Please take this feeling away. Please, give me some mercy. Please, give me sometime to live without him. Please, i'm so deeply in hurt rite this moment. Please, I can stand this no more. Please, take him away. Please, I just don't get it why it is so hurt loving you. Every pieces of me is broken. Every single things about you is so clear. But it get dim and dimmer whenever I have to remind myself, that you are not even mine. Its so hard to tell. So difficult to explain. I don't even know why do I love you so much! I can't endure this anymore. Just.. go away from me.. Please:(
Wednesday, June 13, 2012
Monday, June 11, 2012
Cinta bukan milik kita
Dan seringkali aku sampai ke penamat yg kadang kala buat aku separuh gila memikirkan..
''...Mungkin kita patut mengikut haluan masing-masing..''
''.. jodoh kita sampai disini saja..''
''..kita putus..''
Bercucuran airmata saat kata-kata ini yang kau lafazkan wahai muslimin. Sungguh pedih. Perit. Rasanya seperti hatiku dihiris-hiris. Subhanallah. Sakit Ya Allah. Cinta ini membuat aku sakit. Bagaimana aku mampu bangkit lagi, setelah muslimin yg aku harapkan bakal menjadi pemimpinn seluruh kehidupan ku mulai menjauh? Katanya begini.,
''.. agama kita umpama cahaya, perhubungan kita umpama kegelapan. Tidak mungkin boleh bersatu, selagi mana kita terus begini, rahmat dan kasih sygNya tidak akan melimpahi kita..''
Saat kau lafazkan itu, hatiku memberontak. Mana mungkin kau samakan hubungan kita seperti kegelapan. Dan saat itu juga, aku mulai merasa kalau semua ini hanyalah alasanmu untuk meninggalkan aku.. seperti yg sudah-sudah.. Dan aku, tanpa memahami apa2, mula mencipta seribu satu alasan untuk terus membencimu.. mashaAllah. Maafkan aku..
Setelah seberapa lama kita berpisah, aku kira aku cukup kuat dan boleh melupakanmu sebagaimana aku menyangka kau telah melupakan aku. Namun aku tewas, tatkala rindu menjengah. Benteng yg aku bina, sedikit demi sedkit mulai runtuh. Rapuh. Dan senang sekali dirobohkan.. Saat itu, aku merasa benci pada diri sendiri kerana begitu rapuh hatiku, sedangkan dahulu azamku untuk meneruskan hidup tanpamu tinggi melangit. Dan untuk sekelian kalinya, aku buntu..
Ku cari Dia setelah merasa diriku tidak mampu bertahan lagi. Aku bermunajat padaNya. Aku memohon padaNya. Aku bercerita padaNya. Dan terkadang, melintas suatu rasa janggal saat aku sedang bercerita padaNya. Apa Dia mendengar saat ini? Apa Dia tahu, hatiku terluka? Apa Dia sudi, setelah sekian lama Dia diabaikan? Dan aku jadi gusar, apa Dia mahu mendengar apa yg akan aku ceritakan pada hari2 mendatang?
Wahai muslimin. Hari ini, aku menjadi seorang muslimah yg lebih baik setelah engkau pergi meninggalkan. Dan hari ini, aku mula mengerti mengapa kau bertindak begitu. Saat ini aku mula memahami, mengapa kau ungkapkan kata2 sebegitu. Benarlah muslimin. Cinta bukan milik kita. Cinta hanya milik Allah. Mungkin hari yg sudah-sudah, Dia menarik rasa cintamu padaku sehingga kau berkeputusan pasti meninggalkan aku. Mungkin hari yg sudah-sudah juga, Dia mentawarkan rasa cintamu padaku sehingga kau menjauh dariku. Namun muslimin, aku yakin akan satu perkara.
Yakni.. Selagi mana aku cuba yg terbaik untuk menjadi seorang muslimah yg solehah, Dia pasti akan mencampakkan rasa cinta itu kembali padamu. Jika tercampaknya cinta itu, BUKAN tepat pada hatimu, mungkin juga cinta itu akan menghuni hati seorang muslimin yg lain. Yg Dia rasakan tepat buatku. Jika semalam, jalannya aku dengan tidak berhati-hati, hari ini aku sedaya cuba mengatur langkah ku dengan cermat agar aku tidak tersadung dan terluka lagi. Jika semalam aku merasa cinta aku padamu adalah segala-galanya, hari ini aku meletakkan cintaku padaNya di tempat teratas.
Pasti. Aku pasti. Selagi mana aku menjaga cintaku pada Tuhanku, Dia juga akan menjaga cintaku pada hambaNya.
Bakal meninggal,
Adeeyamayeesa.,
21 Rejab 1433.
Sorry
I hate of how much i care for others, yet they dun even care for me. Not a bit, not at all. I hate of how much i miss you in my life, yet I dun even have the strength to tell you how much I miss you everyday in my life. I hate the fact that I dun even hate you, not even a bit. I hate myself for loving you this much. And till the very end of my life, I will keep falling for you again and again. Not because of your good looking, but for the Islam in you. I keep convincing myself, that I somehow should at least loosen a bit. But I couldn't. Im so sorry, my choosen muslimin. I will somehow get control over myself. Sorry for loving you this much. I pissed myself off to the fullest rite this moment.,
Monday, May 21, 2012
Belajarlah menjaga dan menghargai, :D
Masalah. Salah satu cara Allah cuba menguji imanmu sahabat. Dugaan yg membuat kamu susah hati itu adalah tanda rindu Dia padamu. Pabila Allah rindu padamu, Dia akan memerintahkan malaikat supaya turun ke bumi dan datangkan ujian buatmu. Kerana apa? Kerana Dia rindu untuk mendengar rintihanmu. Dia rindu akan sayu suaramu saat kau meminta barang sedikit pertolongan dariNya.
Bagaimana besar pun masalahmu, belajarlah menjaga. Belajarlah menjaga hati orang2 sekelilingmu. Mereka2 itu adalah orang2 yg menyayangimu. Orang2 yg prihatin padamu. Orang2 yg tidak mahu engkau bersedih. Orang2yg sangat menjagamu. Mereka tidak mahu melihat kesuraman pada wajahmu. Lantas bagaimana kamu tergamak bersikap yg tidak wajar pada mereka? Biar mereka punya keburukan, biar mereka punya kelemahan. Jangan kau pandang sisi itu. Tolehlah pada sisi yg baik2 sahabat. Mereka masih punya sisi baik. Buktinya? Mereka masih berusaha menjagamu, walau terkadang mereka terabai.
Kau punya masalah. Kau merasa resah. Kau tidak tahu harus bagaimana. Dan kau mula berubah sikap. Kau tonjolkan amarahmu. Kau palingkan pandanganmu. Tahukah engkau sahabat? Tahukah engkau mereka sedang berduka cita atas kasarnya sikapmu? MashaAllah. Apa engkau fikir mereka tidak punya rasa tekanan? Tidak punya rasa marah? Mereka sama sahaja. Bezanya, mereka tahu menangani. Sedang kamu tidak. Belajarlah. Belajarlah menjaga hati. Tidak susah, andai ilmu persahabatan itu sudah engkau khatami. InshaAllah, :D
Aku tidaklah sempurna. Aku menulis bukan kerana aku merasa aku betul. Aku menulis supaya jika suatu hari nanti aku tergelincir dalam menjaga hati sahabat2ku, aku akan lekas2 kembali pada posisi asalku setelah ku baca post ini. Dan ingatlah, tidaklah aku itu baik pabila aku memberi nasihat. Namun sekurang2nya aku mencuba untuk menjadi baik. Dan usahaku ini, janganlah kau tentangi dengan bersikap dingin begini. Luka rasanya pedih. Butuh waktu, namun masih berparut. Janganlah begini. Aku sahabatmu. Sikapmu buat aku sedih.
Belajarlah menjaga. Sebagaimana aku berusaha menjaga hatimu, ku pohon berikanlah sedikit ruang dalam hatimu unttuk turut menjaga hatiku. Aku sayangkan persahabatan ini. Kerana syg aku terpanggil untuk meluahkan. Persahabatan ini suatu hadiah dari Allah buat kita. Hargailah. Sayangilah,
Salam syg buat Tuhan sekalian alam
Permisi(:
Saturday, May 19, 2012
Untuk apa aku menulis?
Letakkan tgnmu di dada, tepat di hatimu, kau tanyakan pada dirimu, 'Wahai diri, untuk apa engkau menulis? Apakah jawapannya wahai diri? Apakah engkau menulis kerana mahu dikenali? Atau kerana mahu disanjungi? Atau engkau mahu diikuti? Untuk apa?
**Aku menulis kerana aku mahu mereka tahu aku punya bakat. Aku menulis kerana aku mahu mereka sedar, siapa aku dan karya-karyaku. Aku menulis kerana aku mahu mereka mengikutku. Aku mahu mereka memuji dan menyanjungku. Aku mahu mereka baca tiap patah perkataan yg aku zahirkan. Aku hebat dalam menterjemahkan bahasa mindaku sedang mereka tidak. Lalu apalah gunanya kelebihan ini jika aku menulis tanpa sebab apa2?
MashaAllah, jika ini niatmu, maka perbetulkanlah ia. Jika ini tujuanmu, maka kau baikilah ia. Jika ini sebabnya kau menulis, harus kau tahu penulisanmu itu bukanlah apa-apa! Walau sejuta manusia membaca, kau harus ingat, Allah belum tentu sudi menerima karyamu! Kau kerdil melata di bumi, apa kau cuba mencabar Dia yg gah di atas sana? Sudah tentu kau silap. Silap, kau silap.
Letakkan tgnmu ke dada wahai diri. Tepat ke hatimu. Katakan begini, ''Ya Allah, Ya Rahman, perbetulkanlah niatku. Tarbiyahlah diriku. Luruskanlah jalanku. Tunjukkanlah landasan yg benar buatku. Bukakanlah seluas-luas pintu taubat buatku.
**Ya Allah, jika dulu aku menulis kerana dunia, maka hari aku aku ingin menulis kerana akhirat,
p/s : Post ni aku tujukan untuk diri aku. Jika satu hari nnti aku alpa dan lalai lagi, bawalah aku kembali ke sebenar-benar jalan. Kamu yg membaca, andai kamu rasa penulisan aku semakin jauh dari landasannya, sedarkan aku. Aku manusia. Terkadang aku lupa, siapa diri aku. Permisi.
Monday, May 7, 2012
What Should I Do.
In the end everyone will hurt you... it's up to you to decide who is worth the pain. Not all scars shows. Not all wounds heal. Sometimes you can't see, the pain someone feels. Someday everything will all make perfect sense. So for now, laugh at confusion, smile through the tears, and keep reminding yourself that everything happens for a reason.
It's just one of those days where you lock yourself in your room, crank the depressing music, curl up on your bed, and cry for no reason at all.
Friday, May 4, 2012
Aku ingin menjadi kepunyaanmu yg HALAL disisiNya.
Salam berkasih syg di hari Jumaat. Jumaat anda pada minggu pertama bulan Mei ini bagaimana? InshaAllah, Jumaat ini kita dilimpahi nikmat yg tidak terhitung olehNya.
Anda sedang bercinta saat ini? Hati anda sudah dimiliki? Hati anda sedang berbunga riang? Anda merindukan si dia? Anda tidak mahu kehilangannya? Anda ingin dimilikinya secara sah? Um. Entry ini buat anda yg sedang dilamun cinta. Sy tidak pandai menyusun kata. Tiada jua gaya2 A. Samad Said. Hanya manusia nan kerdil. Tiada jua daya membuat anda tertarik akan kata2 sy. Bagaimana yg terdaya, itu yg sy zahirkan di sini. Bacalah.
Benar aku ingin bercinta, namun tidak begini.
Benar aku ingin disayangi, namun tidak jua begini.
Benar aku ingin dimiliki, namun semestinya bukan begini.
Benar aku mahu didampingi, namun seharusnya tidak sebegini.
Aku ingin menjadi yg halal buatmu. Aku ingin menjadi yg sebenar-benar halal disisi mu. Aku ingin menjadi yg halal buatmu dimataNya. Aku mencintaimu sungguh2. Dan kerana itu, ku pinta.. Halalkan lah perasaan ini dengan suatu pertalian pasti yakni pernikahan.
Aku ingin menjadi bidadari mu di syurga nan yg hakiki. Aku ingin zahirkan rasa kasihku padamu dengan menjadi zaujah yg solehah buatmu. Aku tidak ingin harta. Tidak ingin paras rupa. Yg ku mahu cumalah satu ikatan yg sah. Perkahwinan.
Aku akan selalu menjaga makan pakaimu. Aku akan mendidik mengasuh anak2 kita. Aku akan selalu disampingmu saat kau memerlukan. Aku akan selalu mencintaimu. Aku akan bersama di duduk bangunmu. Aku rela terluka buatmu. Nyawa sanggup aku pertaruhkan buatmu. Namun semua itu hanyalah jika aku benar HALAL buatmu. Maka nikahilah aku.
Nikahilah aku kerana akhlak ku. Nikahilah aku kerana Allah. Jangan dinikahi aku kerana rupa parasku, kerana semuai itu pasti lenyap di suatu masa yg pasti. Jgn dinikahi ku kerana harta ku. Kerana itu bukanlah milikku yg benar mutlak. Aku ingin dinikahi keranaNya.
Kecintaan padaNya membuat ku begini,
Permisi.
Anda sedang bercinta saat ini? Hati anda sudah dimiliki? Hati anda sedang berbunga riang? Anda merindukan si dia? Anda tidak mahu kehilangannya? Anda ingin dimilikinya secara sah? Um. Entry ini buat anda yg sedang dilamun cinta. Sy tidak pandai menyusun kata. Tiada jua gaya2 A. Samad Said. Hanya manusia nan kerdil. Tiada jua daya membuat anda tertarik akan kata2 sy. Bagaimana yg terdaya, itu yg sy zahirkan di sini. Bacalah.
Benar aku ingin bercinta, namun tidak begini.
Benar aku ingin disayangi, namun tidak jua begini.
Benar aku ingin dimiliki, namun semestinya bukan begini.
Benar aku mahu didampingi, namun seharusnya tidak sebegini.
Aku ingin menjadi yg halal buatmu. Aku ingin menjadi yg sebenar-benar halal disisi mu. Aku ingin menjadi yg halal buatmu dimataNya. Aku mencintaimu sungguh2. Dan kerana itu, ku pinta.. Halalkan lah perasaan ini dengan suatu pertalian pasti yakni pernikahan.
Aku ingin menjadi bidadari mu di syurga nan yg hakiki. Aku ingin zahirkan rasa kasihku padamu dengan menjadi zaujah yg solehah buatmu. Aku tidak ingin harta. Tidak ingin paras rupa. Yg ku mahu cumalah satu ikatan yg sah. Perkahwinan.
Aku akan selalu menjaga makan pakaimu. Aku akan mendidik mengasuh anak2 kita. Aku akan selalu disampingmu saat kau memerlukan. Aku akan selalu mencintaimu. Aku akan bersama di duduk bangunmu. Aku rela terluka buatmu. Nyawa sanggup aku pertaruhkan buatmu. Namun semua itu hanyalah jika aku benar HALAL buatmu. Maka nikahilah aku.
Nikahilah aku kerana akhlak ku. Nikahilah aku kerana Allah. Jangan dinikahi aku kerana rupa parasku, kerana semuai itu pasti lenyap di suatu masa yg pasti. Jgn dinikahi ku kerana harta ku. Kerana itu bukanlah milikku yg benar mutlak. Aku ingin dinikahi keranaNya.
Kecintaan padaNya membuat ku begini,
Permisi.
Subscribe to:
Posts (Atom)


kk.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
