Saturday, July 21, 2012

Terima Kasih Tuhan :D

Assalamualaikum. Hoho. Hari ni tade entry best2 pon. Cume nak kongsi satu berita gembira. Gembira la jugak. Syukur alhamdulillah. Hehe. So, malas nk panjang2 cite, usha jela ea? kikikikii ^______^

Monday, July 2, 2012

                       Bila mengalah, masih juga tidak dihargai 


 Mengalah, bila mana keadaan membutuhkan kita berbuat begitu Mengalah, bukan kerana lemah, tetapi kerana kasih, kerana syg. Kerana tidak mahu suatu permasalahan diperbesarkan. Tidak mahu suatu pertalian diputuskan. Tidak mahu kehilangan, tidak mahu melihat sebelah pihak lagi terluka. Maka mengalah, mengalah dan terus mengalah. 


 Tapi, tak semua manusia tahu menghargai. Mengalah, dan kita dipijak-pijak. Mengalah, dan kita diBONEKAkan. Mengalah dan mengalah lagi, dan kita dilayan seperti sampah. Bagaimana lagi?? Rasanya seperti org tidak berakal, bila seringkali ditolak, dicari bila perlu sahaja, dibuang jauh-jauh bila terasa bosan. Selalu saja, kita dikatakan lemah. Selalu memaafkan, selalu melihat yg positif sahaja. Selalu memberi peluang. Selalu mencurah kasih syg yg tidak berbelah bagi. Selalu menunggu, dan yg pasti, selalu saja terluka. Dan kalau mereka tahu, keterlukaan itu semakin parah. Bila lukanya pada tempat yg sama, sampai masa, hati juga sudah tidak punya rasa. Kosong. 


 Jika ada yg melukakan, mengalah dan memaafkan itu harus. Tetapi jika itu sudah kau praktikkan berulang kali dan terangnya, ia tidak membuahkan hasil, maka belajarlah MEMPERTAHANKAN MARUAHMU. Mungkin sudah sampai masanya, kau bangun dari jatuh. Mungkin sudah sampai masanya kau mengelak dari terus didera perasaanmu. Mungkin juga, sudah sampai masanya kau katakan pada mereka, CUKUPLAH!


 Aku punya perasaan. Aku punya maruah. Dan aku pasti, mereka juga sama. Suatu perbezaan yg amat ketara antara aku dan mereka, aku masih punya rasa kemanusiaan, sedang mereka sudah hilang nilai kemanusiaan itu. Selamatkanlah dirimu, hitunglah berapa byk masa yg kau punya saat ini, rangkalah seberapa hebat ayatmu. Kerana aku, telah BANGKIT dari dudukku. 


 AdeeyaMayeesa. 01/07/12, 3.18pm