Sampai kah kita berdua ke syurga?
Pasangan mana yang tidak inginkan hubungan yang berkekalan.
Pasangan mana yang mahu menyayangi kemudian berpisah.
Hati mana yang ingin disakiti setelah menyayangi separuh mati.
Tetapi, kalau sekadar sayang teras nya hubungan yang dibina,
Sampaikah kita ke syurga?
Sampaikah kita ke syurga, kalau hati kita ditutupi rasa yang tidak halal ini?
Sampaikah kita ke syurga, berjayakah kita meniti titian Siratul Mustaqim hanya dengan rasa cinta kita ini?
Sejauh mana?
Sejauh mana kita akan melangkah beriringan?
Sejauh mana kita mampu berjanji. setia sehidup semati?
Sejauh mana benarnya janji?
Atau sehebat apakah janji yang boleh menjadikan aku;
bidadarimu di syurga nanti?
Aku jadi penasaran..
Aku jadi berantakan.
Aku jadi tidak keruan.
Kerana tiket untuk ke syurga, berdua
tidak hanya dibina dengan rasa sayang..
Tetapi dibina dengan rasa cinta yang ikhlas, mencintai makhluk Allah kerana Allah, dan mencintai Allah lebih dari apa pun..
Kita sangat maklum, akan diri kita berdua.
Yang belum lagi sampai ke tahap mencintai yang sebenar-benar mencintai..
Dan kerana itu, aku begitu mahu diajak berubah, dibimbing dan diberikan didikan agama yang sebetulnya..
Kerana aku benar-benar ikhlas ingin diangkat menjadi isterimu di dunia;
Dan bidadarimu di syurga.
Allah, makbulkanlah..
Amin, amin, Ya Rabbal Alamin..
No comments:
Post a Comment
Komen Best2 taww:)!