Saturday, May 19, 2012
Untuk apa aku menulis?
Letakkan tgnmu di dada, tepat di hatimu, kau tanyakan pada dirimu, 'Wahai diri, untuk apa engkau menulis? Apakah jawapannya wahai diri? Apakah engkau menulis kerana mahu dikenali? Atau kerana mahu disanjungi? Atau engkau mahu diikuti? Untuk apa?
**Aku menulis kerana aku mahu mereka tahu aku punya bakat. Aku menulis kerana aku mahu mereka sedar, siapa aku dan karya-karyaku. Aku menulis kerana aku mahu mereka mengikutku. Aku mahu mereka memuji dan menyanjungku. Aku mahu mereka baca tiap patah perkataan yg aku zahirkan. Aku hebat dalam menterjemahkan bahasa mindaku sedang mereka tidak. Lalu apalah gunanya kelebihan ini jika aku menulis tanpa sebab apa2?
MashaAllah, jika ini niatmu, maka perbetulkanlah ia. Jika ini tujuanmu, maka kau baikilah ia. Jika ini sebabnya kau menulis, harus kau tahu penulisanmu itu bukanlah apa-apa! Walau sejuta manusia membaca, kau harus ingat, Allah belum tentu sudi menerima karyamu! Kau kerdil melata di bumi, apa kau cuba mencabar Dia yg gah di atas sana? Sudah tentu kau silap. Silap, kau silap.
Letakkan tgnmu ke dada wahai diri. Tepat ke hatimu. Katakan begini, ''Ya Allah, Ya Rahman, perbetulkanlah niatku. Tarbiyahlah diriku. Luruskanlah jalanku. Tunjukkanlah landasan yg benar buatku. Bukakanlah seluas-luas pintu taubat buatku.
**Ya Allah, jika dulu aku menulis kerana dunia, maka hari aku aku ingin menulis kerana akhirat,
p/s : Post ni aku tujukan untuk diri aku. Jika satu hari nnti aku alpa dan lalai lagi, bawalah aku kembali ke sebenar-benar jalan. Kamu yg membaca, andai kamu rasa penulisan aku semakin jauh dari landasannya, sedarkan aku. Aku manusia. Terkadang aku lupa, siapa diri aku. Permisi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Semoga kita sama2 mendapat keredhaanNya :)
ReplyDeleteSemoga kita sama2 mendapat keredhaanNya :)
ReplyDeleteamin ira, :))
ReplyDelete