Friday, May 4, 2012

Aku ingin menjadi kepunyaanmu yg HALAL disisiNya.

Salam berkasih syg di hari Jumaat. Jumaat anda pada minggu pertama bulan Mei ini bagaimana? InshaAllah, Jumaat ini kita dilimpahi nikmat yg tidak terhitung olehNya.

Anda sedang bercinta saat ini? Hati anda sudah dimiliki? Hati anda sedang berbunga riang? Anda merindukan si dia? Anda tidak mahu kehilangannya? Anda ingin dimilikinya secara sah? Um. Entry ini buat anda yg sedang dilamun cinta. Sy tidak pandai menyusun kata. Tiada jua gaya2 A. Samad Said. Hanya manusia nan kerdil. Tiada jua daya membuat anda tertarik akan kata2 sy. Bagaimana yg terdaya, itu yg sy zahirkan di sini. Bacalah.

Benar aku ingin bercinta, namun tidak begini.
Benar aku ingin disayangi, namun tidak jua begini.
Benar aku ingin dimiliki, namun semestinya bukan begini.
Benar aku mahu didampingi, namun seharusnya tidak sebegini.




Aku ingin menjadi yg halal buatmu. Aku ingin menjadi yg sebenar-benar halal disisi mu. Aku ingin menjadi yg halal buatmu dimataNya. Aku mencintaimu sungguh2. Dan kerana itu, ku pinta.. Halalkan lah perasaan ini dengan suatu pertalian pasti yakni pernikahan.

Aku ingin menjadi bidadari mu di syurga nan yg hakiki. Aku ingin zahirkan rasa kasihku padamu dengan menjadi zaujah yg solehah buatmu. Aku tidak ingin harta. Tidak ingin paras rupa. Yg ku mahu cumalah satu ikatan yg sah. Perkahwinan.

Aku akan selalu menjaga makan pakaimu. Aku akan mendidik mengasuh anak2 kita. Aku akan selalu disampingmu saat kau memerlukan. Aku akan selalu mencintaimu. Aku akan bersama di duduk bangunmu. Aku rela terluka buatmu. Nyawa sanggup aku pertaruhkan buatmu. Namun semua itu hanyalah jika aku benar HALAL buatmu. Maka nikahilah aku.

Nikahilah aku kerana akhlak ku. Nikahilah aku kerana Allah. Jangan dinikahi aku kerana rupa parasku, kerana semuai itu pasti lenyap di suatu masa yg pasti. Jgn dinikahi ku kerana harta ku. Kerana itu bukanlah milikku yg benar mutlak. Aku ingin dinikahi keranaNya.




Kecintaan padaNya membuat ku begini,
Permisi.

2 comments:

Komen Best2 taww:)!