Hati-hati yg sunyi. Hati yg sunyi tidak putus-putus berkata, kembalilah kepada Tuhanmu ! Kembalilah kepada yg menciptakanmu ! Tunduklah pada kekuasaan yg satu. Akurlah akan kekuatan yang jitu. Subhanallah. Betapa selama ini hati ini aku bawa ke suatu jalan yg sesat. Betapa selama ini hati yg aku isi dgn persaan cintaku pada manusia yg teramat. Hati yg ku tunjuk pada hal2 yg tidak sepatutnya. Hati yg ku tahu, akan semakin hancur pabila kesesatan memnghampiri.
Dan telah terjadi Ya Allah. Telah terjadi kalau hari ini, hati ini menyelamatkan aku. Hati ini menyambut tgnku, saat aku berada di tebing sebuah gaung yg maha tinggi. Hati ini telah menggapai tgnku saat kakiku mula tergelincir dan hati ini juga telah menarik tgnku saat aku mula lelah berpaut. Dan aku selamat. Masih lagi selamat. Justeru kerana hati ini. Nyawaku masih berada dalam jasadku. Alhamdulillah. Aku beryukur Ya Allah.
Saat jari jemari menterjemahkan kata hati, mata seakan berkaca-kaca. Tgn mula menggeletar. Airmata tidak segan silu mengalir membasahi pipi. Ya Allah. Aku lah hambaMu yg saat ini mengerti kalau kesepian itu adalah guru yg terbaik untuk menyesali segala dosa yg pernah aku lakukan. terima kasih atas peringatannya, Ya Tuhan.
Assalamualaikum,
salam cinta padaMu,
salam kasih pada utusanMu,
salam syg pada hambaMu.
Permisi.
adeeyamayeesa. 5.34 pm. 09/04/2012
semoga apa yang tercari-cari dijumpai..manusia boleh mencari tetapi kita sentiasa alpa dan lupa apa yang menghasut di sisi....ku kirimkan senyuman untukmu :)
ReplyDeletesenyuma disambut, tengs a lot aman !! :))
ReplyDelete