Thursday, December 27, 2012

Aku syg ma #1

3 hari lagi sebelum final exam.
Buntu sungguh rasanya.
Otak tak penat2 berhenti berfikir, bagaimana keadaan ma di kampung. 5 hari bersama-sama ma di hospital. Cukup untuk membuat diri menjadi manusia. Cukup membuat diri merasa, kalau aku tidak boleh hidup tanpa seorang ibu. Cukup membuktikan, betapa aku mencintai ibuku. Sedalam-dalam hati. 

Dari Tanjung Malim, ke Kelantan. 
Aku mencari redha seorang ibu.

Sampai2 je dekat hospital, ma masih belum keluar dari bilik bedah. Tgu tak sampai 1 jam, ma siap dibedah. Minor surgery, pembedahan mengeluarkan nanah dari tapak kaki. Simple, but dangerous enough. Sbb ma aku ada diabetic. Risau? Tak pyh ckp. Duk tas strecher, ma masih boleh senyum bila nampak aku. Aku cuba nak senyum balik, tapi yang keluar cuma airmata. Sape yg tak sayu tgok ibu sendiri tak bermaya. Aku jadi penasaran. Aku hampir gila memikirkan. Aku rasa nak meraung. 

5 hari, makan pakai ma, sume aku jaga. Tido tas lantai beralaskan tikar, aku tak kisah. Sejuk tayah cite. Menggigil tayah ckp. Sume ade. Ma kejut pukul 2 pagi nakgi toilet. Mamai2 pon aku bangun jugak. Bangun pegi amik kerusi roda. Amik plastik nak balut kaki mak, takut kena air. Pernah satu tahap, ma taleh bangun. Aku pergi amik bekas u ma buang air. Aku tak kisah. Aku tak geli. Aku tak peduli kotor ke tak. Aku nak buat jugak. Sbb yg terbaring tu mak aku.

Ma tanya bila aku final, aku ckp Isnin depan. Ma tanya, "angah pegi hari Jumaat boleh ke?" Aku ckp, bole ma, tapi angah risau jugak sbb tak study ape2 lagi". Bodoh tak aku? Sampai skrg aku menyesal ckp cmtu kat ma. Sbb ape, sbb aku pentingkan diri sendiri. Punyalah aku pentingkan exam, sampai aku lupa, kalau takde redha sorang ibu, aku study cne pon mmg takkan jalan. Bila pk2, aku ckp, "tapelah ma. angah boleh pegi lewat ckit. sempat je nak study." Tapi ma plak ckp. "ish, tak payahlah. nnti angah balik lagi kan? Sebulan kan angah cuti? Angah pegi kejap je. Nnti angah balik bolehla angah tgok2 kn rumah. lagipun mcm nak banjir dah kita ni. kalau pegi lewat2 takut taleh bas taleh gerak pulak." Time tu, rasa serba salah taleh ckp. Ya Allah, aku rasa buntu gila. Jadi, pas bincang2 ng abah, aku beli tiket hari rabu malam.

Skg dah sampai kat TM, otak aku masih duk pk sal ma. Nak call tapi taulah camane. Aku mmg akan nangis punya. Mcm mana aku nak buat ma sihat mcm dulu? Aku rasa mcm nak ganti tempat dia aje. Aku risau. Setiap kali doktor dtg bukak balutan, setiap kali tu jugak ma akan tye, " sy boleh balik bila doktor?"
Ya Allah, aku yg dengar punyalah sayu. Tiap2 hari dressing, tiap2 hari jugaklah ma menahan kepedihan bila nurse bersihkan luka. Bukan luka biase2. Dalam gila luka. Aku tak tau mcm mane mak boleh tahan sume ni. Aku buntu. Buntu. Buntu. Sbb ma tak pernah sakit cmni. ma tak pernah tgalkan kami anak2 kat umah cmni. ma tak pernah masuk wad. sbb ma orangnya kuat.

tak boleh nak teruskan dah :(


























No comments:

Post a Comment

Komen Best2 taww:)!