Mereka kata, kalau cinta harus bersebab.
Pelik. Mereka berkata begitu dan begini. Sesekali aku penasaran. Cinta yang bagaimana yang harus ada bukti? Apa yg mesti dibuktikan pada dunia? Apa kalau cinta mesti harus aku melaung, terpekik terlolong? Hey dunia!! Aku cinta lelaki ini! Apa begini?
Mengapa tidak kita2 sahaja yg tahu. Mengapa tidak kita2 sahaja yg rasa. Mengapa tidak kita2 sahaja yg nampak? Apa kalau kita2 sahaja yg rasakan semuanya, rasa cinta itu akan hilang? Jadi kalau kita2 sahaja yang tahu, rasa cinta itu akan terbang pergi?
Yang bagaimana engkau mahu?
Bagaimana mahu menjaga hati. Bagaimana mahu membuktikan? Bagaimana mahu memberitahu? Bagaimana mahu menjelaskan kalau rasa cinta ini datang bukan bersebab. Dan dgn tidak perlu dizahirkan dgn apa2 bentuk bukti. Tidak perlu diterjemahkan dalam apa2 jenis material.
Rasa ini istimewa.
Kerana rasa ini hanya aku berikan pda kamu.
Bimbang kalau2 satu dunia mengetahui, rasa cinta yang kita rasa mulai pudar.
Kerana cinta kita tidak lagi untuk menjaga sesama kita,
tetapi untuk menjaga mereka disekeliling.
Itu cinta palsu.
Dan bukan cinta begitu yg aku butuhkan.
No comments:
Post a Comment
Komen Best2 taww:)!