Tuesday, February 28, 2012

HANYA KERANA IMANKU TIDAK SETEBAL YG DIA MILIKI,

Assalamualaikum,



'Andai ada sejuta wanita seperti aku, maka dunia ini akan bertaburanlah lelaki yg ego dan sukar mengalah sifatnya'

Mungin kerana dikata iman yg aku miliki tidak setebal yg dia miliki, maka segala pandangan dan kata2 ku tidak sedikit pun diterima pakai. Kerana itu, aku memilih untuk berdiam diri dan terusan mengalah. Andai soal iman itu yg menjadi persoalannya, jelaskan padaku wahai lelaki, bagaimana kau begitu pasti kalau imanmu sudah cukup tebal untuk kau mendapatkan tiket ke syurgaNya? Dan aku, yg terlalu mengagumi dirimu, seolah-olah membutakan mata melihat perlakuanmu yg seakan-akan cuba untuk menganggu gugat ilmuku yg sedikit cuma dengan bercerita soal agama yg ku tahu, masih belum ku kuasai tahapnya. Aku mengalah.

Berkali-kali aku cuba menidakkan, kalau apa yg engkau lakukan itu adalah semata2 untuk kebaikanku. Namun terkadang hatiku berbelah bagi. Aku tewas jua dengan sisi negatifku yg tidak dapat tidak terusan berfikir kalau engkau sebenarnya hanya ingin menjatuhkan aku. Jika tidak, mengapa aku dikata wanita yg nipis imannya? Itu suatu pertuduhan yg maha berat wahai lelaki. Kau telah dengan sengaja membuat aku merasa kalau diriku bukan sesiapa tanpa apa2. Kenyataan itu membuat aku malu. Malu denganNya. Malu dengan driku sendiri. Dan untuk kesekian kali, aku mengalah lagi.

Jelaskan padaku, aku harus bagaimana lagi? Terkadang aku menjaga hatimu seolah-olah diri aku tidak punya hati yg turut sama harus dijaga. Dan aku, sebolehnya mahu terus belajar dan belajar agar aku bisa sampai ketahapmu, yg kau namakan 'tebal' imannya? Aku mengalah bersebab. Bukan kerana aku lemah. Bukan kerana aku wanita. Namun kerana agamaku. Aku mengalah kerana andai itu harga yg harus aku bayar untuk ku cari ilmu agama buat diriku nanti, maka aku kan terusan mengalah. Pernah aku cuba menyepi. Namun sepiku bersambut. Dan kau disana, berkali-kali ganda lebih sepinya dari diriku. Mengapa wahai lelaki sanjungan? 

Dan terkadang aku seolah-olah terlihat suatu sisi dirimu yg tidak berani aku namakan. Dan jika itu sisi negatifmu, akan aku perbalikkkannya menjadi suatu sisi yg boleh aku berbangga. Usah risau. Kerana sisi mu yg tiada bernama itu tidak akan ku jadikan sebab untuk ku katakan 'kaulah lelaki yg tipis imannya'.

Sekian.

Monday, February 27, 2012

KAU DAN AKU SAHABAT,

Kita pernah berselisih faham. Kita pernah cuba memenangkan. Tidak kurang juga pernah menyakiti jua menyendiri. Kita pernah saling memperkatai. Saling menyayangi jua saling mempercayai. Dan selalunya, kita saling memahami. Tiba satu saat semua itu tiada lagi. Tiada suatu punca yg jelas namun aku pasti,kita pasti bisa mengharungi. Andai engkau tahu, kalau kunci PERSAHABATAN itu adalah memahami, sama sekali mendukungi. *mukadimah ta bole blah. Haishh,

Jadi berbalik kepada isu 'Kau dan aku Sahabat' nie.. Aku ade benda nak kongsi ng korg.. Hmm. Korg pernah gaduh ng membe rapat korg? Pernah tak sampai tak bertegur sapa? Sampai nak tgok muke dia pon ase , alamaakkk!! Pernah tak? Pernah tak ade satu membe yg selama nie gile2 ng korg but suddenly die masam muka and dun even talk to you, not for any specific reason? Haishhh. Jadi kenapa masalah sebegini  boleh berlaku dalam kalangan pelajar universiti? Bincangkan.

Selisih faham bile berkawan tu dah jadi asam garam. Ta pyh bwk benda tu sampai melarat-larat. Elok2 poblem kecik2 semut hitam tetibe nek taraf jadik poblem sebeso kerengga. Kan susa tuh? Cuba lau everytime ade masalah, kite duduk bincang. Kan senang cmtu? Camane na baiki mistake lau sendri tak tau pe mistake nyee? Mak aihhhh. KUSUT to'''''''''''

Tah cmane nak solve lau bile ditanya tanak jawab. Bile ditegur buat tak endah. Mau gilak aku bah! Atau aku yg teda tau bagaimana harus bersahabat dengan kau? Lagi aku pening. Bah, kalo ko baca ini, sini aku kasi tau.

'Aku ta bole lau tetibe org masam muke ng aku tanpa sebab yg munasabah. Aku ta suke org yg ade poblem ng org len, tapi dy lepas kat org len. Kite kenal dah hampir setaun kot. Time aku gile2 ko salu ade. Ko pon tw, aku mmg jenis yg gile2 tak tgok tmpat. Selama ni kite gelak sesama. Tup2 ko tibe2 diam menyendiri ginie aku ade ta sedap hati. Aku ase besalah eventhough aku ta tw sala aku ape! Bkn dgn aku je ko buat cmnie. Ngan sume membe kite pon ko cam nie. Ko taw tak ,ko da tarik HAPPINESS lam friendship kite??
Seyes,,

                                                  AKU SENTAP NG KAU!!

Plis be profesional ckit bah. Takkan best lau terus2 cmni. Aku senyum ko senyum*tapi terpaksa. Aku tegur ko jawab*tapi nak tanak jeh. Aku ajak itu ini, ko buat muka. Aku tanya itu ini pon ko cam tanak reply aku. Ko gtaulah. Lau aku sala, aku mtx maap. Aku tak sala, pun aku mtx maap. Lapanbelasjuta kali pikir mende ni sampai tertdo tak sempat mdi aku bah. Kusut jiwa. Tak tak. Jiwa dan raga. Ase senget hati aku. Otak dah berbuih2. Kosong taw kalau teda gelak tawa. Sik serius saja. Tak bisa aku. Ku mau gilak!!

Aku tak pakar soal agama. Tapi aku syg agama aku. Aku harap Allah jernihkan kembali hubungan kite same cam dulu. Kau dan aku sahabat. Aku syg kau. Aku sygkan persahabatan kita. Allah lebih mengerti. Baik dimataNya walau tidak baik dimataku, namun aku turutkan jua. Kerana aku percaya kalau janji2 Allah itu benar dan akan selamanya benar. Sekian . Assalamualaikum w.b.t.

Saturday, February 25, 2012

STRESS!!

Salam ..salam ..salam satu agama. Salam satu bangsa dan salam satu negara. Tangan tekan2 keyboard. Otak tngah pikir2. Mata melilau-lilau. fikiran terbang melayang. hati jauh disana. Jiwa kusut sedikit. STRESS aku bah! Penat mikirin soal hati. Aduh. Mau gilak ku rasa. Tepi2! Besok ade pertandingan nasyid untuk karnival anti dadah. Aduh. Apa aku sedia??

Otak sudah penuh. Mana mau pikir2 nasyid. Mana mau pikir yg ku syg. Mana mau pikir hati sakit lagi aku. Ta kuasa ah! Hati aku usah dipermain bah. Sakit tauuuu! Sekejap mau kawan. Sekejap tamau. Mana satu ini? Aku tingtong sudah. Kalau benar sik mau kawan, aku mintak difahami dikit saja! Brain aku penat gilak tau! Mana mau pikir byk gilak masalah. Ayoyoooo~~!

Hari itu kata kawan sehidup semati. Sudahnya, kau lagi tidak faham aku bizi dikit. Mau sewel aku bah! STRESS. Entry aku tingtong ckit malam nie. Gara2 kau ini. Haishh, bahasa apa pun aku tidak tau aku guna ini. INDONESIA kali. Bukan! Sabah kali. Bukan! Sarawak kali. Teda kesah. Aku teda kesah. Apa kamu yg membaca kesah?

STRESS!! Bisa buat aku hilang kawalan. Muka kelihatan lebih tua dari umurnya bah kalau selalu stress. otak dikit lagi mau meletup ini. Heeh! Mata teda mau tutup. Besok pagi2 harus bgun siap2 nasyid. Hari ni aku tdo 30 minit aja. Aduhh! Aku teda larat mau tekan2 keyboard. Aku rehat2 bentar sama kitkat, lepas tu aku mau tdo. Tata

Monday, February 20, 2012

::BERMAKNA::


Assalamualaikum, huhu. Dah sehari lebih menjejakkan kaki ke Kolej Za'ba UPSI nih. Mase kat umah dulu, aku sik teringat kan nasik goreng seafood feveret aku jek. Tapi bile dah da smpai kat cni, selera mkn aku dirompak. Entah kemane pegi selera. Tgok lauk sedap2 pun ta heran. Nasi goreng seafood yg aku mkn mlm ni masih ag cam dulu. Ade ayam,udang,sotong. P entah lah npe aku cam ta enjoy mkn sume tuu. Separuh jiwa aku ckp, 'Tobat.Rindu giler nak mkn nasi kat umah!'

Kat umah tade seafood2 bagai nih. Letak jek budu ng telur mata kat situ. Konfem laju jek aku mkn. Tambah2 ag lau mkn ng mak abah n adik beradik. Ase sgt berMAKNA. kat cni lauk punyelah superb, sebelah mata jek aku pandang. Ta bole jadik nih! Nyesal ase ta bawak budu dtg cni. Haishhh. Selera mkn tertinggal kat umah. Ptotla ase cam ade bnda tak kena. Dari semalam ag aku detect ta dpt2, hari ni bru aku pasan. Mak, tolong postkan selera mkn angah. sob..sob... seksa mak angah kat cni..


Cuti sebulan yg fully spent wif family. Ase sgt2 hepi and beruntung. Dan masa yg sebulan ni jek, dah mampu hilangkan selera mkn aku kat Tanjung Malim nih. Sungguh. Aku memang ase tak bermaya! tgok org mkn, aku pon nak mkn tapi mulut aku ta bole terime. Bila dah lapar sgt, perut pon tamau amik dah segala macam makanan. So mula lah ase penat and tak selesa. Perut masuk angin. Hah kau. Cause and effect sekali aku tempek kat situu. Seksanyee mak...


Seyes. Waktu makan akan terasa bermakna bile yg disebelah kite itu mereka yg kite panggil KELUARGA. Makanan yg masuk ke dalam tekak ase sedap dan best even time tuh cume mkn singgang ikan tongkol ng kicap bile ade KELURGA. Mereka yg menjadikan saat makan itu bermkna. Bergurau senda and kongsi mcm2 citee. Oh, how i wish all of you can be here !!

p/s: sok aku nak beli nasi putih ng telor mata. Pastu letak kicap. Harap selera mkn aku kembali. huffs.

Thursday, February 16, 2012

TOLONG FAHAMI AKU EMAK :'(



Alhamdulillah.. aku dikurniakan seorang ibu yg begitu baik buat aku. Terkadang aku alpa. Terkadang aku menyongsang dari  landasan .Saat itu, emak yg banyak menyedarkan aku. Aku syg emak. Terlalu syg pada emak. Pernah aku dan emak bergaduhan. Aku meninggikan suara ketika itu. Tapi fahami emak, anak mu ini terlalu berpendirian kukuh. Aku tidak suka dituduh melulu. Aku akan tetap mempertahankan diriku. Maafkan aku emak. Aku masih buta waktu itu. Tapi percayalah. Aku syg emak!! Aku sanggup mempertaruhkan apa jua yg aku ada demi membahagiakan emak!


Hari ini. aku dan emak bergaduh lagi setelah sekian lama usia menginjak dewasa. Dan seperti yg dulu2 kali ini ku tinggikan lagi suara demi menegakkan apa yg benar. Dan aku telah dengan sendirinya melabelkan diriku sebagai anak derhaka! Maafkan aku emak! Ini bukan apa yg aku pinta. Tlg fahami aku. Sekian lama aku cuba memahami dan menuruti kehendak emak. Tolong fahami pendiriannku yg satu ini. Aku akan mempertahankan emak walau nyawaku y digalang ganti. Aku rela di caci maki serta dihina kerana aku sayangkan emak. Aku rela bergadai nyawa untuk emak. Dan fahamilah. Apa yg aku lakukan hari ini adlah kerana aku terlalu menyayangi emak. Terlalu.


Maafkan aku. Aku terlupa kalau hati emak akan terluka. Maafkan aku kerana terpaksa melihat airmata jernih mengalir di pipi emak. Tapi dengarlah emak, aku lakukan ini demi keluaga kita. Aku syg emak. Jgn dicaci aku. Jgn dikeluarkan kata2 kesat buatku. Aku tidak seteguh itu. Fahami aku emak. Aku tidak mahu walau sebarang kata2 tidak enak keluar dari mulutmu. Kerana hati aku akan hancur luluh. Melebur bersama airmata. Aku tidak punya sesiapa. Aku mohon sedikit pengertian dari emak. Jgn dibenci aku. Jgn dibuang aku dari keluarga kita. Kerana itu sesuatu yg tidak mungkin bisa aku hadapi.


Emak. Airmata bercucuran mengalir saat aku mengarangi warkah buatmu. Akulah insan yg berbicara dengan hati yg hancur luluh. Moga kau mengerti aku. Sebagaimana aku cuba mengerti akan emak selama ini. Maafkan aku emak!! Aku syg emak :'(

:'(




Tuesday, February 14, 2012

PONTENG JIWA!

Assalamualaikum korg .. uhuhu. rindunye kat belog buruk nih as almost one week ta bkak.heee :)) Entry aku ai cam pelik ckit tajuknyee. Tapi amatlah sesuai untuk mereka2 yg bergelar pelajar.. Ta kesahlah umo bpe pon. Yg penting PELAJAR~!

                                                                  ::PONTENG JIWA::



Satu hari.. teacher masuk kelas. Murid2 sume bangun. 'Morning miss !(together-gether). Pastu sume duduk*dgn sopan. Teacher suh bkak buku muka surat 905*befde aku!lalalalaaa~~ .Murid2 sume ikut. So teacher mula mengajar. Dengan bersemangat. Tenyeh2 chalk dekat blackboard. Tak tak. GREENBOARD. baru betol. Habis satu chapter. Legaa .Fuhhh .So skg nak uji murid2 fhm ke tak.. Wat eksesais. Suh si A bacakan jawapan tok sokln num 1. SALAH. Bile tanya faham ke tak ape yg diajar tadi dia ckp ta fhm. Bila tnya, tgok and salin tak ape yg ditulis kat depan, dia ckp tulis. Bila tanya lau tak fhm, tadi mase sy explain nape tak tnye, dia diam. SAH! Dia ponteng jiwa. Jasad dia kat lam kelas. Tapi jiwa dia dah terbang melayang. Berani dia! Grrrr~~~~


DUGAAN. DUGAAN. Tulah! Sape suh jadi cikgu. Penat. Dah habis segala ilmu pedagogi dan psikologi diguna. Mcm tu jugak! So skrg mcm mane teacher2 nak atasi masalh cmni? Tenang2. Nama pon pelajar2. Mcm la dulu teacher tak pernah ponteng jiwa. yeee daaaak ? SABAR. Tu kunci kejayaan teacher!  Lau pe yg kite ajar sume students fhm, tadela cabaran jadi teacher. Ah. Kena fhm. Ponteng jiwa nih tak sama cam ponteng kelas. Jum curik jiwa students balik. Hahha. Jgn arap teacher nak biarkan awk ponteng jiwa lam kelas teacher. No no:) Teacher serius nih. Teacher kena cari jalan spya korg tak dapat tidak tgok and fhm pe yg teacher aja kat depan nih. Teacher kejam!


Students teacher ni, banyak sgt amik vitamin M. Ta elok tu ! Vitamin M tu wat korg jadi MALAS. Berbakul2 teacher kasi nasihat. Berbakul2 jugak nasihat teacher yg korg campak longkang. Haru!  Jangan ponteng jiwa lagi ek? Teacher sayang korg ! tata!!!

p/s: Teacher baru jek nak masuk sem2 18 aibulan nih. Saje je belagak cam dah posting. Testing 1 2 3. Ne tw kannn :-P


Vocabulary hari ini untuk murid2 teacher :

PEDAGOGI- klik SINI untuk melihat definition nyee :))

Tuesday, February 7, 2012

2 KEPING BAUCER PERTAMA BERJAYA DIGUNAKAN DENGAN CEMERLANG OLEH SY :)))

Assalamualaikum korg.. hehe .Korg da gune sume baucer yg korg dpt tuu? Aku pun dah. Tapi baru 2 keping gune.  Hehe .Kesinambungan dari post yg dulu2 ttg BAUCER(klik cni), so 2 keping baucer tu aku spend untuk :-


Ni la sume buku yg aku beli ngan baucer tuh .weeee ~!!!*satu novel tade.membe pinjam :))








Novel yg aku beli. One of the novels, from my favourite author Stephen King. weeeee~~!! And satu novel ag kawan aku yg pilih, novel Ramlee Awang Murshid 'Fiksyen 302'.Huhu .Dua2 pon aku tak sentuh ag. Haha



Haha .Yang ni mesti korg ckp aku sengal kann ?? Tapi aku mmg obses ng Lawak Kampus . So here it is. Kompilasi cartoon Lawak Kampus yg berjilid-jilid .Wah3 .Tobat kelaka .Hee~!!



3 bijik buku untuk adik aku. Ah ,,aku mmg kakak yg baik kan? Wah3 ~_~'
Hehe, eksited adik aku dpt buku nih. Buku sains satu, maths satu and english satu. Hehehe
Semoga adik berjaya ek? Angah syg adik !!

Sum up sume2 tu, approximately seratus lah harganya. Bile nakgi bayar, kakak tu ckp yg kurang ag 20 inggit. Weeee .Shock sebentar. Rupe2nye novel yg aku beli tu ad less 25 percent. So kakak tu suh aku pilih ag satu item .Hehe.

Dan membe aku tlg pilihkan untuk aku, satu novel dari Aisya Sofea, 'Dan sebenarnya' .. yg berharga 19.90 :)

 Huhuhuhu .Novel ni membe aku dah pinjam.  Tataw la best ke tak . Tak sabar nak khatam sume novel aku. Time kasih incik goverment, bagi sy baucer 200 inngit tuh. Syukur :)) Dapat laa sy beli novel2 feveret sy. Hahahaa . Nak beli buku untuk courses next sem, cam tak mungkin. Sbb membe aku ckp buku kiteorg tade kat kedai buku biase. Kena order . Aku ta kesah la pape pun. Anyway,, aku hepi .Lalalalaaaaa~~!!

Sekian :)

Saturday, February 4, 2012

CINTA BUAT SAYA RASA BODOH =.="



Ramai yg akan ase something ng tajuk entry aku kali ni. And i dun even know why suddenly ase na tulis pasal ni.Tbe2 je. Bukan sbb mood tacink or hati terluka or patah seribu dua ribu tiga ribu. Tapi, entah. Mungkin sbb terbaca satu statement dari sorg artis barat so terdetik na tulis pasal nih.

Tatlor Swiff ckp ,bila bercinta dy akan kelihatan bodoh. Ade tak korg2 kat luar sane ase cam Taylor Swiff nih?Bile pk2 balik ade betul gak pe yg dy ckp ..Mostly manusia skrg bile bercinta suke wat bnda bodoh*termasuk aku. I mean semata2 nak amik ati pasangan tu ad yg sampai sguup berkorban benda yg tah hape2 .. Bkn ta bole. Tapi tak wajar. Bak kata MatLutfi, pengorbanan dan kebodohan tu, ade bezanya.*seriously =.='

Cinta mmg ajaib. Bole wat kite happy. Bole gak wat kite sedih. Bole bagi courage. Bole bagi kite derita. Bole bg sengsara. So bole dikatakan yg Taylor Swiff nih mengalami trauma cinta. Ataupon fobia dgn cinta yg dikenali sebagai philophobia iaitu ketakutan untuk mencintai dan dicintai. Bile dah jadi cmni, emg susa na percaya pada cinta. Sebab dy akan sik pk yg cinta nih melukakan. Takot akan kesakitan yg akan dy rasai bile bercinta. Mybe sbb tu dy ckp bile bercinta dy akan kelihatan bodoh.umm.korg ase?

Asenye lau bercinta, aku cam Taylor Swiff tak? Heheh, Susa nak explain. Kdg2 bile bercinta kite akan suke lagu2 sweet sbb time tu kite bhgia. But believe me guys ,, bile kite dah break ng org yg kite syg, kite akn menci lagu cmtu. Dulu aku pon cmtu. Bile epi layan lagu sweet jeh. Cam lagu KIMIA Melda Ahmad. Tang sedih jek mesti layan lagu syhdu. Mendayu-dayu. So bile tacink je aku suke lyn lagu HARGA DIRIKU by wali band. sentap.Menusuk kalbu. Emg time tuh airmata tayah citela. Lau evaporated airmata aku tu konfem jadi garam seguni sebab nangis punye la sakan. phewww~!!!

Tapi tu sume depend pada diri korg. Cinta ta penah wat kite bodoh. Yg wat kite bodoh itu, diri kite sendiri. Bile bercinta kite lupe dunia. Kite lupe pada yg menciptakan cinta tu. Kite jadi sasau. Kite anggap cinta tu lah segala2nya. Kdg2 kite terlupa.. Cinta manusia takkan kekal. Kite lpe kalau cinta manusia tu bole pegi and ilang bile2 mase jek. Itu silap kite. Itu silap kite sebagai manusia.

So, tgok kiri tgok kanan. Jan mengata org tapi perbaiki diri sendiri. Amik cermin tilik muke kite. Refleks kan diri, terjemahkan personaliti. Tanya hati. Jgn ikut rasa, Nanti binasa. Tepuk dada tye selera. Lau takot bercinta, better jgn try. Tgu cinta pas kawin,lebih afdal .Konfem Allah pon sygg :))

Sekian ~.~