Monday, May 21, 2012

Belajarlah menjaga dan menghargai, :D




Manusia mana yg tiada masalah. Manusia mana yg tiada rasa tertekan. Manusia mana yg kadang2 tidak dihimpit rasa serabut yg teramat. Sahabat, sedangkan Rasulullah berperang dengan masalah dalam berdakwah. Ape lagi kita manusia yg hina lagi kerdil. Masalah itu suatu ujian buat kita. Supaya kita menjadi lebih kuat dari sebelumnya.

Masalah. Salah satu cara Allah cuba menguji imanmu sahabat. Dugaan yg membuat kamu susah hati itu adalah tanda rindu Dia padamu. Pabila Allah rindu padamu, Dia akan memerintahkan malaikat supaya turun ke bumi dan datangkan ujian buatmu. Kerana apa? Kerana Dia rindu untuk mendengar rintihanmu. Dia rindu akan sayu suaramu saat kau meminta barang sedikit pertolongan dariNya.

Bagaimana besar pun masalahmu, belajarlah menjaga. Belajarlah menjaga hati orang2 sekelilingmu. Mereka2 itu adalah orang2 yg menyayangimu. Orang2 yg prihatin padamu. Orang2 yg tidak mahu engkau bersedih. Orang2yg sangat menjagamu. Mereka tidak mahu melihat kesuraman pada wajahmu. Lantas bagaimana kamu tergamak bersikap yg tidak wajar pada mereka? Biar mereka punya keburukan, biar mereka punya kelemahan. Jangan kau pandang sisi itu. Tolehlah pada sisi yg baik2 sahabat. Mereka masih punya sisi baik. Buktinya? Mereka masih berusaha menjagamu, walau terkadang mereka terabai.

Kau punya masalah. Kau merasa resah. Kau tidak tahu harus bagaimana. Dan kau mula berubah sikap. Kau tonjolkan amarahmu. Kau palingkan pandanganmu. Tahukah engkau sahabat? Tahukah engkau mereka sedang berduka cita atas kasarnya sikapmu? MashaAllah. Apa engkau fikir mereka tidak punya rasa tekanan? Tidak punya rasa marah? Mereka sama sahaja. Bezanya, mereka tahu menangani. Sedang kamu tidak. Belajarlah. Belajarlah menjaga hati. Tidak susah, andai ilmu persahabatan itu sudah engkau khatami. InshaAllah, :D

Aku tidaklah sempurna. Aku menulis bukan kerana aku merasa aku betul. Aku menulis supaya jika suatu hari nanti aku tergelincir dalam menjaga hati sahabat2ku, aku akan lekas2 kembali pada posisi asalku setelah ku baca post ini. Dan ingatlah, tidaklah aku itu baik pabila aku memberi nasihat. Namun sekurang2nya aku mencuba untuk menjadi baik. Dan usahaku ini, janganlah kau tentangi dengan bersikap dingin begini. Luka rasanya pedih. Butuh waktu, namun masih berparut. Janganlah begini. Aku sahabatmu. Sikapmu buat aku sedih.

Belajarlah menjaga. Sebagaimana aku berusaha menjaga hatimu, ku pohon berikanlah sedikit ruang dalam hatimu unttuk turut menjaga hatiku. Aku sayangkan persahabatan ini. Kerana syg aku terpanggil untuk meluahkan. Persahabatan ini suatu hadiah dari Allah buat kita. Hargailah. Sayangilah,

Salam syg buat Tuhan sekalian alam
Permisi(:

Saturday, May 19, 2012

Untuk apa aku menulis?



Letakkan tgnmu di dada, tepat di hatimu, kau tanyakan pada dirimu, 'Wahai diri, untuk apa engkau menulis? Apakah jawapannya wahai diri? Apakah engkau menulis kerana mahu dikenali? Atau kerana mahu disanjungi? Atau engkau mahu diikuti? Untuk apa?

**Aku menulis kerana aku mahu mereka tahu aku punya bakat. Aku menulis kerana aku mahu mereka sedar, siapa aku dan karya-karyaku. Aku menulis kerana aku mahu mereka mengikutku. Aku mahu mereka memuji dan menyanjungku. Aku mahu mereka baca tiap patah perkataan yg aku zahirkan. Aku hebat dalam menterjemahkan bahasa mindaku sedang mereka tidak. Lalu apalah gunanya kelebihan ini jika aku menulis tanpa sebab apa2?

MashaAllah, jika ini niatmu, maka perbetulkanlah ia. Jika ini tujuanmu, maka kau baikilah ia. Jika ini sebabnya kau menulis,  harus kau tahu penulisanmu itu bukanlah apa-apa! Walau sejuta manusia membaca, kau harus ingat, Allah belum tentu sudi menerima karyamu! Kau kerdil melata di bumi, apa kau cuba mencabar Dia yg gah di atas sana? Sudah tentu kau silap. Silap, kau silap.

Letakkan tgnmu ke dada wahai diri. Tepat ke hatimu. Katakan begini, ''Ya Allah, Ya Rahman, perbetulkanlah niatku. Tarbiyahlah diriku. Luruskanlah jalanku. Tunjukkanlah landasan yg benar buatku. Bukakanlah seluas-luas pintu taubat buatku.

**Ya Allah, jika dulu aku menulis kerana dunia, maka hari aku aku ingin menulis kerana akhirat,

p/s : Post ni aku tujukan untuk diri aku. Jika satu hari nnti aku alpa dan lalai lagi, bawalah aku kembali ke sebenar-benar jalan. Kamu yg membaca, andai kamu rasa penulisan aku semakin jauh dari landasannya, sedarkan aku. Aku manusia. Terkadang aku lupa, siapa diri aku. Permisi.

Monday, May 7, 2012

What Should I Do.


In the end everyone will hurt you... it's up to you to decide who is worth the pain. Not all scars shows. Not all wounds heal. Sometimes you can't see, the pain someone feels. Someday everything will all make perfect sense. So for now, laugh at confusion, smile through the tears, and keep reminding yourself that everything happens for a reason.



It's just one of those days where you lock yourself in your room, crank the depressing music, curl up on your bed, and cry for no reason at all.

Friday, May 4, 2012

Aku ingin menjadi kepunyaanmu yg HALAL disisiNya.

Salam berkasih syg di hari Jumaat. Jumaat anda pada minggu pertama bulan Mei ini bagaimana? InshaAllah, Jumaat ini kita dilimpahi nikmat yg tidak terhitung olehNya.

Anda sedang bercinta saat ini? Hati anda sudah dimiliki? Hati anda sedang berbunga riang? Anda merindukan si dia? Anda tidak mahu kehilangannya? Anda ingin dimilikinya secara sah? Um. Entry ini buat anda yg sedang dilamun cinta. Sy tidak pandai menyusun kata. Tiada jua gaya2 A. Samad Said. Hanya manusia nan kerdil. Tiada jua daya membuat anda tertarik akan kata2 sy. Bagaimana yg terdaya, itu yg sy zahirkan di sini. Bacalah.

Benar aku ingin bercinta, namun tidak begini.
Benar aku ingin disayangi, namun tidak jua begini.
Benar aku ingin dimiliki, namun semestinya bukan begini.
Benar aku mahu didampingi, namun seharusnya tidak sebegini.




Aku ingin menjadi yg halal buatmu. Aku ingin menjadi yg sebenar-benar halal disisi mu. Aku ingin menjadi yg halal buatmu dimataNya. Aku mencintaimu sungguh2. Dan kerana itu, ku pinta.. Halalkan lah perasaan ini dengan suatu pertalian pasti yakni pernikahan.

Aku ingin menjadi bidadari mu di syurga nan yg hakiki. Aku ingin zahirkan rasa kasihku padamu dengan menjadi zaujah yg solehah buatmu. Aku tidak ingin harta. Tidak ingin paras rupa. Yg ku mahu cumalah satu ikatan yg sah. Perkahwinan.

Aku akan selalu menjaga makan pakaimu. Aku akan mendidik mengasuh anak2 kita. Aku akan selalu disampingmu saat kau memerlukan. Aku akan selalu mencintaimu. Aku akan bersama di duduk bangunmu. Aku rela terluka buatmu. Nyawa sanggup aku pertaruhkan buatmu. Namun semua itu hanyalah jika aku benar HALAL buatmu. Maka nikahilah aku.

Nikahilah aku kerana akhlak ku. Nikahilah aku kerana Allah. Jangan dinikahi aku kerana rupa parasku, kerana semuai itu pasti lenyap di suatu masa yg pasti. Jgn dinikahi ku kerana harta ku. Kerana itu bukanlah milikku yg benar mutlak. Aku ingin dinikahi keranaNya.




Kecintaan padaNya membuat ku begini,
Permisi.

Friday, April 27, 2012

Aku diam, tidak bermakna aku lemah.



Diam. Aku selalu diam. Aku diam pabila aku disakiti. Aku diam pabila aku dilukai. Aku diam pabila aku dikhianati. Aku diam pabila aku terasa ingin memarahi. Dan aku diam pabila diri terasa dipergunai.

Aku diam, itu tidak bermakna aku lemah. Aku diam kerana aku tidak mahu membazirkan masa bertekak dengan mereka. Aku selalu berdiam diri. Dan diam aku itu tidak bermakna aku setuju. Itu hanyalah kerana aku tidak ingin menyatakan pendirianku pada org yg tidak mengerti. Aku diam pabila aku dilukai. Itu tidak bermakna aku setuju diperlakukan begitu. Namun sebaliknya, aku tidak ingin mengada-ngada mencari kasih syg yg ku tahu bukan kepunyaan ku lagi. Sampai masa, aku akan pergi. Pergi dari hidup mereka yg telah terlalu byk membuat hidup aku begini.

Sampai suatu saat, mereka akan tahu. Betapa sakit diperlakukan bagai org yg tidak punya hati. Sampai masa jua nnti mereka akan diperlihat akan suatu keadaan di mana mereka akan mula menyesali segala perbuatan mereka ke atasku. Pabila saat itu tiba, aku melihat mereka menangis diatas kebahagiaanku. Tunggu.

Dendam, tidak aku bukan berdendam. Marah? Aku tidak sudi mempraktikkan perkataan yg penuh beremosi itu di sini. Jadi aku apa? Aku terkilan. Ya, mungkin itu pandangan yg lebih dewasa dari sudut mata hati aku. Aku terkilan kerana sifatku yg suka mengalah bagai diguna-guna. Prinsip hidup aku seolah dicabul oleh mereka yg tidak punya rasa belas. Lalu bagaimana lagi aku?

Andai, andai aku punya cara untuk menghalang mereka. Namun malang sekali, aku bukan siapa-siapa. Dan diriku yg bukan siapa-siapa ini bukan lah tiket untuk mereka terus dan terus menyakiti aku! Dan harus mereka ingat, hati yg selalu disakiti jua lama kelamaan akan menjadi semakin kuat dan tegar. Dan harusnya aku tidak akan goyah kali ini. Aku tetap bertahan, tetapi bertahanku tidak dengan berdiam diri. Tetapi aku akan mempertahankan jua segala hati dan perasaanku, jua fizikal dan mentalku daripada disakiti mereka.

Aku akan berlari hingga ke garisan penamat sedang kamu berehat sebentar di bawah pepohon merimbun. Kau yg memulakan, namun aku yg menamatkan. Aku tidak akan berhenti, kerana jika aku berhenti, perlumbaan ini tidak akan pernah selesai. Aku tidak merasa aku cukup baik kerana memaafkan kamu, namun aku jua semestinya tidak bodoh untuk terus mempercayai kamu. Mark my words.

Permisi,
Wahai diari elektronik ku.
Salam.





Friday, April 20, 2012

I Can't Draw, so I Write :D



Tidak tahu harus bagaimana meluahkan dalam bentuk lukisan, maka diri memilih untuk menulis. Tidak tahu bagaimana berkata-kata melalui lukisan seperti Leonardo da Vinci, maka aku memilih untuk menjadi seperti William Shakespeare. 

Menulis. Aku menulis walaupun aku ingin menangis. Aku menulis pabila airmata mengalir membasahi pipi. Aku menulis pabila aku kecewa. Aku menulis pabila kehidupan mula membuat aku tiada daya untuk bertahan. Aku menulis bila aku kehilangan org yg aku syg. Aku menulis pabila aku ditikam oleh sahabat baikku. Dan aku menulis, saat Dia memberikanku sebesar-besar ujian. Kerana dengannya aku bisa merasa lebih lega.
 

Permisi.

Tuesday, April 17, 2012

Dan aku harus terus menulis !



Barangkali mereka yg jiwanya tidak seperti aku sukar mengerti mengapa harus aku menulis. Barangkali mereka yg tidak mengerti aku tidak memahami mengapa harus aku begini. Dan yg seharusnya mereka itu tahu, penulisanku bukanlah apa2. Bukan untuk dipandang. Bukan untuk dipuji. Bukan menunjuk-nunjuk. Bukan ingin diniaga. Aku menulis kerana jiwa aku ketagih dengan penulisan. Aku menulis kerana tanpanya aku bisa jadi gila.

Dan mengertilah, bahawasanya aku akan terus menulis. tidak untuk dijulang-julang. Kejiwaan seni ini, apa yg bisa aku lakukan kalau dibiarkan saja begini? Aku tidak seperti sasterawan negara. Bahasanya melangit sedangkan aku melata di bumi. Aku bukanlah seakan-akan penyair penyajak. Bahasanya menyentuh kalbu sedangkan aku membuat kalbu terdetik pun sama sekali tiada berdaya.

Aku ingin terus menulis walau aku tidak dihargai. Aku ingin terus menterjemahkan bahasa mindaku walau tiada yg mengingini. Aku tidak minta dipndang, apatah lagi diikuti. Aku tiada kaedah yg lebih baik dalam melampiaskan segala kekesalanku melainkan dgn menulis. Itu kataku.

Dan ketagihan ini bukanlah sesuatu yg bisa aku hindarkan. Ketagihan ini membunuhku. Andai dihalang diriku dari menulis, nescaya akan remuk otakku menyimpan segala mcm rasa didalamnya. Biarkan aku begini. Betapa aku selesa tanpa ada yg memandang. Ini permintaanku.

Permisi. Salam chenta buat Tuhan sekalian alam.