Monday, October 29, 2012

Jika

Aku dan dia. Bertemu berkenalan. Katanya cinta. Mula mengenal rasa indah. Kepingin disayangi. Menyayangi. Berdua. Bersama. Berpisah tiada. 

Bila terlalu menyayangi, terlalu mencintai, rasanya sakit bila terkadang risiko untuk kehilangan terkelihatan. Rasa gusar melayang-layang. Rasa cemburu menjengah tiba. Bukan sedikit kali, tapi berkali-kali. Dan hati mula penasaran, apa benar ini cinta yg tiada derita? Atau sekadar mimpi cuma?

Pelik. Pelik sungguh. Bagaimana hati mampu memberi ruang sebegitu besar buat insan yang katanya tiada halal jua di sisi diri. Tidak jua halal dari mana2 sisi. Bagaimana hati begitu tabah sekali bertahan tatkla disakiti, dilukai, dikhianati oleh insan sepertinya sedang dia cuma angan indah sementara semata? Buntu aku buntu.

Dan jika. Jika cinta yg sebegitu besar diberi dan dicurah buat sekumpulan manusia yg aku gelar keluarga, apa saat ini ikatan dan keeratan antara kami lebih terasa? Dan bermakna? Persoalan yg sukar diperjelasi. kerana yg terjadi tetap jua terjadi. 

Ternyata aku cuma manusia biasa sedang yg sempurna jua terkadang jelas khilafnya, inikan pula aku. Si polan yg tidak punya apa2. 

Aku harus cuba merubah. Walau sedikit cuma, namun harus memberikan kesan. Kurangkan sedikit rasa cinta pada si Adam yg belum lagi sah milikku demi segunung rasa cinta pada keluarga yg menjadi sebahagian dari diriku, Allahukbar.

3 comments:

Komen Best2 taww:)!