Tuesday, November 12, 2013

Cinta itu bukanlah cinta, Jika..

Mereka mendekati aku.
Mereka pelik melihat aku.
Mereka bertanya, kebahagiaan apakah ini?
Mengapa kau bisa tersenyum sedangkan pipimu dibasahi air mata?

Kalau mereka penasaran, apatah lagi aku. Empunya diri yang sendiri tidak tahu perasaan jenis apa yang sedang bergolak dalam diri.
Apa bahagia? Apa derita?

Dan seperti yang dulu-dulu, aku mampu berbangga punyai hati yang bisa memaafkan.
Walau terkadang bahasanya lantang.
Walau terkadang sifatnya tidak sebaik yg diharapkan.

Aku punyai hati.
Yang masih sentiasa mahu memaafkan.
Yang masih sentiasa mahu melihat kebahagiaan org lain.
Yang masih mahu memikirkan akan keberadaan orang lain.

Entah kenapa. Aku merasakan aku seolah-olah cuba mencipta kembali kebahagiaan dari cebisan-cebisan hati yang dulu hancur.
Walau sudah sedia maklum, betapa sakit dan peritnya perjalanan yg bakal ditempuhi.

Terkadang aku tidak pasti.
Apa mungkin dalam perjalanan mengejar kebahagiaan, aku akan mula merasa penat dan berhenti seketika, atau pun berkeputusan untuk tidak meneruskan

Kerana, bahagia yang berada di pengakhiran cerita itu terasa amat jauh.
Sedang aku, baru bermula sahaja tetapi sudah tersungkur, rebah mengutip cebisan hati yang ditinggalkan.

Sungguh.
Cinta itu bukanlah cinta, jika tiada airmata.
Cinta itu bukanlah cinta, dan bahagia hanyalah sebahagian darinya.
Selebihnya hanya pengungkapan semata.
Sedang perilakunya seolah tiada nilainya.

Allah.


Friday, November 1, 2013

ADA SESUATU YANG... HARUS KAU TAHU.

Ada sesuatu yang apabila kita terlebih memberi, kita akan merana.
Ada sesuatu yang apabila kita kurang memberi, orang lain akan merana.
Ada sesuatu yang apabila kita sama-sama memberi, akan ada pihak yang mungkin berduka.

Sesuatu yang sukar untuk kita signifikasikan secara terang-terangan.
Sesuatu yang kadangnya hanya kita yang tahu bagaimana sakitnya memberi.
Sesuatu yang kadangnya hanya kita yang tahu, bagaimana sakitnya tidak menerima.

Sesuatu yang susah untuk kita tafsirkan secara telus.
Sesuatu yang susah untuk kita karangi secara matang.
Sesuatu yang susah untuk kita tangani secara berhemah.

Ada orang, apabila dia memberi, dia memberi dgn sepenuhnya.
Ada orang, apabila dia memberi, dia cuma memberi separuh darinya
Dan ada org, apabila dia memberi, dia memberi dgn harapan akan menerima.

Sesuatu ini bukan sesuatu yang luar biasa.
Sesuatu ini cuma sesuatu yang normal sahaja.
Tidaklah mahal, tetapi cukup ekslusif.
Tidaklah murah, tetapi tidak semua mampu merasai.

Ada sesuatu antara kita,
Yang berbeza, sesuatu dari aku, apakah sebanyak sesuatu dari engkau?
Kerana pada dasarnya, kalau aku sahaja yg bermatian memberi dan menjaga, dan engkau sahaja yang berterusan menerima dan mensia, sesuatu antara kita mungkin hanyalah perasaan sekadar.
Bukanlah suatu perkongsian yang nyata.
Bukanlah sesuatu yang harus kita pertaruhkan segala.

Sukarnya memberi apabila ada yang tidak menghargai,
Sukarnya mempercayai apabila diri kerap kali dilukai.
Sukarnya menilai, apabila sesuatu terlalu membutai diri.

Ada sesuatu antara kita,
Ada sesuatu yang aku gelarkan CINTA.


Nurul shakira. Jatuh bangun sendiri. Luka pedih sendiri mengubati.
1 November 2013.
10.05 pm.