Petang itu damai. Petang itu begitu damai sehinggalah
sesuatu terjadi. Gegaran pertama. Saat tgn yg aku letakkan diatas meja terasa
bergegar. Aku melihat, dan hati berkata ‘’ini cuma ilusi. Barangkali kerana aku
tidak cukup tidur. Gegaran kedua, meja yg berada di ruang tamu bergegar. Laptop
yg aku sedang gunakan saat ini juga
bergerak-gerak. Subhanallah. Aku masih lagi berfikiran positif. Mungkin hanya
bayangan minda. Asar belum lagi aku kerjakan. Masih leka dengan facebook,
tagged and blog.
Satu notification. Post dari sahabatku yg juga berada di
Upsi saat ini. Selalunya aku tak berape ambik port pasal post2 di group. Maybe
sbb hari ni, facebook aku agak sunyi
jadi aku tergerak hati untuk membaca post tersebut yg berbunyi ‘‘Kenapa rase bergegar rumah sayer ni..Sape2
yg duk kelantan x rase ker?? ‘’ Usai
membaca post tu, hati mula rasa cuak. Yakin, apa yg aku rasa tadi adalah
gegaran, aku membalas komen pada post tersebut. Komen demi komen sehingga kami
masing2 tahu di Acheh, telah dikeluarkan amaran Tsunami yg berukuran 8.7 Skala
Ritcher (mengikut maklumat).
Perasaan yg sukar ditafsirkan menjelma. Airmata tanpa segan
silu mengalir membasahi pipi. Takot. Subhanallah, aku takot. Takut yg teramat.
Tangan menggeletar. Hati cuma memikirkan
mak dan adik2 di kampong. Abah di rawang.
Kakak di Sentul. Bagaimana mereka? Tidak berlengah, Asar ku
kerjakan. Tidak mahu terhutang apa2
denganNya andai dijemput pergi. Asar
petang itu, adalah Asar penuh rasa takut padanYa. Tangan diangkat memohon
barang sedikit perlindungan. Jika tiada buatku, maka kurniakanlah buat
keluargaku.
Ya Allah. Saat ini, suatu perasaan yg sukar untuk aku
luahkan terbuku di hati. Airmata tidak henti2 mengalir. Terasa seolah-olah
malaikat mautmu datang menjengukku.. Nauzubillah. Tidak terdaya aku berfikir
lagi. Ketakutan yg mendera. Ketakutan akan kematian. Benar. Mati itu pasti. Dan
kepastian itulah yg membuat aku gusar. Gusar kerana diriku tiada apa2 amalan
untuk dibawa bersama. Aku tidak bersedia lagi, Ya Allah.
Rasa selamatku seolah-olah direntap kasar. Seolah-olah Engkau
cuba mengingatkan aku. Wahai manusia yg seringkali melupakan Tuhanmu, ini
adalah amaran pertama ! Wahai manusia yg selalu berpaling dariku, ini
peringatan buatmu! Kembalilah pada Yang Satu. Kembalilah ke jalan yg benar. Kembalilah pada Penciptamu.
Subhanallah. Terima kasih atas peringatannya Ya
Rabbi.Salam.
You comell sis ! ;)
ReplyDeletetengsss sis ! =))
ReplyDelete