Friday, November 1, 2013

ADA SESUATU YANG... HARUS KAU TAHU.

Ada sesuatu yang apabila kita terlebih memberi, kita akan merana.
Ada sesuatu yang apabila kita kurang memberi, orang lain akan merana.
Ada sesuatu yang apabila kita sama-sama memberi, akan ada pihak yang mungkin berduka.

Sesuatu yang sukar untuk kita signifikasikan secara terang-terangan.
Sesuatu yang kadangnya hanya kita yang tahu bagaimana sakitnya memberi.
Sesuatu yang kadangnya hanya kita yang tahu, bagaimana sakitnya tidak menerima.

Sesuatu yang susah untuk kita tafsirkan secara telus.
Sesuatu yang susah untuk kita karangi secara matang.
Sesuatu yang susah untuk kita tangani secara berhemah.

Ada orang, apabila dia memberi, dia memberi dgn sepenuhnya.
Ada orang, apabila dia memberi, dia cuma memberi separuh darinya
Dan ada org, apabila dia memberi, dia memberi dgn harapan akan menerima.

Sesuatu ini bukan sesuatu yang luar biasa.
Sesuatu ini cuma sesuatu yang normal sahaja.
Tidaklah mahal, tetapi cukup ekslusif.
Tidaklah murah, tetapi tidak semua mampu merasai.

Ada sesuatu antara kita,
Yang berbeza, sesuatu dari aku, apakah sebanyak sesuatu dari engkau?
Kerana pada dasarnya, kalau aku sahaja yg bermatian memberi dan menjaga, dan engkau sahaja yang berterusan menerima dan mensia, sesuatu antara kita mungkin hanyalah perasaan sekadar.
Bukanlah suatu perkongsian yang nyata.
Bukanlah sesuatu yang harus kita pertaruhkan segala.

Sukarnya memberi apabila ada yang tidak menghargai,
Sukarnya mempercayai apabila diri kerap kali dilukai.
Sukarnya menilai, apabila sesuatu terlalu membutai diri.

Ada sesuatu antara kita,
Ada sesuatu yang aku gelarkan CINTA.


Nurul shakira. Jatuh bangun sendiri. Luka pedih sendiri mengubati.
1 November 2013.
10.05 pm.


No comments:

Post a Comment

Komen Best2 taww:)!