Wednesday, April 11, 2012

Bayangan Malaikat Maut Datang Menjengukku :(



Petang itu damai. Petang itu begitu damai sehinggalah sesuatu terjadi. Gegaran pertama. Saat tgn yg aku letakkan diatas meja terasa bergegar. Aku melihat, dan hati berkata ‘’ini cuma ilusi. Barangkali kerana aku tidak cukup tidur. Gegaran kedua, meja yg berada di ruang tamu bergegar. Laptop yg aku sedang gunakan saat  ini juga bergerak-gerak. Subhanallah. Aku masih lagi berfikiran positif. Mungkin hanya bayangan minda. Asar belum lagi aku kerjakan. Masih leka dengan facebook, tagged and blog.

Satu notification. Post dari sahabatku yg juga berada di Upsi saat ini. Selalunya aku tak berape ambik port pasal post2 di group. Maybe sbb hari ni, facebook aku  agak sunyi jadi aku tergerak hati untuk membaca post tersebut yg berbunyi  ‘‘Kenapa rase bergegar rumah sayer ni..Sape2 yg duk kelantan x rase ker?? ‘’  Usai membaca post tu, hati mula rasa cuak. Yakin, apa yg aku rasa tadi adalah gegaran, aku membalas komen pada post tersebut. Komen demi komen sehingga kami masing2 tahu di Acheh, telah dikeluarkan amaran Tsunami yg berukuran 8.7 Skala Ritcher (mengikut maklumat).

Perasaan yg sukar ditafsirkan menjelma. Airmata tanpa segan silu mengalir membasahi pipi. Takot. Subhanallah, aku takot. Takut yg teramat. Tangan menggeletar.  Hati cuma memikirkan mak dan adik2 di kampong. Abah di rawang.  Kakak di Sentul. Bagaimana mereka? Tidak berlengah, Asar ku kerjakan.  Tidak mahu terhutang apa2 denganNya andai dijemput pergi.  Asar petang itu, adalah Asar penuh rasa takut padanYa. Tangan diangkat memohon barang sedikit perlindungan. Jika tiada buatku, maka kurniakanlah buat keluargaku.

Ya Allah. Saat ini, suatu perasaan yg sukar untuk aku luahkan terbuku di hati. Airmata tidak henti2 mengalir. Terasa seolah-olah malaikat mautmu datang menjengukku.. Nauzubillah. Tidak terdaya aku berfikir lagi. Ketakutan yg mendera. Ketakutan akan kematian. Benar. Mati itu pasti. Dan kepastian itulah yg membuat aku gusar. Gusar kerana diriku tiada apa2 amalan untuk dibawa bersama. Aku tidak bersedia lagi, Ya Allah.

Rasa selamatku seolah-olah direntap kasar. Seolah-olah Engkau cuba mengingatkan aku. Wahai manusia yg seringkali melupakan Tuhanmu, ini adalah amaran pertama ! Wahai manusia yg selalu berpaling dariku, ini peringatan buatmu! Kembalilah pada Yang Satu. Kembalilah ke jalan yg benar.  Kembalilah pada Penciptamu.
Subhanallah. Terima kasih atas peringatannya Ya Rabbi.


Salam.

Persahabatan Dan Percintaan, itu BERBEZA ::

Hati yg telah bertahun-tahun diajar untuk menyayangi seorang insan yg digelar sahabat. Dan hari ini, hati ini cuba untuk diajar bagaimana untuk menyayangi seseorang yg bernama sahabat itu lebih dari tahap yg sepatutnya. Hari ini, hati dipaksa menerima satu perasaan plastik seorang sahabat dan perasaan itu dinamakan Cinta.

Kata hati 'Maaf, aku tak bisa. Maaf aku tidak mungkin berbuat begini. Aku tidak suka dipaksa. Aku tidak bersedia untuk begini. Aku tidak mampu menukar status ini. Aku sygkan persahabatan ini. Aku ingin selamanya kita kekal bersahabat. Aku tidak ingin mencemarkan kesucian persahabatan ini dengan perasaan Cinta y sementara.''

Kata sahabat, 'Aku tidak bisa hanya bersahabat. Aku sygkan kan kamu lbh dari seorang sahabat. Aku ingin selalu menjagamu. Aku ingin membahagiakanmu. Aku ingin  selalu disampingmu. Aku ingin memilikimu. Benarkan aku.. ''

Sahabat. Aku ingin disayangi. Aku ingin dikasihi. Aku ingin dicintai. Aku juga ingin dibahagiakan. Namun tidak begini. Benar aku ingin dimiliki, namun tidak begini. Bertahun-tahun aku diajar bagaimana utuhnya persahabatan kita, suci tanpa noda cinta. Dan pabila saat ini aku diasak dengan perasaan cinta kamu, tidak. Maaf aku tidak bisa.

Aku mohon, hormatilah aku. Aku mohon, pandanglah seketika ke mataku. Harus kau tahu, tiada cinta dariku buatmu. Yg ada hanyalah suatu perasaan yg maha hebat. Yg berganda-ganda hebatnya dari cinta yakni perasaan kasih padamu sebagai seorang sahabat. Fahami prinsip hidupku. Aku lebih suka kita begini. Bersahabat. Bercerita dan berjenaka. Itu lebih indah. Dan indahnye persahabatan takkan mampu dibeli. tiada terbayar jua tidak mungkin dicari dimana-mana. Yg pasti. Persahabatan itu indah.





Sahabat.,Maafkan aku. 



Monday, April 9, 2012

Pabila Sepi Hati Berbicara Sendiri,



Sepi. Sunyi, kosong. Merenung jauh awan dilangit. Melihat titisan hujan membasahi bumi dengan sayu. Sayu. Suatu kesedihan yg tidak dibawa pergi bersama angin yg menderu. Dan di saat ini, hati mula berbicara. Berkata-kata dan berbisik. Bisikan hati kecil yg tidak dapat tidak diusir apabila bersendiri. Sukar dizahirkan dengan suatu pengucapan pasti. Sukar di terjemahkan ke dalam suatu medium yg nyata. Hati ini kerap kali berkata kalau saat sepi itu adlah waktu yg paling baik untuk diri mula bermuhasabah. Mencari barang kali salah silap yg dilakukan sementara diri masih lagi pantas bernyawa. 

Hati-hati yg sunyi. Hati yg sunyi tidak putus-putus berkata, kembalilah kepada Tuhanmu ! Kembalilah kepada yg menciptakanmu ! Tunduklah pada kekuasaan yg satu. Akurlah akan kekuatan yang jitu. Subhanallah. Betapa selama ini hati ini aku bawa ke suatu jalan yg sesat. Betapa selama ini hati yg aku isi dgn persaan cintaku pada manusia yg teramat. Hati yg ku tunjuk pada hal2 yg tidak sepatutnya. Hati yg ku tahu, akan semakin hancur pabila kesesatan memnghampiri.

Dan telah terjadi Ya Allah. Telah terjadi kalau hari ini, hati ini menyelamatkan aku. Hati ini menyambut tgnku, saat aku berada di tebing sebuah gaung yg maha tinggi. Hati ini telah menggapai tgnku saat kakiku mula tergelincir dan hati ini juga telah menarik tgnku saat aku mula lelah berpaut. Dan aku selamat. Masih lagi selamat. Justeru kerana hati ini. Nyawaku masih berada dalam jasadku. Alhamdulillah. Aku beryukur Ya Allah.

Saat jari jemari menterjemahkan kata hati, mata seakan berkaca-kaca. Tgn mula menggeletar. Airmata tidak segan silu mengalir membasahi pipi. Ya Allah. Aku lah hambaMu yg saat ini mengerti kalau kesepian itu adalah guru yg terbaik untuk menyesali segala dosa yg pernah aku lakukan. terima kasih atas peringatannya, Ya Tuhan.



Assalamualaikum, 
salam cinta padaMu,
salam kasih pada utusanMu,
salam syg pada hambaMu.
Permisi.


adeeyamayeesa. 5.34 pm. 09/04/2012

Thursday, April 5, 2012

Mom, I LOVE You ~~!!

ma and adeq. Laf u both!


Assalamualaikum ma, hehehhee. Angah teringat kat ma, terus ase nak tulis kat cni. Nanti, lau angh yg pergi dulu sebelum ma, ma jangan lupa baca ek belog buruk angah nie :)

Ma, nak tw tak kenape angah saaayaaangggg ma sgt2?

                                  SEBAB,

Ma dah jaga angah dari angah baby sampai tahap dah bole kawin.
Ma dah bagi angah pendidikan.
Ma dah bagi angah kasih syg.
Ma dah bagi angah sume yg angah nak.

Angah janji, bile angah dah keje nanti, angah nak kumpul duit byk2. Nak bawak ma pegi haji. tapi ma kena janji, jangan tinggalkan angah !!

Angah janji, bile angah dah keje nanti, angah nak bwak ma jalan2 ke sume tempat yg ma nak pegi.. Angah nak beli sume yg ma nak. Kite bawak abah sekali ~~! Heeee

Ma, angah rindu nie. Cuti ni angah tak balik. Bnyak keje nak kena cypkan. Angah janji, bulan 6 nnti bile angah balik kite pegi mkn nasi kerabu sesame tw? I miss u so much mum ! I wish I can call you rite now, but  you know, I cant. I will be crying for sure. I will be deadly sad, I will be deadly upset. I love you mum. Now and forever. I promise, no one will ever love you more than me. Thanks for being this patient for me. Thanks for loving me this much. Thanks, for everything ! If only I were given a chance to give you my life, then I will. Everything for you !

p/s : ade satu video yg tacing ngat.
       nak tgok? Tekan VIDEO .hehehehe

Permisi sayangku kachak dan gojes. Muah2 ckit :))


Tuesday, April 3, 2012

Saya Suka :))!!


Assalamualaikum. Ai ni tade ayat berjela-jela. Nak letak gamba jeh. Jumjum usha :P







Kampus baru UPSI

Kampus baru UPSI

:)

:D
Kampus baru UPSI
Canteek tak?

Hehe :)
Cafe :)


Photo2 yg ditangkap menggunakan henfon sony ericson vivaz sy yg dah menopauseee, Heewww-II
Adiosss, Laf2,  !

p/s : Nak tulis copyright reserved, tapi sy tw tade sape nak rompak photo sy yg tak canteekk nih. HAHA

Sunday, April 1, 2012

Terjatuh.



Terjatuh cinta. Dan cinta ini, bukan cinta biasa. Ini cinta abadi. Ini cinta hakiki. Ini cinta yg tidak akan layu. Tidak padam walau disimbah air. Ini cinta, cinta yg membara umpama api yg disirami minyak. Ini cinta yg tidak disengajakan. Cinta ini buat ku tidak keruan. Cinta ini memaksa aku bangun seawal pagi. Cinta ini membuat aku rindu. Inilah cinta. Cinta ini tidak membinasakan. Apatah lagi melukakan. Inilah sebenar-benar cinta. Cinta ini membuat aku merasa tenang. Cinta ini membuat aku tersenyum. Cinta ini membawa kaki melangkah setapak ke hadapan. Cinta ini membuat hati ini sayu. Cinta. Jangan pergi lagi.

Wahai cinta. Cinta yg datang tidak dijemput. Tetapi disambut dengan penuh kasih. Cinta yg seakan-akan memberi sinar baru. Memberi seribu satu pengharapan. Cinta yg tidak akan pernah pudar. Cinta yg bertaburan umpama bintang2 di langit. Cinta yg tiada zahirnya di mata kasar, tetapi ada jauh di sudut hati. Cinta ini wujud. Cinta ini seakan memanggil-manggil. Cinta ini. Ah, cinta ini membuat aku gila! 

Kecintaan yg begitu besar ini. Tidak akan ada cinta yg boleh membuat aku sebegini, melainkan cinta padaMu. Cinta pada agamamu. Cinta pada rasulMu. Cinta pada kekasih-II Mu,, 

Sekian,
Si kachak si jelita,
Kalau sudi, silalah baca.
Penuh kasih penuh syg,
Jangan lupe komen syg!

:: Prince Charming ::



Mungkin bagi org lain, kalau dah namanya Prince Charming, mesti nak yg hensem2, kaya, baik, sweet, romantik. Betul tak? Terpengaruh dgn novel lettew, hew2..

Tapi bagi aku Prince Charming aku ni len ckit. Prince Charming aku adlah seorang lelaki yg berjubah, pakai kopiah, ade selendang di bahu and kalau boleh berserban. Tak perlu ada harta cukup untuk sara lapanploh keturunan. Cukuplah ada ilmu agama di dada. Tak perlu hensem taupon ohsem. Cukuplah dgn nur yg ade pada wajahnye. Tu pon dah lebih dari hensem. Berganda-ganda ohsem, heeee.

Tak perlu nek kete beso2. Berjalan kaki pon still nmpak bravo. Ade gaya. Lau bole, bialah ade style cam imam muda tu. Bile tgok, hati pon rasa sejuk. Subhanallah. Aku tak reka2 ciri2 ni sume. Lelaki cam ni mmg ada. Masih ada. Lelaki yg meletakkan seluruh kehidupan untuk memperjuangkan agama Allah. Lelaki yg boleh berpidato soal agama di depan khalayak dengan yakin. Lelaki seperti itu. Yg aku mahu.

Hari ni, aku saksikan dengan mata sendiri betapa lelaki seprti ini sgt sedikit jumlahnya. Dan aku, mmgla tidak layak untuk berdamping dengan lelaki2 seperti ini. Tidak pantas. Ilmu agama di dada terlalu sedikit. Segan. Tetapi. Heeee., Kalau lah Allah kurniakan aku lelaki sebaik ini, InsyaAllah, akan aku pikul amanah itu. hew2,

Dan kamu Prince Charming. Tolong jangan jatuh cinta dengan org lain. InsyaAlllah. Akan aku persiapkan diri dengan ilmu agama. agar aku boleh memiliki lelaki seperti kamoo. Wait for me~~!!

Permisi si kachak plus si jelita yg ohsem berganda-ganda.
Pheeeewww, :)