Saturday, September 28, 2013

TESL? I'm blessed.

Ah. Apa, kelas Bahasa Inggeris cancel? Yes, yes yes!

Ini guwa tau. Ramai sungguh yang allergic dengan bahasa omputis ini.

Why?

Aihhh.

Meh nak story.

Dulu aku, masa darjah 4 BI mesti fail. Dok tau nape. Bila dapat report card, mesti merah2 punye. Ayoyoo. Buruk betoi. Erk. Bukan BI je yg merah. Kemahiran hidup pun wa fail. Haha. Bukan sebab wa malas, tapi sbb cikgu wa masuk kelas xngajar pun. Sebok sgt berpolitik. Koh3. Cai cai gitteww.

Jadi bila naik darjah 5, mak aku dah mula cuak. Kononnya beliau nak target ak dapat 5A untuk UPSR *untuk record, ye mmg ak dpt pun 5A tuh* *ciri2 org riak*.
Jadi beliau membuat keputusan, yang mana mmg beliau langsung tak bincang or slow talk ng aku, untuk menghantar aku ke sebuah pusat tuisyen.

Kawan2 aku time tuh sume mmg g tuisyen time weekend. Aku je yang sekor2 tak pergi. Koh3. Sbb kesian dekat mak ng abah aku. Tapi disebabkan harapan mereka yang tinggi menggunung nak tengok aku berjaya, maka aku gagahkan jua diri aku untuk pergi tuisyen. Walaupun ak kdg2 sengaja bangun lambat sebab xmau pegi. Haha.

Bila sampai je pusat tuisyen tuh, satu manusia pun aku xkenal. Abislah. Cuak gila time tuh. Adooii. Dgn dressing old school aku tuh. Dgn xbawak pape melainkan diri ku yang berharga ini sahaja, mmg buat aku rasa nak balik. Ohoii.

Sekali cikgu nye dtg. Cakap omputih mak aihhh. Seram sejuk guwaaa.
Aku faham gitu2 jeh.
Angguk2 je lah sbb xmau nmpak buduh. Koh3

Bila dia start mengaja, aku terkelu sesekor kat kelas tuh.
Mak aihhhh. Xde sepatah pun perkataan bahasa Melayu.
Aku mmg screwed time tuh. haha

Then dy suh aku wat eksesais. Okay, aku buat.
Bukak je handout, pehhhh!
Satu perkataan  aku tidak memahaminya punn ee.
Aku mmg cuak, rasa mcm nak ngis.
Budak sebelah aku sume bawak kamus besar mcm ekslopedia bak hang.
Aku nih, mini dictionary punn tadak.
Aihh.
Sekali cikgu tuh dtg, paaapppp!
Di letaknya kamus sebesar ekslopedia itu di sebelah aku.
Berkata beliau ' You can have my dictionary. But then please remember to always bring yours when you come to my class'.
Koh3. Ingin guwa berkata kepada beliau, 'ticer, i takde sebijik punn kamus di dalam koleksi buku2 i', tetapi aku pendamkan saja kerana bimbang terpaksa bercakap omputis dgn beliau nanti.

So, nak dijadikan cerita dekat 3 bulan jugak guwa berguru dgn ticer inih.
Mak guwa siap beli kamus besar gedabak.
Koh3. Beli time book fair. Murah dan berbaloi. Nambelas keturunan boleh pakai.
Dan lepas tak berapa lama lepas tuh, aku ada exam mid year kalau xsilap.
Ngeh3.

Mesti korg xpercaya kalau aku cakap, dari mula darjah 4 aku asyik fail je, tiba2 lepas berguru dgn beliau, markah BI aku melonjak jadi 94 per 100?
Wahahahhahaa. Dan markah aku adalah markah yg paling tinggi dalam ramai-ramai anak murid beliau yang tuisyen sekali ng aku.
Wohohoho. Aku rasa teruja gila.

Dan mulai hari tu, aku dah mula bersemangat belajar BI. Dan amat berbangga sekali *amat amat amat* sebab selalu dapat markah yg paling tinggi dalam kelas. wahahahhaa.
 Dan fenomena ini berlarutan sampailah aku habis sekolah menengah. Erk. *walaupun kadang2 BI aku dapat B**

Bila masuk matrik, aku punya enthusiasm untuk belajar BI tuh jadi lebih mendalam. Tapi disebabkan classmates aku sume species 2 yg fluent English, so agak menjadi satu masalah bagi aku untuk menyerlah. Wahahaha. But seriously, aku adalah orang yg paling gembira di dunia bila result UPU keluar, mengatakan bahawa aku diterima masuk ke UPSI under Teaching English Second Language (TESL).

Muet aku bukan byk band pun. Tapi okaylah. English xberapa fluent lagi speaking nye. Writing pun grammar kadang2 salah. Byk sangat kekurangan.

Yang jadi masalah bagi aku skrg ialah memikirkan kenapa dan mengapa budak2 zaman skrg tak suka English? Bukan setakat tak suka, malah lebih teruk dorg benci! Gila aihh. Menjadi 1 cabaran yang besar sebenarnya untuk mengajar budak2 yang dah set dalam minda dorg English tu susah. Adoii.

Dulu aku ada 1 habit. Disebabkan aku ahu aku kurang ckit bab2 vocab nih, aku akan pergi library and pinjam dalam 2 buah buku/novel bahasa inggeris. Balik, aku baca satu2. kalau ada perkataan yang aku xfaham, aku akan bukak kamus. Kalau ada ayat2 yang aku rasa puitis, aku akan tulis dalam 1 buku, yang mmg aku dah khaskan untuk benda2 cmnih.

Ramai yang tanya kenapa aku bersusah payah buat sume tuh?

1 je jawapannya,

Sebab ni je jalan yang aku nampak.

Aku xboleh amik course yang ada kira-kira.

Aku fail kot math.

Addmath masa sekolah rendah aku dapat 0.

Masuk matrik math aku dapat D.

Teruk kan?

Ce bayang betapa benda tuh effect pointer aku...

Yang aku tau, aku suka bahasa inggeris. Unik.

Jadi aku kena usaha ke arah ni.

Jadi sehingga sekarang, walaupun dah bergelar pelajar TESL yang sah, aku masih lagi berusaha.

Berusaha untuk speaking dgn fluent.

Berusaha untuk jadi yang terbaik buat anak2 murid aku nanti.

Jadi kalau saat ni korang masih belum tau korang nak jadi ape, aku rasa dah sampai masanya korang fikir2kan.

Like yes, life is about choosing.

And choose wisely.

And remember, it is okay to make mistakes sometimes.

Because we are merely human being.

And human being is imperfect.

Just like you.

And me :)

No comments:

Post a Comment

Komen Best2 taww:)!