Bila mengalah, masih juga tidak dihargai
Mengalah, bila mana keadaan membutuhkan kita berbuat begitu Mengalah, bukan kerana lemah, tetapi kerana kasih, kerana syg. Kerana tidak mahu suatu permasalahan diperbesarkan. Tidak mahu suatu pertalian diputuskan. Tidak mahu kehilangan, tidak mahu melihat sebelah pihak lagi terluka. Maka mengalah, mengalah dan terus mengalah.
Tapi, tak semua manusia tahu menghargai. Mengalah, dan kita dipijak-pijak. Mengalah, dan kita diBONEKAkan. Mengalah dan mengalah lagi, dan kita dilayan seperti sampah. Bagaimana lagi?? Rasanya seperti org tidak berakal, bila seringkali ditolak, dicari bila perlu sahaja, dibuang jauh-jauh bila terasa bosan.
Selalu saja, kita dikatakan lemah. Selalu memaafkan, selalu melihat yg positif sahaja. Selalu memberi peluang. Selalu mencurah kasih syg yg tidak berbelah bagi. Selalu menunggu, dan yg pasti, selalu saja terluka. Dan kalau mereka tahu, keterlukaan itu semakin parah. Bila lukanya pada tempat yg sama, sampai masa, hati juga sudah tidak punya rasa. Kosong.
Jika ada yg melukakan, mengalah dan memaafkan itu harus. Tetapi jika itu sudah kau praktikkan berulang kali dan terangnya, ia tidak membuahkan hasil, maka belajarlah MEMPERTAHANKAN MARUAHMU. Mungkin sudah sampai masanya, kau bangun dari jatuh. Mungkin sudah sampai masanya kau mengelak dari terus didera perasaanmu. Mungkin juga, sudah sampai masanya kau katakan pada mereka, CUKUPLAH!
Aku punya perasaan. Aku punya maruah. Dan aku pasti, mereka juga sama. Suatu perbezaan yg amat ketara antara aku dan mereka, aku masih punya rasa kemanusiaan, sedang mereka sudah hilang nilai kemanusiaan itu. Selamatkanlah dirimu, hitunglah berapa byk masa yg kau punya saat ini, rangkalah seberapa hebat ayatmu. Kerana aku, telah BANGKIT dari dudukku.
AdeeyaMayeesa.
01/07/12, 3.18pm
mengalah tak bererti kalah :)
ReplyDeletebetul tuu :))
ReplyDeletebelajarlah menjadi pengalah yg bijak :)
ReplyDeleteyup2, hehe :))
ReplyDeleteHurmm good.. Bila bckap pasal mgalah,mmg kte harus mgalah,ini utk mgelak dri brlakunya prbalahan.. Tp smpai ble harus mngalah trus?? Sdgkn dy xpnah pn utk mgalah walaupn cuba mrajuk..!! Pnh jgk bberapa kali mtk dtinggalkn,tp skeping msj dy sje sdh ckup bt sy mmbuka kmbali aty yg sering dsakiti ni utk trus mnjalin hbngan smula biarpun tau hbgn itu xsmpai tempoh 24jam akn renggang blik.. Utk pgetahuan,sy tau dy ad psngan lain,tp mgapa dy bgtahu,wlau brtapa sukar utk sy trima keadaan dy skg,lmbat laun pn dy ttp akn kmbali pd sy nnti..?? Mgapa dy bt sy mcm gntung xbrtali gni?? Perlu sy mgharap trus hbungan yg blum tentu akn mjadi milik sy?? Atau trus mnjalin hbgn yg mnyakitkan ni smpai dy btul2 brubah?? Mgkn Kesetiaan yg amat sgt sy tnjukkan pd dy yg mnyebabkn dy sggup memijak kepala sy sdemikian.. Sy xpnh pn dhargai nya.. :'( mohon pndapat trbaik agar sy dpt bt pnyelesaian yg baik utk diri sy dan dy..
ReplyDelete;Amar