Friday, August 17, 2012

Aidilfitri, pinjamkan aku BAHAGIAmu.




Dan realitinya, yg sebetul-betulnya, Aildilfitri tahun ini sedikit berbeza. Ade dua episod duka yg harus aku tempuh. Dan kedua-duanya, mungkin memakan masa yg agak lama untuk ditamati. Dan sejujurnya, saat ini aku masih lagi tidak henti2 memikirkan bagaimana harus menyelesaikan dan menamatkan cerita duka itu. Aku tiada daya, tiada kuasa untuk menghentikan. Namun sehingga saat ini, aku masih berharap Allah akan mengirimkan aku suatu keajaiban. Amin.

Dan kalau dikira berapa harga yg harus aku byar untuk sebuah Aidilfitri yg bahagia, aku jadi penasaran. Kerana apa sahaja yg aku miliki saat ini bukanlah kepunyaanku yg mutlak. Dan sebenar-benarnya ianya cumalah pinjaman semata, sementara nyawa masih bersatu pada jasad. Namun jika bisa, aku memohon, merayu serendah-rendah hati pada Yang Maha Mengetahui, aku rela apa2 sahaja yg menjadi kepunyaanku yg sementara ini diambil, untuk aku tukarkan dgn sebuah kebahagiaan. Tolonglah.

Bermimpi sampai ke bintang. Harapan aku untuk Aidilfitri tahun ini, cuma satu. BAHAGIA. Dan bahagia itu cuma satu. Melihat kedua ibu bapaku, adik beradik serta keluargaku berbahagia. Namun bagaimana? Andai aku punya daya, aku sanggup melakukan apa2 sahaja. Katakan apa sahaja, akan aku laksanakan. Tiada yg mampu menghalang, kecuali maut. Buntu sekali aku saat ini. Tidak tahu harus bagaimana.

Aku terlalu mencintai kedua ibu bapaku. Aku adalah racun, dan mereka penawarnya. Andai aku berduka, mereka adalah ubatnya. Andai aku tersilap, merekalah pembimbingnya. Andai aku kecundang, merekalah penyelamatnya. Dan andai aku tiada lagi, merekalah yg paling tidak mahu aku tinggalkan. Sukar untuk dihuraikan dalam bentuk kata2 yg khusus. Rasanya terkumpul di sini. Di hati. Cinta dan kasihnya melimpah ruah di sanubari. Cinta yg takkan sekali-kali aku berikan pada sesiapa melainkan pada kedua mereka.

Lusa, dalam masa beberapa puluh jam lagi, Aidilfitri bakal menjengah. Dan aku sepatutnya berbahagia kalau tidak kerana dua episod duka ini. Namun aku bersyukur, setidak-tidaknya aku berharap agar keduanya mampu menyemarakkan lagi kasih syg antara kami sekeluarga. Amin, Ya Rabbal Alamin Ya Allah..

Aidilfitri, pinjamkan aku bahagiamu. Kirimkan aku rahmatmu. Jika bukan untuk ku, setidak-tidaknya buat kedua ibu bapa, adik beradik dan keluargaku. Bawalah duka ini pergi. Aku tidak ingin melihat org2 yg aku syg bersedih. Dan setidak-tidaknya, kirimkanlah rasa cinta dari pemilik alam ini khusus buat keluargaku. Selagi mana 1 Syawal tidak menjelang, aku masih dan akan setia menunggu. Menunggu keajaiban dari pemilik nyawaku. InshaAllah.

My most fav fotballer,
Mohd Shakem, lil brother:)

Beloved sporting and gorgeous aunty ever,
Norasikin Musa with my lil cousin, Arina Fatiah.

Beloved lady of mine,
iloveyou mom!
From the left;
Hadi Musa, beloved uncle
my beloved and favourite man ever, daddy!
and my uncle, Hafizuddin Musa:)

Lil cousin,
Siti Hajar and Izzati:)

Beautiful lady;
my beloved sister,
Nurul Shuhada:)






Me, my sis Nurul Shamimie and
my kak long Shuhada.
Once upon a time:))

Saturday, August 11, 2012

Buntu.

Bagaimana harus berubah, aku jadi buntu. Kdg2 rase menyampah dengan diri sendiri. Terlalu ikutkan perasaan. Terlalu kebudak-budakkan. Terlalu mengada-ngada!

Bila bercinta, masih jugak terbawa-bawa perangai tak elok ni. Mengada. Nak makan tu. Rase nak makan ni. Mintak si dia dtg anta. Fine. Melampau! Nak keluar same2, kalau bole nak pakai baju same kaler. Omgeee, childishnyee! Si dia pulak dah rase panas sampai ke kepala. Penat nak melayan karenah. Tak reply mesej merajuk. Tak angkat call merajuk. Reply mesej lambat sikit pon merajuk? Fuuuhhh.Tak masuk lagi bab jeles menjeles bagaiii.,atototototoo! Jadi mmg tak salah kalau si lelakinye pon tak pernah tahan ng perangai cmtu. What to do? Entah, entah, entah... Lelaki2, sorry! You are way too good for me:(

Bila berkawan, nak ade bff. Nak ade teman tapi mesra. Bole sengal2 same2. Itu satu hal. Satu hal lagi bile bff rapat ng membe yg tak de lam list BFF pon bole jelessss??? Omaigodnesss! Bala2. Nak buat mcm mane, kalau dah azalinye mmg pattern kuat jeles? Tak kesah dah la dgn sape pon. Laki k pompuan sume ko layan same je ye? Bagusnyeeee-.-'''

Skandal? Ade skandal? Dah ade boyfie, sebok nak berskandal bagai. Fine. Ade org suke. Tanak menghampakan dy, so balas2 msg cmtu aje.. Wah3. Jadi besok2 kalau dah jadi bini org pon masih nak mesej2 cmtu aje lah ye? nonsense! sgt! Ape nak jadi. Tak kesah bape org beratur nak jadi teman hidup, tolonglah diri, jgn buat perangai tak senonoh nak bagi harapan kat org lain segala. Tak baik!

Selesai bab itu, masuk pulak bab bila ng family. Tak bole nak tegur ckit melenting. Satu patah mak tegur, satu perenggan kau kasi jawapannye. Baik punye anak. Satu hari kalau tak menjawab ckp mak, bole dapat sawan ape? Kalau disuruh itu ini, mula lah buat muka. Berkerut sejutanamplohnam. Apee laaaa. Derhaka namenye tuu!Bawak2 la mengucap. Hurmm2,

Ap nak jadi?
Jeles tgok org len cam hepi aje?
Dorang pon ade personality problem.
Tapi at least dorang tw control.
Dorang pon masalahpoblem berlonggok,
Tapi dorang cool aje settel slow2.
Dorang pon kekadang mengada jugak,
Tapi at least takde lah sampai buat org menyampah.
What to do?
How to begin?
Tepuk dada tye iman.
Kalau betul nak jadi baik,
Kalau betul nak berubah,
Kalau betul nak perbaiki diri,
mesti selalu kuat.

Bukan kuat mcm Malek Noor.
Tapi kuat semangat.
Biar ape org kate.
Dorang tataw ape yg kite rase.
Kalau nak berjalan,
Kena tau merangkak dulu.
Jgn terus berlari.
Takut nnti kite terkehadapan,
tade sape kat sisi.

**Ade sorang hamba Allah ckp, tak mungkn seorang manusia bole mengubah perangainye; Itu pendapat dia. Pendapat aku, selagi ade kemahuan, selagi tu ade jalan. InshaAllah. Jangan asyik pandang belakang. Maju kedepan. Jan lupe tgk kiri kanan. Lintaslah laluan hidupmu dgn selamat. Salaam :)


untuk tujuan illustrasi sahaje.  Kbaiii