Wednesday, March 14, 2012

BAHAGIA ITU SUBJEKTIF

Assalamualaikum, selamat hari rabu. Wordless wednesday anda oke tak kawan2 blogger? Hari nie, tetibe nak post lagi satu entry. Selalunya hari rabu aku hanya post Wordless Wednesday. Tapi hari ni, ah. Tapelah. Bukan dose pon kann?


                                                            BAHAGIA ITU SUBJEKTIF

Selalunya, bila cakap sal SUBJEKTIF nie, org akan kaitkan dengan cantik dan cinta. Cantik itu subjektif. Cinta itu subjektif. Betul tak? Rasenye lau aku wat tajuk tu, sume org pun tau. So, I decided to come up with another tittle, but then still dalam konteks subjektif.

Mengapa subjektif? Kerana tiap jawapan dan definisi bahagia itu berbeza bagi setiap org. Namun, biarpun berbeza, bahagia itu masih lagi menjurus pada satu arah yg sama di mana bahagia itu sendiri di dambakan oleh setiap manusia. Sulit, susah, kaya, miskin. Semuanya mencari bahagia. Pendapat yg berbeza. Ada yg berpendapat,bahagia itu harus dicari. Tidak kurang juga yg mengatakan, bahagia tdak perlu dicari, ia akan datang sendiri. Banyak.

Disebabkan ni belog aku. I mean belog aku yg buruk ini, so aku akan bagi pendapat aku. HEHE. *jan mara2.Bahagia itu subjektif. Betul.*sbb aku yg tulis tajuk ni,konfem betul.HOHO .Subjektif yg bagaimana? Bahagia di mata org lain mungkin bersama2 yg tersayang sehingga ke akhir hayat? Atau mungkin berjaya dalam kehidupan? Atau juga mungkin suatu kehidupan tanpa konflik? Tiada duka, derita. Hanya BAHAGIA.

Bagi aku, bahagia itu ada dalam duka. Aku bahagia, walau hati aku menangis. Bahagia ituada dalam  derita. Aku bahagia walaupun aku tidak kaya dan tidak punya apa2,. Kebahagiaan aku tiada kaitan dengan wang ringgit. Bahagia aku adalah, kais pagi makan pagi, tidak mampu makan makanan yg mahal2 seperti dato' datin di luar sana, tetapi bahagia aku adalah kerana aku masih lagi hidup, itu nikmat kebahagiaan yg tidak terkatakan.

Bahagia aku, tidak dengan selalu bertemu org yg aku cintai. Jarang2 sekali berhubung, apatah lagi bertemu. Namun aku bahagia. Walau terkadang hati aku menangis, tapi aku bahagia. Bhagia itu tidak semestinya selalu berjumpa. Tdak semestinya selalu berhubung. Tapi bahagia itu apabila kita masing2 yakin dan percaya pada perasaan dan hubungan yg kita jalani. Biar badai melanda. Harus percaya, bahagia itu kurniaan Allah.

Jadi,



Permisi, :)

5 comments:

  1. BAHAGIA itu subjektif,,

    ReplyDelete
  2. bahagia itu subjektif. tapi kenapa gambar ada jawapan objektif tu..hehe. saje jew jangan marah..;) nice sharing sayang..

    ReplyDelete
  3. menarik =)
    http://mksyahir.blogspot.com/

    ReplyDelete

Komen Best2 taww:)!