Tuesday, September 24, 2013

Shower Gel. Makcik Amoi dan Itulah flashback aku.

Hari nih jalan-jalan pegi pekan.
Tak jauh pun pekan Tanjung Malim tuh.
So, bila dah pergi pekan, kononnya nak beli lah shower gel. Sebab shower gel aku yg skrg tuh dah kritikal. Siap kena tambah air. Sbb dah mmg xde. Habis.
So masuk lah satu pasaraya.
Pasaraya ke hah?
Sbb kecik je. Agaggagaa
Jadi disebabkan aku nih mmg dari dulu pakai LifeBuoy, jadi tanpa segan silu dan tidak melengahkan masa lagi, aku terus g amik yang tuh. Lifebuoy tutup kaler biru. koh3
Tengok rege, damn. RM14.99 untuk 1 botol lifebuoy yang besar. Gila. Ini mmg penjimatan berganda-ganda.
Without thinking twice *tanpa berfikir dua kali*, haha., aku terus amik.

Then tiba2 satu makcik amoi dtg.
Makcik amoi? haha
Dik, pakailah yang ni. Bagus untuk kulit. Buat kulit jadi lembut. mcm pakai losyen.
Berkata beliau kepada aku.
Aku terus tnya, yang mana?
Then dia bawak aku pergi dekat satu jenis shower gel. Name esssence2 apa entah.
Then dia ckp, ni botol lagi besar, lagi murah.
Omo omo. Aku terus teruja. haha
Regenya 12.90 jeh. Botolnya besar gila, lagi besar lagi botol lifebuoy tadih.
Then dia bagi aku bau. Damn. Wangi!
Ak terus terfikir nak update blog masa tuh. Hahaha

Aku terfikir;
Selama ni, aku cuma tau beli je shower gel.
Aku xamik kisah pun kebaikan, or benefit benda tu dekat aku.
Jadi apakah salahnya mulai skrg, kalau aku mula membeli, bukan sekadar membeli, tetapi memilih yang terbaik?
Nampak tak effect mkcik amoi punya promote tuh? cis.

Dan nak dijadikan ceritalah kan, kalau difikir-fikir, semua shower gel pun mesti bagus untuk kita kan? Selama nih aku pakai lifebuoy tu pun bukan sbb aku tw kebaikan dia ke apa. Aku main pakai sbb aku rasa bau dia best.
Tapi aku xpernah tau mana shower gel yang sesuai untuk kulit aku.
Makcik amoi nih mcm tau2 je kulit aku ni jenis kering.
Then that's why dia syorkan benda tu dekat aku.

Okay skrg,
Konsep yang sama kita dah apply dalam hdup kita.
Apa yang ustaz aku ajar masa matrik dulu.
Dia kata;
Semua agama pun baik.
Tapi agama yang benar cuma Islam.

Korang faham tak maksud aku?

Maksudnya, semua agama menyuruh kita berbuat kebaikan.
Tetapi, agama yang benar-benar BENAR untuk kita adalah Islam.

Samalah jugak konsepnya dgn shower gel tadi.
Lifebuoy tadi bagus untuk aku.
Mengurangkan bakteria ***hohooho
Tetapi, yang paling bagus adalah shower gel yang makcik amoi tadi bagi aku
Yang sesuai dgn masalah aku.
Dgn kulit aku yg kering.
So benda tu melembapkan kulit aku.

Takkanlah kita sakit perut, g farmasi, kita mintak ubat, then budak farmasi tanya, nk ubat apa kak?
Kita jawab, tah, ubat apa2 jelah. Yang penting ubat.
Mana boleh camtu.
Kalau kita sakit perut, mestilah kita mintak ubat sakit perut.
Takkan kita nak mintak ubat sakit hati. *omo omo
Kan?

Jadi kita kena tau, segala apa pun sakit kita, ISLAM lah penawarnya.

The end.







2 comments:

  1. one of the best entry.eh eh entry ko mmg best best pun :3

    ReplyDelete

Komen Best2 taww:)!