Masalah. Salah satu cara Allah cuba menguji imanmu sahabat. Dugaan yg membuat kamu susah hati itu adalah tanda rindu Dia padamu. Pabila Allah rindu padamu, Dia akan memerintahkan malaikat supaya turun ke bumi dan datangkan ujian buatmu. Kerana apa? Kerana Dia rindu untuk mendengar rintihanmu. Dia rindu akan sayu suaramu saat kau meminta barang sedikit pertolongan dariNya.
Bagaimana besar pun masalahmu, belajarlah menjaga. Belajarlah menjaga hati orang2 sekelilingmu. Mereka2 itu adalah orang2 yg menyayangimu. Orang2 yg prihatin padamu. Orang2 yg tidak mahu engkau bersedih. Orang2yg sangat menjagamu. Mereka tidak mahu melihat kesuraman pada wajahmu. Lantas bagaimana kamu tergamak bersikap yg tidak wajar pada mereka? Biar mereka punya keburukan, biar mereka punya kelemahan. Jangan kau pandang sisi itu. Tolehlah pada sisi yg baik2 sahabat. Mereka masih punya sisi baik. Buktinya? Mereka masih berusaha menjagamu, walau terkadang mereka terabai.
Kau punya masalah. Kau merasa resah. Kau tidak tahu harus bagaimana. Dan kau mula berubah sikap. Kau tonjolkan amarahmu. Kau palingkan pandanganmu. Tahukah engkau sahabat? Tahukah engkau mereka sedang berduka cita atas kasarnya sikapmu? MashaAllah. Apa engkau fikir mereka tidak punya rasa tekanan? Tidak punya rasa marah? Mereka sama sahaja. Bezanya, mereka tahu menangani. Sedang kamu tidak. Belajarlah. Belajarlah menjaga hati. Tidak susah, andai ilmu persahabatan itu sudah engkau khatami. InshaAllah, :D
Aku tidaklah sempurna. Aku menulis bukan kerana aku merasa aku betul. Aku menulis supaya jika suatu hari nanti aku tergelincir dalam menjaga hati sahabat2ku, aku akan lekas2 kembali pada posisi asalku setelah ku baca post ini. Dan ingatlah, tidaklah aku itu baik pabila aku memberi nasihat. Namun sekurang2nya aku mencuba untuk menjadi baik. Dan usahaku ini, janganlah kau tentangi dengan bersikap dingin begini. Luka rasanya pedih. Butuh waktu, namun masih berparut. Janganlah begini. Aku sahabatmu. Sikapmu buat aku sedih.
Belajarlah menjaga. Sebagaimana aku berusaha menjaga hatimu, ku pohon berikanlah sedikit ruang dalam hatimu unttuk turut menjaga hatiku. Aku sayangkan persahabatan ini. Kerana syg aku terpanggil untuk meluahkan. Persahabatan ini suatu hadiah dari Allah buat kita. Hargailah. Sayangilah,
Salam syg buat Tuhan sekalian alam
Permisi(: