Ditanya soal perjuangan. Bagaimana harus berjuang. Setakat mana mampu untuk terus berjuang. Dan sampai bila harus berjuang. Itu membuat aku penasaran. Perjuangan yg bagaimana aku mahukan, yg berkonsepkan apa, yg berteraskan apa, yg dibentengi dgn hujah bagaimana, aku masih keliru. Masih tercari-cari. Masih berada pada suatu tahap dan landasan yg membuat aku rasa, ' Apa pilihan yg ada padaku? Dan apa aset yg ada pada aku untuk aku terus kuat berjuang, andai berjuang itu adalah pilihanku?' Sukar diperjelasi. Amat sukar sekali difahami mereka-mereka yg belum tahu, aku bagaimana dan apa yg aku mahu capai dan gapai sepanjang perjuangan ini. Celaru.
Jika berjuang itu perlukan semangat, seribu satu semangat akan aku hamparkan.
Jika berjuang itu perlukan kekuatan fizikal dan mental., selagi daya cuba aku persembahkan.
Jika berjuang itu perlukan ilmu, berhabis akal aku kerahkan.
Jika berjuang itu perlukan taruhan, bermati-matian aku relakan.
Dan suatu yg pasti dari aku buat satu perjuangan, yakni
SELAGI MANA PERJUANGAN INI MEMERLUKAN AKU, AKU AKAN SENTIASA BERSAMA.
Suka datang bersama duka. Tawa datang bersama tangisan. Kemenangan datang membawa kekalahan. Kekuatan bermula dari kelemahan. Kepincangan pergi membawa kesempurnaan. Mati datang menggantikan hidup. Itu lumrahnye kehidupan. Selagi mana diri mampu untuk terus berjuang, maka teruskanlah.
**Tiada kehidupan tanpa ujian, tiada kebahagiaan tanpa pengorbanan dan tiada cinta tanpa air mata
No comments:
Post a Comment
Komen Best2 taww:)!