Friday, February 1, 2013

Itu semua cerita dulu (_ _。)




Bukan mudah melupakan. Bukan mudah memujuk hati. Bukan mudah memberi kata maaf. Bukan mudah menerima kembali, apatah lagi memberi peluang kedua.

Kalau dulu pernah berjanji setia, hanya kau seorang, tiada yang kedua;
Kalau dulu pernah berkongsi rasa cinta, aku syg kau, kau juga begitu;
Kalau dulu pernah mencipta kenangan, merakam saat2 indah;

Sekarang semua itu cuma suatu KISAH.
Kisah kasih yang tidak kesampaian.
Kisah cinta terputus ditengah jalan.
Kisah hati yang meluka dan terlukakan.

Kalau ditanya setiap pemilik hati, barangkali 9 daripada 10 pernah kecewa. Pernah dicurangi dan disakiti. Persoalannya bagaimana mengatasi? Bagaimana mahu meneruskan kehidupan yg bersisa? Bagaimana mahu melangkah seyakin, segagah dan seberani dahulu?

Jawabnya cuma satu;
Yakni bila mana kita belajar melupakan.

Melupakan itu suatu hal. Bagaimana kalau si dia datang lagi memujuk hati, kononnya menagih peluang kedua, sudah berubah dan ingin membahagiakan?

Jawabnya:
Itu bergantung pada jenis kesalahnnya, pada setakat mana kesungguhannya, dan yang paling penting;
SEKUAT MANA JODOH KALIAN BERDUA :)

Jadi kalau ada yg masih menangisi kisah cinta dulu kala, katakan pada diri;
Hey, itu semua  cerita dulu. Kau dan aku, mungkin saja tidak dipasangkan bersama oleh Allah. Jadi pergi sejauh mana kau mahu, kerna aku yakin, jika kau jodohku, tetap jua kau kembali. Tapi jika benar kau bukan yg tertulis buatku, aku percaya Allah telah mendatangkan aku seseorang yang sesuai dan mungkin jauh lebih baik dari mu. Yang pasti, pilihan Allah itu jauh lebih lebih lebih lebih baik :)



Husnudzon#

Adiosamigoss.

5 comments:

  1. betul tu.. sejauh mana pun dia pergi, kalau dye jodoh kite, tetap akan bersatu jua. Jika bukan dia jodoh kita, Allah sudah sediakan yg lebih baik dari dia. InsyaAllah :')

    Siapakah JODOH anda? Jom baca sini!
    http://www.sweetsour93.my/2013/02/jodoh.html

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. kita hanya mampu merancang, tuhan yg tentukan...

    saya ada buat segmen.. jum dtg ke blog saya :D

    http://www.projeksosial.com/2013/02/segmen-pencarian-bloggerstarz-oleh.html

    ReplyDelete
  4. Fantastic blog! Do you have any helpful hints for aspiring writers?

    I'm hoping to start my own blog soon but I'm
    a little lost on everything. Would you advise starting with a free platform like Wordpress or go for
    a paid option? There are so many options out there that I'm completely overwhelmed .. Any suggestions? Many thanks!

    Also visit my blog post ... buying a car
    My web site buying a car with bad credit,buy a car with bad credit,how to buy a car with bad credit,buying a car,buy a car,how to buy a car

    ReplyDelete

Komen Best2 taww:)!