Hati membentak sendiri masih ingin menyayangi.
Airmata tak lagi utuh menahan dirinya dari mengalir.
Jiwa menjadi semakin gundah.
Tidak tenang.
Gelisah.
Hati merasa terluka.
Bukan kerana ini kali pertama terluka, pedihnya jadi menusuk;
Tapi kerana lukanya pada tempat yang sama,
Sampai suatu tahap, merasa seperti dibius;
Ingin meminta pada Tuhan, bimbang tidak termakbul;
Kerana ada kata-kata memberitahu;
Doa seorang pendosa itu,
belum tentu lagi diangkat oleh para Malaikat.
Usahkan diangkat melepasi langit ketujuh;
Lapisan pertama pun belum tentu Malaikat sudi.
Pedih.
Ketika berjalan, terasa seperti ingin merangkak.
Kaki memberontak.
Katanya tidak mahu lagi menyokong tubuh badan,
Penat katanya.
Ke sana ke mari.
Kesudahannya apa?
Sakit, kata hati.
Lalu memarahi otak.
Mengapa masih memikirkan?
Kerana yang menanggung sakitnya itu aku!
Terkesima.
Otak malas mahu membalas.
Cuma mahu hati tahu;
Aku fikir, atau tidak;
Yang menyayangi itu engkau.
Bukan aku.
Yang menyakiti sendiri punya diri itu;
engkau.
Bukan aku.
Yang berhabisan menjaga itu kau;
bukan aku.
Yang beria mempertahan itu juga kau;
bukan aku.
Eh tuan punya diri.
Kami; anggota badanmu;
Kami mahu kau tahu;
Kami merasa penat.
Penat dengan karenahmu.
Penat.
Dengan karenah seorang pendosa.
No comments:
Post a Comment
Komen Best2 taww:)!