Setiap kali aku dapat rasa aku sedikit moody, aku akan terus warning orang2 sekeliling aku.
Bukan untuk menakutkan.
Tetapi untuk mengingatkan.
Sebab aku tahu, bila aku moody, aku akan byk sakitkan hati orang.
Aku akan bercakap tanpa memikirkan perasaan org.
Aku akan buat benda2 yg org tak suka.
Aku akan menangis tanpa sebab.
Aku akan rasa sedih tiba2.
Aku takkan suka ditengking
dan yang paling penting;
Aku ingin difahami.
Susahnya, bila keadaan dah bertukar jadi tegang, awkward, aku akan rasa yg semua nih salah aku.
Aku jadi sensitif.
Aku takut nk bersosial.
Aku diam tanpa sepatah kata.
Aku kawal diri aku dari berbicara.
Aku kurang memberi respond.
dan aku cuba untuk berlagak senormal mungkin.
Ada sesetengah masa, aku cuba untuk anggap benda ni normal.
Dan akan segera berlalu.
Tapi ada jugak masa2nya, aku terbawa-bawa perasaan nih.
Aku cuba untuk bersikap seperti aku yg biasa-biasa.
Dan aku sangat2 berharap, orang2 diseliling aku boleh tangani sikap aku.
Aku adalah seorang manusia yg sedikit pun tidak memahami diri sendiri.
Aku komplikated.
Dalam hati aku cinta, dalam bicara nya aku kata benci.
Dalam hati aku menangis mengongoi, di luarnya aku ketawa terbahak.
Dalam hati aku mensyukuri, dalam tuturnya aku memerli.
Itulah aku.
Manusia biasa.
Bukan mudah untuk dijaga.
Terima kasih; Kepada insan-insan yang banyak bertahan dengan aku.
Aku, dgn penuh rasa rendah diri, memohon maaf kalau dalam proses aku menstabilkan emosi ini, ada yang terluka.
Ada masa, aku akan ubatkan luka tuh.
Aku tak janji yang aku mampu hilangkan parut lukanya,
Tapi aku janji, selagi aku hidup,
Insan yang bertahan dengan karenah aku,
Adalah insan yang selalu aku lafazkan namanya di setiap doa ku.
Terima kasih!
No comments:
Post a Comment
Komen Best2 taww:)!