Thursday, May 22, 2014

Ceritera kekunun, umpat-umpatan bukan makanan aku. Positif lah oi. Aku hanya serangga. Tajuk apa tah ni. Kbai

Aku, sebenarnya banyak sangat yang nak di condemn pasal hidup ni. Bukan setakat hidup aku je, hidup orang pun banyak yang aku tak puas hati. Teruk memang teruk, tapi toksah cerita pasal teruk aku, sebab korang pun ada yang macam gitu hah. Takpe, aku tak judge korang pun.

Perasan atau tidak, kita sebenarnya menghabiskan terlalu banyak masa dengan membenci atau tidak menyukai seseorang.

Betul. Aku serius.

Sebab aku pun mcam tu jugak. Aku cepat betul ter annoyed oleh perkara-perkara yang berlaku di sekeliling aku. Aku cepat betul tak puas hati, sangat.

Banyak benda yang jadi, aku salahkan orang. Aku salahkan takdir. Aku salahkan apa2 sahaja yang boleh aku salahkan. oh pathetic nya kan?

Dan korang kena tahu, ini bukan benda baru dalam komuniti.

Komuniti sekarang, komuniti yang lebih mementing LIKE dalam facebook berbanding LIKE di luar facebook. Ohh pathetic nya lagi kan?

Aku, sampai ke hari ni, masih tak percaya, betapa lah aku ni busuk hati sebenanrnya. Pantang tengok orang senang atau hebat atau apa2 jelah, laju je mulut aku ni ha nak mengata. Berbuih-buih mulut, tak sabar nih nak bergosip. Kalau dibiar lama sikit gosip atau cerita2 hot nih dlm kepala hotak aku, nescaya mati gara2 sawan gila babi lah aku. Sampai tahap tuh.

Tapi kan korang, sebenarnya ada satu teori ni jugak.

Memang mulut orang kita tak boleh control. Ofcoss lah kan.

Tapi, kalaulah.. kalau lah kan..

Apa yang orang duk canang tu betul,  sebenarnya kita tak boleh nak piss off jugak kan?

Sebab diorang tak fitnah. Diorang tak buat cerita. Diorang bukan mamarazi. Diorang pun tau daripada orang lain. Diorang cuma saling menyampaikan-- aka mengumpat. aka, makan daging saudara sendiri. Mak aihh gross tu nah.

Contohnya lah kan..

Kalau orang umpat aku. Diorang kata, ehh minah tu kan dia sebenarnya buat surgeri bibir. Katanya nak bibir ala2 Angelina Jolie cenggtu haaaaa. Aku tak mampu tau nak kata apa2, sebab mmg itu hakikatnya.. *contoh*

So, sebenarnya, instead of berpegang pada kata2

KITA TAK BOLEH TUTUP MULUT ORANG

in some cases, yang mana dh mmg trang tang ting tung kita salah--

kita sebenarnya boleh guna teori lain.

Teori refleksi namanya.

Bermakna---

Kalau dah mmg apa yang orang kata tu betul-- kalau dh yang mmg salahnya kita-- yang buruknya kita-- yang hentah pape hentah nya mmg kita dan kita dan kita--

guna teori ni---

AKU TAK BOLEH TUTUP MULUT ORANG. TAPI AKU BOLEH TUTUP MULUT AKU.
AKU TAK BOLEH UBAH FACT YANG AKU MMG SALAH--
TAPI AKU BOLEH TENTUKAN FACT YANG AKAN BERLAKU,
UNTUK BUKTIKAN YG AKU TAKKAN SELAMANYA SALAH..

Well, in some cases lahh.

Kalau in case kau mmg tak bersalah,  hah pakailah teori pertama.  Kalau rasa berdiam diri pun tak jalan, better pergi hadap je orang cam gitu. Bagi ayat2 chenta lemak berkrim, sembur kaw2 tapi dalam keadaan rasional dan berhemah, serta berkata---

TERIMA KASIH AWAK. UMPATAN AWK ADALAH TIKET SAYA MENUJU SYURGA.
DGN SEGALA HORMATNYA, SAYA MEMPERSILAKAN AWK UNTUK TERUS MENGUMPAT.

Lepas tu, jalan dengan megah dan hensemnya--- then stop. pap.

Toleh belakang sambil berkata---

KALAU AWK PENAT, AWK BERHENTI EH?

TU HAH, KESIAN MALAIKAT DUK CATIT DOSA AWK..

pastu, senyum sesinis mungkin sambil blah dan berkata dalam hati--

GUD JOB! GUB JOB!

 Dan berlarilah seriang mungkin sambil makan aiskrim serta hiduplah dengan positif.

Itulah itu.



*perlu diingat, aku hanya menulis. Aku bukan buat pn apa yang aku tulis. Aku nih org yang suka duk mengumpat tu. Jangan tiru aksi ini woii. Aku hanyalah seekor serangga. Haha.

Kbai. Assalamualaikum! :)

1 comment:

Komen Best2 taww:)!