Dan realitinya, yg sebetul-betulnya, Aildilfitri tahun ini sedikit berbeza. Ade dua episod duka yg harus aku tempuh. Dan kedua-duanya, mungkin memakan masa yg agak lama untuk ditamati. Dan sejujurnya, saat ini aku masih lagi tidak henti2 memikirkan bagaimana harus menyelesaikan dan menamatkan cerita duka itu. Aku tiada daya, tiada kuasa untuk menghentikan. Namun sehingga saat ini, aku masih berharap Allah akan mengirimkan aku suatu keajaiban. Amin.
Dan kalau dikira berapa harga yg harus aku byar untuk sebuah Aidilfitri yg bahagia, aku jadi penasaran. Kerana apa sahaja yg aku miliki saat ini bukanlah kepunyaanku yg mutlak. Dan sebenar-benarnya ianya cumalah pinjaman semata, sementara nyawa masih bersatu pada jasad. Namun jika bisa, aku memohon, merayu serendah-rendah hati pada Yang Maha Mengetahui, aku rela apa2 sahaja yg menjadi kepunyaanku yg sementara ini diambil, untuk aku tukarkan dgn sebuah kebahagiaan. Tolonglah.
Bermimpi sampai ke bintang. Harapan aku untuk Aidilfitri tahun ini, cuma satu. BAHAGIA. Dan bahagia itu cuma satu. Melihat kedua ibu bapaku, adik beradik serta keluargaku berbahagia. Namun bagaimana? Andai aku punya daya, aku sanggup melakukan apa2 sahaja. Katakan apa sahaja, akan aku laksanakan. Tiada yg mampu menghalang, kecuali maut. Buntu sekali aku saat ini. Tidak tahu harus bagaimana.
Aku terlalu mencintai kedua ibu bapaku. Aku adalah racun, dan mereka penawarnya. Andai aku berduka, mereka adalah ubatnya. Andai aku tersilap, merekalah pembimbingnya. Andai aku kecundang, merekalah penyelamatnya. Dan andai aku tiada lagi, merekalah yg paling tidak mahu aku tinggalkan. Sukar untuk dihuraikan dalam bentuk kata2 yg khusus. Rasanya terkumpul di sini. Di hati. Cinta dan kasihnya melimpah ruah di sanubari. Cinta yg takkan sekali-kali aku berikan pada sesiapa melainkan pada kedua mereka.
Lusa, dalam masa beberapa puluh jam lagi, Aidilfitri bakal menjengah. Dan aku sepatutnya berbahagia kalau tidak kerana dua episod duka ini. Namun aku bersyukur, setidak-tidaknya aku berharap agar keduanya mampu menyemarakkan lagi kasih syg antara kami sekeluarga. Amin, Ya Rabbal Alamin Ya Allah..
Aidilfitri, pinjamkan aku bahagiamu. Kirimkan aku rahmatmu. Jika bukan untuk ku, setidak-tidaknya buat kedua ibu bapa, adik beradik dan keluargaku. Bawalah duka ini pergi. Aku tidak ingin melihat org2 yg aku syg bersedih. Dan setidak-tidaknya, kirimkanlah rasa cinta dari pemilik alam ini khusus buat keluargaku. Selagi mana 1 Syawal tidak menjelang, aku masih dan akan setia menunggu. Menunggu keajaiban dari pemilik nyawaku. InshaAllah.
My most fav fotballer, Mohd Shakem, lil brother:) |
Beloved sporting and gorgeous aunty ever, Norasikin Musa with my lil cousin, Arina Fatiah. |
Beloved lady of mine, iloveyou mom! |
From the left; Hadi Musa, beloved uncle my beloved and favourite man ever, daddy! and my uncle, Hafizuddin Musa:) |
Lil cousin, Siti Hajar and Izzati:) |
Beautiful lady; my beloved sister, Nurul Shuhada:) |
No comments:
Post a Comment
Komen Best2 taww:)!