Thursday, March 1, 2012

CAHAYA vs KEGELAPAN

Cahaya dan Kegelapan,
Tiba satu ketika, kita harus fahami semua ini. Percintaan. Perkongsian rasa kasih syg yg tiada di sebut di dalam agama melainkan selepas kita menikah. Satu saat kita harus menerima, kalau hubungan CINTA sebelum nikah itu umpama KEGELAPAN dan AGAMA kita umpama cahaya. Kedua2 mereka tidak akan pernah bisa bersatu, walau dalam apa jua keadaan sekalipun, Mereka tidak mungkin jua wujud pada satu tempat yg sama. Justeru kedua2nya bersifat saling berlawanan.

CAHAYA. Yg sering dikaitkan dengan ilmu. Yg mampu menghapus kegelapan perkara yg batil. Dan mereka yg melakukan maksiat itu tiada akan dimasuki cahaya ilmu sewenang-wenangnya. Begitu juga dengan cinta. Tidak mungkin akan ada suatu percintaan yg halal bagi kita melainkan selepas kita menikah. Walhal, kita tidak sama sekali pernah berbicara soal akad kerana kita merasakan kalau itu semua masih terlalu awal untuk menapak beberapa langkah ke hadapan mendahului yg lain2 mereka di luar sana.

Kata Ustaz Azhar Idrus,
"Jangan disentuh hati seorang wanita jika tiada niat dalam hatimu untuk memperisterikannya. Jangan berbicara soal cinta jika bukan satu perkahwinan yg engkau mahukan untuk melengkapkan hubungan ini"

SUBHANALLAH. Ternyata sekali aku telah tewas dengan nafsu cinta, yg dibebani dengan suatu perasaan ingin disayangi sementelah semua ini tiada halalnya bagiku melainkan jika aku menikah.


KEGELAPAN. Ramai yg masih memilih kegelapan sedangkan ada cahaya menunggu.Dan cendekiawan berpendapat kalau sebenarnya kegelapan itu tidak wujud. Hujah yg amat mudah, Kegelapan hanya akan wujud apabila tiada cahaya. Dan cahaya itu sudah kita sedia maklum adalah ilmu. Jika ilmu soal agama tidak kita persiapkan sebaiknya, maka kegelapan menghampiri. Cinta yg kita sulam itu sebelum nikah itu adalah kegelapan, jadi tiada lagi berkat dan suci cinta itu. Oleh itu, saat berada didalam kegelapan, berusahalah. Cahaya itu harus dicari. Tidak ia datang sendiri. Usaha dan taubat. Maka akan dibukakan pintu cahaya seluas-luasnya oleh Dia.

Pintalah cahaya daripada Allah s.w.t. kerana hanya Dia yang memberi cahaya. Allah berfirman yg bermaksud:
"Cahaya di atas cahaya(berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahayaNya sesiapa yg Dia kehendaki"
(surah al-Nur 24: 35)

*peringatan kepada diri sendiri.
Sekian ,,

Tuesday, February 28, 2012

HANYA KERANA IMANKU TIDAK SETEBAL YG DIA MILIKI,

Assalamualaikum,



'Andai ada sejuta wanita seperti aku, maka dunia ini akan bertaburanlah lelaki yg ego dan sukar mengalah sifatnya'

Mungin kerana dikata iman yg aku miliki tidak setebal yg dia miliki, maka segala pandangan dan kata2 ku tidak sedikit pun diterima pakai. Kerana itu, aku memilih untuk berdiam diri dan terusan mengalah. Andai soal iman itu yg menjadi persoalannya, jelaskan padaku wahai lelaki, bagaimana kau begitu pasti kalau imanmu sudah cukup tebal untuk kau mendapatkan tiket ke syurgaNya? Dan aku, yg terlalu mengagumi dirimu, seolah-olah membutakan mata melihat perlakuanmu yg seakan-akan cuba untuk menganggu gugat ilmuku yg sedikit cuma dengan bercerita soal agama yg ku tahu, masih belum ku kuasai tahapnya. Aku mengalah.

Berkali-kali aku cuba menidakkan, kalau apa yg engkau lakukan itu adalah semata2 untuk kebaikanku. Namun terkadang hatiku berbelah bagi. Aku tewas jua dengan sisi negatifku yg tidak dapat tidak terusan berfikir kalau engkau sebenarnya hanya ingin menjatuhkan aku. Jika tidak, mengapa aku dikata wanita yg nipis imannya? Itu suatu pertuduhan yg maha berat wahai lelaki. Kau telah dengan sengaja membuat aku merasa kalau diriku bukan sesiapa tanpa apa2. Kenyataan itu membuat aku malu. Malu denganNya. Malu dengan driku sendiri. Dan untuk kesekian kali, aku mengalah lagi.

Jelaskan padaku, aku harus bagaimana lagi? Terkadang aku menjaga hatimu seolah-olah diri aku tidak punya hati yg turut sama harus dijaga. Dan aku, sebolehnya mahu terus belajar dan belajar agar aku bisa sampai ketahapmu, yg kau namakan 'tebal' imannya? Aku mengalah bersebab. Bukan kerana aku lemah. Bukan kerana aku wanita. Namun kerana agamaku. Aku mengalah kerana andai itu harga yg harus aku bayar untuk ku cari ilmu agama buat diriku nanti, maka aku kan terusan mengalah. Pernah aku cuba menyepi. Namun sepiku bersambut. Dan kau disana, berkali-kali ganda lebih sepinya dari diriku. Mengapa wahai lelaki sanjungan? 

Dan terkadang aku seolah-olah terlihat suatu sisi dirimu yg tidak berani aku namakan. Dan jika itu sisi negatifmu, akan aku perbalikkkannya menjadi suatu sisi yg boleh aku berbangga. Usah risau. Kerana sisi mu yg tiada bernama itu tidak akan ku jadikan sebab untuk ku katakan 'kaulah lelaki yg tipis imannya'.

Sekian.

Monday, February 27, 2012

KAU DAN AKU SAHABAT,

Kita pernah berselisih faham. Kita pernah cuba memenangkan. Tidak kurang juga pernah menyakiti jua menyendiri. Kita pernah saling memperkatai. Saling menyayangi jua saling mempercayai. Dan selalunya, kita saling memahami. Tiba satu saat semua itu tiada lagi. Tiada suatu punca yg jelas namun aku pasti,kita pasti bisa mengharungi. Andai engkau tahu, kalau kunci PERSAHABATAN itu adalah memahami, sama sekali mendukungi. *mukadimah ta bole blah. Haishh,

Jadi berbalik kepada isu 'Kau dan aku Sahabat' nie.. Aku ade benda nak kongsi ng korg.. Hmm. Korg pernah gaduh ng membe rapat korg? Pernah tak sampai tak bertegur sapa? Sampai nak tgok muke dia pon ase , alamaakkk!! Pernah tak? Pernah tak ade satu membe yg selama nie gile2 ng korg but suddenly die masam muka and dun even talk to you, not for any specific reason? Haishhh. Jadi kenapa masalah sebegini  boleh berlaku dalam kalangan pelajar universiti? Bincangkan.

Selisih faham bile berkawan tu dah jadi asam garam. Ta pyh bwk benda tu sampai melarat-larat. Elok2 poblem kecik2 semut hitam tetibe nek taraf jadik poblem sebeso kerengga. Kan susa tuh? Cuba lau everytime ade masalah, kite duduk bincang. Kan senang cmtu? Camane na baiki mistake lau sendri tak tau pe mistake nyee? Mak aihhhh. KUSUT to'''''''''''

Tah cmane nak solve lau bile ditanya tanak jawab. Bile ditegur buat tak endah. Mau gilak aku bah! Atau aku yg teda tau bagaimana harus bersahabat dengan kau? Lagi aku pening. Bah, kalo ko baca ini, sini aku kasi tau.

'Aku ta bole lau tetibe org masam muke ng aku tanpa sebab yg munasabah. Aku ta suke org yg ade poblem ng org len, tapi dy lepas kat org len. Kite kenal dah hampir setaun kot. Time aku gile2 ko salu ade. Ko pon tw, aku mmg jenis yg gile2 tak tgok tmpat. Selama ni kite gelak sesama. Tup2 ko tibe2 diam menyendiri ginie aku ade ta sedap hati. Aku ase besalah eventhough aku ta tw sala aku ape! Bkn dgn aku je ko buat cmnie. Ngan sume membe kite pon ko cam nie. Ko taw tak ,ko da tarik HAPPINESS lam friendship kite??
Seyes,,

                                                  AKU SENTAP NG KAU!!

Plis be profesional ckit bah. Takkan best lau terus2 cmni. Aku senyum ko senyum*tapi terpaksa. Aku tegur ko jawab*tapi nak tanak jeh. Aku ajak itu ini, ko buat muka. Aku tanya itu ini pon ko cam tanak reply aku. Ko gtaulah. Lau aku sala, aku mtx maap. Aku tak sala, pun aku mtx maap. Lapanbelasjuta kali pikir mende ni sampai tertdo tak sempat mdi aku bah. Kusut jiwa. Tak tak. Jiwa dan raga. Ase senget hati aku. Otak dah berbuih2. Kosong taw kalau teda gelak tawa. Sik serius saja. Tak bisa aku. Ku mau gilak!!

Aku tak pakar soal agama. Tapi aku syg agama aku. Aku harap Allah jernihkan kembali hubungan kite same cam dulu. Kau dan aku sahabat. Aku syg kau. Aku sygkan persahabatan kita. Allah lebih mengerti. Baik dimataNya walau tidak baik dimataku, namun aku turutkan jua. Kerana aku percaya kalau janji2 Allah itu benar dan akan selamanya benar. Sekian . Assalamualaikum w.b.t.

Saturday, February 25, 2012

STRESS!!

Salam ..salam ..salam satu agama. Salam satu bangsa dan salam satu negara. Tangan tekan2 keyboard. Otak tngah pikir2. Mata melilau-lilau. fikiran terbang melayang. hati jauh disana. Jiwa kusut sedikit. STRESS aku bah! Penat mikirin soal hati. Aduh. Mau gilak ku rasa. Tepi2! Besok ade pertandingan nasyid untuk karnival anti dadah. Aduh. Apa aku sedia??

Otak sudah penuh. Mana mau pikir2 nasyid. Mana mau pikir yg ku syg. Mana mau pikir hati sakit lagi aku. Ta kuasa ah! Hati aku usah dipermain bah. Sakit tauuuu! Sekejap mau kawan. Sekejap tamau. Mana satu ini? Aku tingtong sudah. Kalau benar sik mau kawan, aku mintak difahami dikit saja! Brain aku penat gilak tau! Mana mau pikir byk gilak masalah. Ayoyoooo~~!

Hari itu kata kawan sehidup semati. Sudahnya, kau lagi tidak faham aku bizi dikit. Mau sewel aku bah! STRESS. Entry aku tingtong ckit malam nie. Gara2 kau ini. Haishh, bahasa apa pun aku tidak tau aku guna ini. INDONESIA kali. Bukan! Sabah kali. Bukan! Sarawak kali. Teda kesah. Aku teda kesah. Apa kamu yg membaca kesah?

STRESS!! Bisa buat aku hilang kawalan. Muka kelihatan lebih tua dari umurnya bah kalau selalu stress. otak dikit lagi mau meletup ini. Heeh! Mata teda mau tutup. Besok pagi2 harus bgun siap2 nasyid. Hari ni aku tdo 30 minit aja. Aduhh! Aku teda larat mau tekan2 keyboard. Aku rehat2 bentar sama kitkat, lepas tu aku mau tdo. Tata

Monday, February 20, 2012

::BERMAKNA::


Assalamualaikum, huhu. Dah sehari lebih menjejakkan kaki ke Kolej Za'ba UPSI nih. Mase kat umah dulu, aku sik teringat kan nasik goreng seafood feveret aku jek. Tapi bile dah da smpai kat cni, selera mkn aku dirompak. Entah kemane pegi selera. Tgok lauk sedap2 pun ta heran. Nasi goreng seafood yg aku mkn mlm ni masih ag cam dulu. Ade ayam,udang,sotong. P entah lah npe aku cam ta enjoy mkn sume tuu. Separuh jiwa aku ckp, 'Tobat.Rindu giler nak mkn nasi kat umah!'

Kat umah tade seafood2 bagai nih. Letak jek budu ng telur mata kat situ. Konfem laju jek aku mkn. Tambah2 ag lau mkn ng mak abah n adik beradik. Ase sgt berMAKNA. kat cni lauk punyelah superb, sebelah mata jek aku pandang. Ta bole jadik nih! Nyesal ase ta bawak budu dtg cni. Haishhh. Selera mkn tertinggal kat umah. Ptotla ase cam ade bnda tak kena. Dari semalam ag aku detect ta dpt2, hari ni bru aku pasan. Mak, tolong postkan selera mkn angah. sob..sob... seksa mak angah kat cni..


Cuti sebulan yg fully spent wif family. Ase sgt2 hepi and beruntung. Dan masa yg sebulan ni jek, dah mampu hilangkan selera mkn aku kat Tanjung Malim nih. Sungguh. Aku memang ase tak bermaya! tgok org mkn, aku pon nak mkn tapi mulut aku ta bole terime. Bila dah lapar sgt, perut pon tamau amik dah segala macam makanan. So mula lah ase penat and tak selesa. Perut masuk angin. Hah kau. Cause and effect sekali aku tempek kat situu. Seksanyee mak...


Seyes. Waktu makan akan terasa bermakna bile yg disebelah kite itu mereka yg kite panggil KELUARGA. Makanan yg masuk ke dalam tekak ase sedap dan best even time tuh cume mkn singgang ikan tongkol ng kicap bile ade KELURGA. Mereka yg menjadikan saat makan itu bermkna. Bergurau senda and kongsi mcm2 citee. Oh, how i wish all of you can be here !!

p/s: sok aku nak beli nasi putih ng telor mata. Pastu letak kicap. Harap selera mkn aku kembali. huffs.