Thursday, February 16, 2012

TOLONG FAHAMI AKU EMAK :'(



Alhamdulillah.. aku dikurniakan seorang ibu yg begitu baik buat aku. Terkadang aku alpa. Terkadang aku menyongsang dari  landasan .Saat itu, emak yg banyak menyedarkan aku. Aku syg emak. Terlalu syg pada emak. Pernah aku dan emak bergaduhan. Aku meninggikan suara ketika itu. Tapi fahami emak, anak mu ini terlalu berpendirian kukuh. Aku tidak suka dituduh melulu. Aku akan tetap mempertahankan diriku. Maafkan aku emak. Aku masih buta waktu itu. Tapi percayalah. Aku syg emak!! Aku sanggup mempertaruhkan apa jua yg aku ada demi membahagiakan emak!


Hari ini. aku dan emak bergaduh lagi setelah sekian lama usia menginjak dewasa. Dan seperti yg dulu2 kali ini ku tinggikan lagi suara demi menegakkan apa yg benar. Dan aku telah dengan sendirinya melabelkan diriku sebagai anak derhaka! Maafkan aku emak! Ini bukan apa yg aku pinta. Tlg fahami aku. Sekian lama aku cuba memahami dan menuruti kehendak emak. Tolong fahami pendiriannku yg satu ini. Aku akan mempertahankan emak walau nyawaku y digalang ganti. Aku rela di caci maki serta dihina kerana aku sayangkan emak. Aku rela bergadai nyawa untuk emak. Dan fahamilah. Apa yg aku lakukan hari ini adlah kerana aku terlalu menyayangi emak. Terlalu.


Maafkan aku. Aku terlupa kalau hati emak akan terluka. Maafkan aku kerana terpaksa melihat airmata jernih mengalir di pipi emak. Tapi dengarlah emak, aku lakukan ini demi keluaga kita. Aku syg emak. Jgn dicaci aku. Jgn dikeluarkan kata2 kesat buatku. Aku tidak seteguh itu. Fahami aku emak. Aku tidak mahu walau sebarang kata2 tidak enak keluar dari mulutmu. Kerana hati aku akan hancur luluh. Melebur bersama airmata. Aku tidak punya sesiapa. Aku mohon sedikit pengertian dari emak. Jgn dibenci aku. Jgn dibuang aku dari keluarga kita. Kerana itu sesuatu yg tidak mungkin bisa aku hadapi.


Emak. Airmata bercucuran mengalir saat aku mengarangi warkah buatmu. Akulah insan yg berbicara dengan hati yg hancur luluh. Moga kau mengerti aku. Sebagaimana aku cuba mengerti akan emak selama ini. Maafkan aku emak!! Aku syg emak :'(

:'(




No comments:

Post a Comment

Komen Best2 taww:)!