ape? Sbb adelah segerombolan pelajar suksis yg sibuk nak menempel kat kolej Za'ba kesayangan sy. Jadi tnapa segan silu, sy permohonan sy untuk duduk dikolej diREJECT kaw2 oleh pihak kolej. Fine fine fine. I dah dapat rumah sewa dah pon uolsssssssssss . *walaupun payment agak mahal T__T* Jadi sem depan, kegiatan berpolitik haluan kiri akan lebih giat lagi. Sudah ade bau2 FREEDOM. Yeyeh.


CHAPTER TERAKHIR- AGAK2 DAPAT BERAPA POINTER?
Ini chapter buat sy gundah gulana. Tak tenteram hidup lam cuti selagi xdapat result final sem3. Org2 yg malas mcm sy, mmg cmni. Belaja malas. Pegi exam jawab cincai boncai. Keluar exam hall senyum kerbau. Balik rumah check jawapan, ahh salah! Menyesal sbb xstudy elok2. Pastu duk pk, kena repeat paper ke agak2 hah? Nahh. Itulah namanya MAHASISWA SEMPOII HABAQ HANG. *huruf Y dalam kurungan,lagi*


Sekian sahaja. Adios amigos flamingo. Haip2!

Cik AdeeyaMayeesa, c ketot yg vavavumm!
Jeles? Pedulikan.