Monday, May 6, 2013

PRU- PilihanRayaUntukYou?

Dulu aku ada satu azam. Azam yang aku pgg dari mula2 aku buat blog ni dan sehinggalah ke saat ni, azam tu terpaksa aku langgar. Aku khianati. Aku mungkiri.

Pedih.

Bukan pedih melanggar azam.

Tapi pedih menerima kekalahan PRU13 dengan cara yang paling tidak dapat diterima akal.

Dan aku, yang berazam untuk tidak menulis apa2 artikel politik sejak mula2 berblog; terpaksa mematahkan sendiri azam aku kerana rasa sakit hati yang tak dapat aku luahkan pada mana2 manusia sekalipun, melainkan hanya Dia.

Kalah itu hanya benar2 dikatakan kalah JIKA;
Pertarungannya di ADILI seadil-adilnya.

Dan!!

Menang itu hanya benar2 diiktiraf suatu kemenangan jika;
Tiada helah tersembunyi disebalik setiap strategi yang digunakan.

Dan aku, masih tidak dapat memanfaatkan akal fikiran aku sejak semalam; kerana otak aku telah penat berfikir BAGAIMANA pertarungan sebegini di katakan pertarungan yg sihat?? Dari sisi apakah? Menurut pandangan yg bagaimanakah?

Selepas hari ini, aku bebas menulis apa2 artikel politik. Kerana aku akan bangkit dengan lebih agresif 5 tahun akan datang, bermula hari ini.

And the war is begin.