Saturday, January 12, 2013

Semester ketiga, terima kasih untuk kenangan itu!

Kolej dah kosong. Bilik bacaan tempat letak barang sudah hampir penuh. Katil sudah tidak bercadar. Tidur sudah tidak berselimut. Rumah sudah tidak sekemas dan sebersih. Satu lagi semester sudah meninggalkan.

Assalamualaikum. Semester ketiga, terima kasih kerana memilih sy untuk berada didalamnya!

Kalau nak dirumus apa yg sy dapat sepanjang semester ni, rasanya seperti TIADA. Semester ini sy byk habiskan dgn

                                       BERPOLITIK.

                          BERASSIGNMENT


CHAPTER 1-ASSIGNMENT DAN KERJA2 YG MEMENATKAN
Haha. Pelik juga sebenarnya. Sbb sy rasa semester ni sgt memenatkan. Mungkin kerana kehidupan universiti baru sahaja bermula. Assignment, presentation, mock teaching, kajian dan apa2 jelah lagi yang membuat kepala pusing. Dan pusing. Dan pusing. Sem ni jugaklah segala assignment dapat carry mark yg maha maha rendah. Lecturer yang sgt3 garang dan tegas, lewat satu minit pintu kunci. okay okay. Cakap satu patah perkataan pastu tanya UNDERSTAND? UNDERSTAND or not? Okay okay okay jugak. Lcturer yg sepatutnya mengajar subjek lain, tapi in charge u subjek lain. Dan sgt2 berkira dgn markah dan segala presentation. Okay okay okay lagi. *tabahkuasanamjutadarabduaplohtujuhpointlapatbelas*


CHAPTER 2- KAWAN-KAWAN
Kawan2. Tipulah ckp kalau tade salah faham. Selalu. Tipulah kalau ckp takde rasa xpuas hati. Selalu jugak. Tipulah kalau ckp kwn2 sume ohsem tahap vavavumm. Tapi itulah manisnya persahabatan. Sbb ape? Sbb tak boleh nak gaduh lame2. tak boleh nak masam muka lama2. Byk sgt bnda nak cerita. So mmg awkward kalau tiba2 ade yg diam. Sesak lam dada duk pendam cerita2 maha hebat. Bergosip bergosip dan bergosip. Itulah kawan dan sy.  BFF, YayaNgek, BibikNgek, dan KutamNgek, I syg uolssss sepenuh jiwa raga, lillahi taala.Tak lupa juga kepada Nadiah and Sofea, *housemates baru sy sepanjang semster3 ni*, temkiuuuuu sbb byk bertolak ansur dgn sy dan YayaNgek. Temkiuuu sbb sporting tahap dewa dewi. Temkiuu beri2 muchos gracis salamat kok! hoho. Halalkanlah mkn minum kami. Kalau ada terkasar bahasa, maafkanlah. *mmg ade pun* .Sobss.,sobss :( Cuti sebulan ni, mohon jgn ada yang huru hara kan hidup sendiri. jangan ada yg makan hati. jgn ada yang tacing nak mati. jgn ada yg jadi itu jadi ini. No henfon sy yg ohsem tu, mintak tolong save elok2. Sng nak call. Talian hayat aka no keramat tu. Tadelah pndai sgt nak selesaikan masalah permasalah, tapi pendengar yang sgt baik. 
well well well; huruf Y dalam kurungan untuk diri sendiri :P


CHAPTER 3- CINTA, PERCINTAAN, DICINTAI DAN MENYINTAI NYE PUNN!
Semester ni, setelah diri dicurangi oleh seorang ostad yang ku sangka BAIK dan OHSEM, tapi HAMPEH, diri ini menemukan seseorang yg sgt2 bermakna. Perkenalan masih lagi baru. Hubungan masih lagi ditahap yang agak goyah. Gaduh dan gaduh dan gaduh. Dimarah, cemburu, gaduh, menangis, iloveyou imissyou dan baik semula. Kalau hubungan ni disamakan dgn anak tangga, rasanya masih lagi terlalu baru, masih berada pada anak tangga pertama Batu Caves tu. Tinggi dan berliku, penat nak panjat. Menandakan bahawa perjalanan kami masih lagi panjang. InshaAllah, kalau sudah Allah tuliskan namanya dalam catatan kehidupan berumahtangga kami, maka jadilah. *kunfayakun*


CHAPTER 4- DIBUANG KOLEJ
Haaa, ini kisah paling sentap mentap kuasa namjutapointtujuhbelasdarabtigapuluhlapantambahlima. Nak dijadikan kisah, semester depan, sy dah YayaNgek tidak lagi dapat meneruskan kehidupan di kolej. Sbb ape? Sbb adelah segerombolan pelajar suksis yg sibuk nak menempel kat kolej Za'ba kesayangan sy. Jadi tnapa segan silu, sy permohonan sy untuk duduk dikolej diREJECT kaw2 oleh pihak kolej. Fine fine fine. I dah dapat rumah sewa dah pon uolsssssssssss . *walaupun payment agak mahal T__T* Jadi sem depan, kegiatan berpolitik haluan kiri akan lebih giat lagi. Sudah ade bau2 FREEDOM. Yeyeh.


CHAPTER TERAKHIR- AGAK2 DAPAT BERAPA POINTER?
Ini chapter buat sy gundah gulana. Tak tenteram hidup lam cuti selagi xdapat result final sem3. Org2 yg malas mcm sy, mmg cmni. Belaja malas. Pegi exam jawab cincai boncai. Keluar exam hall senyum kerbau. Balik rumah check jawapan, ahh salah! Menyesal sbb xstudy elok2. Pastu duk pk, kena repeat paper ke agak2 hah? Nahh. Itulah namanya MAHASISWA SEMPOII HABAQ HANG. *huruf Y dalam kurungan,lagi*


Sekian sahaja. Adios amigos flamingo. Haip2!

Cik AdeeyaMayeesa, c ketot yg vavavumm!
Jeles? Pedulikan.










No comments:

Post a Comment

Komen Best2 taww:)!