Kali terakhir aku melihat kau berusaha, adalah waktu dimana kau mencuba untuk mendapatkan perhatian dan cinta dari aku.
Setelah itu, aku melihat tiada lagi perjuangan, apatah lagi usaha.
Kau menyerahkan keberlangsungan hubungan ini sepenuhnya kepada aku.
Seolah-olah, hanya aku yang dipertanggungjawabkan menjaga, sedang kau di sana berpoya-poya menagih cinta si Hawa.
Jadi aku mula berfikir; Adakah aku yang salah?
atau
Apa memang sudah kau berubah?
Sudah aku katakan pada kau dahulu.
Apabila aku mula mencintai, cintaku tidak akan sewenangnya berakhir.
Aku sedar akan kepincangan hubungan kita.
Dan dari itu, aku mula menyesuaikan diri mengikut apa yang kau suka.
Tetapi aku kecewa.
Kerana bukan sahaja aku berseorangan menjaga, kau pula mula berpaling muka.
Aku kau kata tidak serupa.
Aku kau kata tidak berhabisan menjaga,
Maka semuanya kau campakkan pada aku.
Sedang kau di sana, bergembira tanpa berbuat apa.
Kalau hari ini aku mula prejudis pada si lelaki,
Kalau hari ini aku kula menjarakkan diri,
Kalau hari ini aku mencuba menjaga hati,
dan kalau hari ini aku berusaha untuk tidak lagi mencintai
Semuanya bermula dengan kekecewaan aku terhadap KAU.
;((
ReplyDeletebeb, ko nape sedih? huuuu :(
DeleteThink positive!! Kuatkan semangat!!
ReplyDeleteSaidina Umar Al Khattab r.a berkata:
"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
alhamdulillah. thank you! :D
Delete