Friday, April 27, 2012
Aku diam, tidak bermakna aku lemah.
Diam. Aku selalu diam. Aku diam pabila aku disakiti. Aku diam pabila aku dilukai. Aku diam pabila aku dikhianati. Aku diam pabila aku terasa ingin memarahi. Dan aku diam pabila diri terasa dipergunai.
Aku diam, itu tidak bermakna aku lemah. Aku diam kerana aku tidak mahu membazirkan masa bertekak dengan mereka. Aku selalu berdiam diri. Dan diam aku itu tidak bermakna aku setuju. Itu hanyalah kerana aku tidak ingin menyatakan pendirianku pada org yg tidak mengerti. Aku diam pabila aku dilukai. Itu tidak bermakna aku setuju diperlakukan begitu. Namun sebaliknya, aku tidak ingin mengada-ngada mencari kasih syg yg ku tahu bukan kepunyaan ku lagi. Sampai masa, aku akan pergi. Pergi dari hidup mereka yg telah terlalu byk membuat hidup aku begini.
Sampai suatu saat, mereka akan tahu. Betapa sakit diperlakukan bagai org yg tidak punya hati. Sampai masa jua nnti mereka akan diperlihat akan suatu keadaan di mana mereka akan mula menyesali segala perbuatan mereka ke atasku. Pabila saat itu tiba, aku melihat mereka menangis diatas kebahagiaanku. Tunggu.
Dendam, tidak aku bukan berdendam. Marah? Aku tidak sudi mempraktikkan perkataan yg penuh beremosi itu di sini. Jadi aku apa? Aku terkilan. Ya, mungkin itu pandangan yg lebih dewasa dari sudut mata hati aku. Aku terkilan kerana sifatku yg suka mengalah bagai diguna-guna. Prinsip hidup aku seolah dicabul oleh mereka yg tidak punya rasa belas. Lalu bagaimana lagi aku?
Andai, andai aku punya cara untuk menghalang mereka. Namun malang sekali, aku bukan siapa-siapa. Dan diriku yg bukan siapa-siapa ini bukan lah tiket untuk mereka terus dan terus menyakiti aku! Dan harus mereka ingat, hati yg selalu disakiti jua lama kelamaan akan menjadi semakin kuat dan tegar. Dan harusnya aku tidak akan goyah kali ini. Aku tetap bertahan, tetapi bertahanku tidak dengan berdiam diri. Tetapi aku akan mempertahankan jua segala hati dan perasaanku, jua fizikal dan mentalku daripada disakiti mereka.
Aku akan berlari hingga ke garisan penamat sedang kamu berehat sebentar di bawah pepohon merimbun. Kau yg memulakan, namun aku yg menamatkan. Aku tidak akan berhenti, kerana jika aku berhenti, perlumbaan ini tidak akan pernah selesai. Aku tidak merasa aku cukup baik kerana memaafkan kamu, namun aku jua semestinya tidak bodoh untuk terus mempercayai kamu. Mark my words.
Permisi,
Wahai diari elektronik ku.
Salam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Komen Best2 taww:)!